Bukan hendak sebelahi Umno. Tapi saya ingin mendedahkan fakta. Apa yang Umno tak buat untuk pembangunan dan kemajuan islam di negara ini semenjak dari mula Umno menjadi kerajaan ? Bermula dengan membina surau diikuti dengan membina masjid. Bermula dengan Sistem Pengumpulan Zakat diikuti dengan memperkenalkan Sistem Perbankan dan Pembiayaan Cara Islam. Bermula dengan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan diikuti dengan Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh dan disudahi dengan penubuhan Universiti Islam Antara Bangsa. Dan banyak lagi yang dibuat oleh Umno demi untuk memperkasakan islam dinegara ini meliputi juga urusan ekonomi umat islam. Saya tak mampu hendak senaraikan satu persatu disini .. terlalu banyak wahai saudara.
HANYA TIDUR TIDUR TIDUR |
Walau pun begitu, masih juga Si Tua Bangka itu berulangkali membuat kenyataan, " Umno tolak isle ". Barangkali Si Tua Bangka tu, ada mata tapi buta, ada telinga tapi tuli, ada hati tapi benak .. itu lah istilah yang paling cantik yang dapat saya sebut sebagai merujuk kepada karektor Si Tua Bangka tersebut.
Hanya Setan sahaja yang tidak mahu menerima dan mengakui kebajikan dan kebaikan yang seseorang buat untuk islam. Pada hal perbuatan mengalihkan sebatang ranting kayu yang melintang di atas jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya pun di terima sebagai kebajikan dan ibadah oleh islam, apa lagi lah kepada pihak yang mengadakan surau, masjid, sekolah dan bermacam2 lagi untuk kemudahan manusia (islam dan bukan islam). Apakah itu bukan kebajikan atau ibadah ?
Minta maaf kerana saya agak keterlaluan. Tetapi saya tidak ada pilihan. Kekadang terlintas di hati kecil ini, adakah Si Tua Bangka itu Setan yang menjelma dalam bentuk manusia yang fizikalnya islam tetapi tingkah lakunya dan hatinya Setan.
Kita wajib menerima bahawa, "Setan boleh menyerupai malaikat, Setan boleh menyerupai orang alim, Allah membenarkan itu untuk menguji keimanan kita" TETAPI "Allah mengharamkan Malaikat menyerupai Setan atau Orang Alim menyerupai Setan".
Sifat nyata Setan adalah, "tidak mahu berdamai bila diajak, tidak mahu bersatu bila diminta, bila bercakap selalu putar belit, ulamak lain semua tak betul hanya dia saja yang betul, dan banyak lagi sifat2 Setan yang dipamerkan oleh Si Tua Bangka tu".
Hj Ariffin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan