Najib ni mudah sangat di tipu. Tengok masa penamaan calon. Sorang pun ketua2 parti cina MCA, Gerakan dan SUPP tidak menawarkan diri bertanding, alasan konon nak bantu kempen BN. Saya pada waktu itu dah terdetik di hati kecil, mesti ada yang tak kena ni, adakah akan berlaku satu keajaiban pada PRU13 ini .
Akhirnya apa yang saya takuti pun berlaku. Rupa2nya mereka bertiga (Presiden parti MCA, Gerakan dan SUPP) sudah dapat mencium naluri dan tekat kaum mereka iaitu melalui slogan " Ini Kali Lah " mereka kaum cina bertekat mahu menumbangkan Umno. Nyaris2 Umno tumbang jika tidak pada saat2 akhir orang melayu tidak membuat keputusan yang bijak.
Najib ditipu oleh ketiga2 orang kuat parti cina dalam BN. Najib diyakinkan oleh mereka bertiga bahawa sokongan kaum cina kepada BN semakin bertambah baik daripada PRU12. Tapi dengan syarat Najib melayan semua permintaan dan tuntutan kaum cina. Maka Najib pun pulun lah bagi itu bagi ini kepada kaum cina. Najib tertipu lagi dengan kehadiran diluar jangka sampai mencecah 60,000 orang cina dalam satu majlis BN untuk meraikan orang2 cina di Klang (jika tak silap). Pada majlis itu rata2 hadirin mengibarkan slogan We Luv PM. Najib senyum sampai ke telinga.
Nampak tak betapa bijaknya pemimpin 3 parti cina ini mengajar kaum cina berlakon depan Najib. Dan Najib tak habis2 menyebut, " We Will Deliver " kerana yakin kaum cina dah benar2 kembali kepada BN.
Tahu2 bila keputusan PRU13 diketahui, 90% undi kaum cina pergi kepada pembangkang malah jika DAP yang bertanding hanya tinggal sekor dua orang cina sahaja yang undi BN.
Apa kah Najib rela ditipu lagi oleh kaum cina untuk kali yang seterusnya. Sedangkan kaum melayu, begitu ikhlas. Jika mereka tak suka BN, mereka tidak hadirkan diri dalam majlis BN. Hati naluri orang melayu boleh dibaca, jika mereka berada dalam majlis anjuran BN, dari air muka kita dah tahu, " mereka akan undi BN ".
Hj Ariffin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan