Cadangan baik dari Ds Najib ini saperti biasa ada yang menyokong dan ada pula yang tidak mahu menerima nya sedangkan cadangan ini demi kepentingan dan kebaikan Negara bukan nya untuk kepentingan mana-mana Parti Politik,
Yang admin tidak faham satu ketika dahulu menjerit-jerit dan melompat-lompat macam biawak pasir Pemimpin Pakatan Haram Pr mahu Spr diletakan dibawah Jawatankuasa Khas Parlimen tetapi apabila cadangan dibuat oleh Ds najib tiba-tiba timbul pula satu cadangan baru dari puak Pakatan Haram Pr ini.
Cadangan baru ialah sebelum Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan Pemimpin Pakatan Haram Pr mahu didahulukan dengan Penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat penipuan semasa Pru 13 yang lalu, kepada Kerajaan diharap tidak lagi menerima cadangan gila Pemimpin Pembangkang yang gila kuasa ini .
Kerajaan juga di ingatkan supaya jangan jadi Kerajaan yang PENAKUT dan sentiasa tunduk kepada tekanan Parti Pembangkang dan Ngo Pro Pembangkang dan rakyat juga sedang memerhatikan tindakan-tindakan Kerajaan sebelum dan selepas Pru 13.
Kerana sebelum Pru 13 Kerajaan bertindak menyusu kera dihutan tapi jangan lah pula selepas Pru pun Kerajaan masih mahu menyusu kera dihutan takut-takut nanti anak dipangkuan mati tak makan apabila ramai anak mati nanti pada Pru 14 dah tak ada yang nak mengundi Umno/Bn maka akan hilanglah kuasa Kerajaan yang ada sekarang sekadar "Buat Renongan Pemimpin Kerajaan Bn".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan