# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Khamis, 6 Jun 2013

SIAPA SEBENAR NYA ALMAHRI

Jika PM gagal membuat perubahan maka tiada siapa yang dapat membantu beliau dalam jangkamasa terdekat ini.

PM harus pecat budak hingusan seperti Almahri yang langsung tidak ada pengalaman dalam media sosial mahupun media arus perdana.

Almahri hanyalah seorang bekas pegawai Affendi Norwawi dan bukannya seorang penulis atau pemikir.

Jika PM tak pecat Almahri dan memberi kuasa mutlak kepada beliau yang hanya pandai mengumpul data dari pihak yang dibayar untuk mengumpul data dan disembah kepada PM maka PM gagal sebagai pemimpin.

Almahri adalah jadi jenis manusia yang tidak mengenal erti malu dan sanggup menonjolkan diri untuk anugerah dan pingat walaupun kerja yang dilakukan tidak lebih dari kerja peon pejabat kerajaan.

Pastinya PM tahu akan tabiat Almahri ini kerana PM secara peribadi pernah menolak hajat besar Almahri nak ditabal menjadi 'Datuk'.

PM pun kena fikir sikit, bagaimana seorang picisan yang tidak berpengalaman diberi tanggungjawab 'JAGA' media sosial.

Adakah Almahri seoarang wartawan, aktivis, blogger, jurugambar atau pernah melibatkan diri dalam mana-mana media yang serius? Kenapa PM harus kekalkan puak yang tidak efektif tapi pandai bodek?

Jika PM tak buka mata dan bangun dari terus dibuai mimpi-mimpi indah dari pencacai sepertti Almahri, maka menjelanf Perhimpunan Agong Umno nanti akan ada kejutan.

Tun Daim telah memberi nasihat. Langkah seterusnya pasti bukan nasihat lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan