# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Rabu, 5 Jun 2013

Parlimen Hanya Untuk MP

DS DR SHAHIDAN KASIM
Parlimen tidak boleh diguna oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membuat sidang akhbar, demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kasim yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal Parlimen. Jika mereka hendak mengadakan sidang akhbar, mereka mesti melakukannya di tempat lain, Bangunan Parlimen hanya untuk anggota Parlimen dan tidak disalahguna oleh pihak luar.

Menteri itu berkata, beliau akan memastikan pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan di sekitar kawasan Bangunan Parlimen tidak menjejas anggota Parlimen menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat. Kemudahan-kemudahan untuk mereka tidak disalahgunakan oleh sesetengah pihak, kata beliau.

Adalah hak dan kebebasan untuk ahli-ahli Parlimen melaksanakan tugas mereka di Parlimen tanpa sebarang gangguan," katanya kepada wartawan pada majlis penyerahan tugas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan) kepada beliau di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Shahidan menegaskan bahawa walaupun orang ramai boleh melawat ke Parlimen, namun institusi itu dan kemudahannya adalah hanya untuk anggota Parlimen. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan