# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Khamis, 6 Jun 2013


Kerajaan Sepatut nya Lucutkan Kerakyatan Pihak Yang Menghina Raja-Raja Melayu


Peringatan buat kumpulan Ekstremis dan Pelampau Agama bahawa tampa Intitusi Raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu Negara ini tidak mungkin Aman, Kerana Institusi Rajalah Negara ini suatu ketika dahulu dikenali Tanah Melayukemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu penulis menggesa Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan Ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam Negara ini ( Menghormati Institusi Raja-Raja Melayu dan Agama Islam ) sudah ada didalam Perlembagaan Persekutuan kalau tidak suka keluarlah dari Negara ini .

Selama ini Negara kita aman makmur tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan keamanan ini ( Dulu Mereka Diberi Kerakyatan Setelah Mereka Bersetuju Mahu Patuhi Syarat-Syarat Yang Diberi Taat Setia Kepada Raja-Raja Melayu dan Mereka Juga Mengaku Akan Menghormati Orang Melayu ) sekarang mana perginya janji tersebut.

Jika mereka ini sudah tidak mahu patuh kepada syarat-syarat yang mereka persetujui dahulu Kerajaan sepatutnya keluarkan mereka dari Negara ini termasuk kalau ada orang Melayu sendiri yang membantu kumpulan pelampau ini keluarkan juga mereka dengan melucutkan Kerakyatan.

Setiapa Umat Islam Wajib mempertahankan Agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa-apa alasan sekali pun, Jangan kerana Politik mereka sanggup menjual Agama, Dalam Islam kita Wajib pertahankan Agama daripada dihina,

Pada masa yang sama Islam juga tidak membenarkan Umatnya menghina Agama lain kerana perbuatan saling menghina akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram dalam sesebuah Negara akhirnya perbalahan kaum akan berlaku maka matlamat pelampau berjaya rakyat akan menderita.*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan