# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Isnin, 22 Disember 2014

Amaran Dan Mengkritik


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengkritik tindakan anggota PERKASA yang merentap jatuh kain rentang ucapan Krismas dan tahun baru di hadapan ibu pejabat DAP Perak, pada Jumaat. Kita harus menghormati agama lain. Saya berpendapat bahawa jika kita mahu agama kita dihormati, kita juga mesti menghormati orang lain.

Saya nak tanya Menteri Dalam Negeri Pemimpin Dap Laknattullah yang tidak menghormati Agama Islam bagaimana pula sedangkan Mahkamah telah putuskan bahawa Kalimah Allah adalah hak milik orang Islam tapi sibangsat pemimpin Dap masih bertindak kurang ajar memulakan kontrovasi ini apa tindakan yang akan diambil oleh KDN ?.

Sabtu, 20 Disember 2014

Parti Melayu Mengemis Pada Orang Cina



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Parti seperti Umno, Pkr dan Pas terpaksa mengemis untuk mendapatkan sokongan Politik daripada golongan Cina. Sepatutnya memandangkan orang Melayu membentuk 60 peratus daripada jumlah penduduk kita sepatutnya memenangi Pilihan Raya.

Namun disebabkan kita terpisah kepada tiga kumpulan kita terpaksa menjadi pengemis meminta pertolongan daripada kaum lain – terutama golongan Cina – untuk mendapatkan sokongan mereka.Sama ada Umno, Pkr, Pas... mereka mengemis pada orang Cina, Dap untuk dapatkan sokongan. dan memandangkan kita jadi pengemis, kita tidak lagi berkuasa.

Tok Guru Lim Guan Eng Laknattullah

Sejak Pulau Pinang ditadbir Pakatan Rakyat peruntukan untuk hal Ehwal Islam meningkat lebih 300 peratus berbanding Pemerintahan Bn sebelum Mac 2008 kenyataan Penolong Setiausaha Pemuda Dap Bukit Bendera Muhammad Shakir Ameer Mohideen.

Kerajaan Bn hanya memberikan peruntukan RM25 juta sahaja tapi sejak 2009 dan tahun-tahun kemudian peruntukan bagi hal Ehwal Islam dipulau pinang meningkat kepada RM35.78 juta pada 2009, RM37.85 juta 2010, RM63.21 juta 2011, RM64.03 juta 2012, RM54.55 juta 2013 dan RM51.17 juta tahun ini.

Peruntukan juga disediakan kepada Sekolah Agama Rakyat yang tidak pernah dilakukan sebelumnya oleh BN iaitu sebanyak Rm1.5 juta hingga Rm1.75 juta setiap tahun.


Khamis, 11 Disember 2014

DEMONTRASI LAGI

Demonstrasi menuntut harga minyak diturunkan diteruskan pada malam 31 Disember ini dan penganjur mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 orang berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan berpakaian hitam.

Seramai 16 kumpulan aktivis, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik Pakatan Rakyat (PR) sepakat menganjurkan demonstrasi "‪#‎Tuntut‬" supaya harga minyak turun kepada RM1.90 sempena sambutan ambang tahun baharu 2015.

"Kami tak perlukan permit. Cuma mahu meraikan sambutan tahun baharu," kata aktivis Hishamudin Rais pada sidang media di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.



Selasa, 9 Disember 2014

Amaran Dap Pada Pas

Lim Kit Siang mengingatkan Pas bahawa Hudud ia tidak selari dengan konsep Demokrasi yang cuba diketengahkan Pakatan Rakyat beliau berkata demikian dalam satu majlis makan malam Dap Seputeh di Kuala Lumpur semalam.Veteran DAP itu turut mengingatkan PAS bahawa mengikut tinjauan, majoriti rakyat Malaysia tidak bersedia hudud dilaksanakan di negara ini.

Nanti Orang Putih Jadi Perdana Menteri Pula.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kebergantungan Malaysia kepada orang luar untuk memajukan Negara.

Menjawab soalan berhubung pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), Tun Mahathir berkata ia menjadi “pengakuan kita ini bodoh”.


Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak Perdana Menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita. Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya katanya.

Jumaat, 28 November 2014

Masih Ada Pemimpin Melayu HAPRAK

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee Ketua Umno bahagian Cheras memberi pandangan mengenai taklimat Presiden Parti supaya MENGUTAMAKAN BANGSA lain memandangkan Malaysia sebuah Negara berbilang kaum.

BN juga perlu mendapatkan undi daripada bangsa-bangsa lain sekiranya mahu memperoleh kemenangan dalam PRU akan datang.setiap perkara perlu dilakukan secara berhati-hati supaya TIDAK MENYENTUH SENSITIVITI kaum lain.

Isu sekolah vernakular kata Ds Syed Ali perkara tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan untuk dipersoalkan pada masa ini memandangkan ia sudah menjadi sebahagian daripada sistem Pendidikan di Negara ini.Sekolah vernakular dah lama kenapa nak halang dan apa yang kita dah buat hari ini adalah untuk kita semua rakyat Malaysia.

Rasa meloya dan nak termuntah bila membaca kenyataan sebegini yang dibuat oleh Pemimpin Umno sedang telah jelas 2 Pilihan Raya yang lalu 100 % kaum pendatang terutama bangsa Cina menolak BN tapi hairan saya masih ada lagi Pemimpin Umno yang masih mengharapkan bangsa pendatang ini, sedar atau tidak Umno/Bn masih menguasai Putrajaya hari ini adalah hasil dari sokongan orang Melayu tampa sokongan orang melayu Umno/Bn hari ini adalah Pembangkang bukan Parti Pemerentah.

Lima Ekor Babi Khas Untuk Pak Lah



Jangan Guna Akta Hasutan Sebagai Alat Untuk Terus Berkuasa.

Bekas Perdana Menteri Unta Badawi yang mengadai 5 buah Negeri kepada Parti Pembangkang pada Pru ke 12 2008 sekarang memberi amaran kepada Umno agar tidak menggunakan Akta Hasutan sebagai alat untuk kekal berkuasa kerana kekuatan Parti itu datang daripada rakyat.

Semasa menjadi PM kenapa beliau tak ingat bahawa kekuatan Parti datangnya dari rakyat dan beliau juga tidak mahu menerima pandangan rakyat untuk meletakan calon semasa Pru ke 12 tahun 2008 cakap tak serupa bikin punya Pemimpin paling korap ini.

Rabu, 26 November 2014

UMNO, PEMUDA, WANITA. PUTERI.


Soalan Buat Tiga Sayap Parti Umno :
Dimana Taring Pemuda Umno Masakini ?
Dimana Ketegasan Wanita Umno Masakini ?
Dimana Kelantangan Puteri Umno Masakini ?
Satu Soalan Tambahan Khas Buat Umno Kenapa Umno Masakini Masih Dipimpin Bukan Memimpin ?


Hilangnya taring Perjuangan Pemuda Umno bermula dari Kepimpinan Anwar Ibrahim dan lebih malang lagi apabila Perwakilan Pemuda pada pemilihan yang lalu memilih Pemimpin mereka berdasarkan RM.

Secara peribadi saya nyatakan hilangnya ketegasan Wanita Umno apabila Sharizat Jalil diangkat menjadi Ketua.

Bagi Puteri Umno walau pun baru tetapi saya teruja semasa YB Azalina Othaman Said mengetuai Puteri beliau mempunyai perancangan yang agak baik dan semasa itu kita dapat lihat Puteri masuk kampung menarik beribu anak muda menyertai Puteri Umno dan ketika itu juga jelas kita lihat kelantangan Puteri mempertahankan kepentingan Melayu dan dimasa itulah Parti Pembangkang terpaksa membisu seketika, walau apa pun secara peribadi sekalung tahniah buat YB Azalina serta seluruh ahli Puteri ketika itu.

Akhirnya ingin saya nyatakan rosaknya Umno bermula dari kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ( Tidak silap Tun Mahathir pecat Anuwar Ibrahim tetapi agak tersilap juga Tun memilih Pak Lah sebagai pengganti beliau untuk memimpin Umno ) dan bertambah parah lagi Parti Keramat Umno ini apabila Ds Najib menjadi seorang pemimpin yang sanggup tunduk kepada kehendak Pembangkang hingga terpaksa memansuhkan ISA kerana mahu menjaga hati kaum pendatang dan menagih undi dari kaum yang tak pernah cukup dengan apa yang telah mereka dapat walau pun apa yang mereka dapat itu bukan hak mereka.

Akibat dari pemansuhan ISA lihatlah apa yang sedang berlaku sekarang ini Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu dihina satu soalan akhir saya jika berlaku Bangsa Melayu Merempat dibumi ini satu ketika nanti siapa yang harus dipersalahkan ?

Apakah dengan kenyataan saya ini ada yang panas telinga ? kalau panas harap banyak-banyak bersabar kerana yang baik itu datang nya dari Allah dan yang tidak baik itu datangnya dari kita.

ADNAN MEMANG HEBAT

Kerana Kenyataan Ini " Hebat Sangatkah Adnan " 
MB Pahang Saman Utusan RM15 Juta
Kalau begini caranya memang Adnan hebat dan sudah pasti Pru 14 Pahang milik Pakatan Haram Pas, Dap dan Pkr.

TERJAH PAGI

Pemimpin hari ini kurang cerdik bukan bodoh tapi nampaknya rakyat hari ini lebih pandai dan cerdik dari Pemimpin maskini dan kenapa keadaan ini berlaku, mungkin sudah sampai masanya parti politik milik orang melayu dipimpin oleh melayu yang kurang cerdik atau bodoh TERJAH pagi ini nak tengok ada tak yang jadi pecacai pemimpin tertentu nak melenting.

Isnin, 24 November 2014

JAWATAN DALAM UMNO BUKAN MILIK ABADI SATU KETURUNAN

Beliau menggesa Pemimpin yang sudah terlalu lama berada dalam Umno supaya memberi laluan kepada generasi baru sebelum mereka sendiri yang diundurkan.

Nak tanya Ds bila lagi nak berundur ramai ahli Umno dah tak percaya lagi dengan kebanyakan Pemimpin yang ada sekarang ini, Ds sendiri sebelum Pemilihan Umno yang lepas saya nampak Ds dalam HATI ada HARIMAU tapi sayang selepas berjaya mempertahankan Jawatan Naib Presiden HARIMAU yang ada dalam hati bertukar menjadi TIKUS.

Jangan marah Ds Terjah sikit saja jangan jadi saperti MB Pahang Utusan Terjah sikit dah nak saman sampai 15 juta agaknya dia saman siapa tu ?
tidak pernah kah Utusan berkhidmat untuk beliau selama beliau menjadi MB Pahang inilah perangai Pemimpin Umno masakini rakyat tak bolih tegor langsung tapi jangan sampai rakyat pula bertindak buruk akibatnya fikir-fikirkan wahai Ds.

Jawatan dalam Umno bukan milik abadi satu ‘keturunan’, kata Zahid - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jawatan-dalam-umno-bukan-milik-abadi-satu-keturunan-kata-zahid#sthash.1ZjTPp0U.FX7WdZ1V.dpuf

Sabtu, 22 November 2014

ASURA UMNO BAHAGIAN TAIPING

Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Ahmad Salimin bersama Masyarakat Umno Taiping Dalam Program Asura di Dataran Kamunting.

KEMBARA WIRA 2014 PAHANG OLEH PAK MAJID





Pagi tadi semasa perjalanan dari persimpangan Tol kamunting menuju ke Taiping melalui jalan lama berhampiran Simpang Hall terjumpa dengan Pak Majid dari Kuantan Pahang berjalan kaki seorang diri kata beliau telah sedang menunaikan nazar jika Pahang menang perlawanan bola dengan Johor baru-baru ini dia akan berjalan kaki jelajah seluruh Malaysia dan katanya pada saya dia memulakan perjalan ini pada 04hb Nov 2014 bermula dari Stadium Darul Makmur dan hari ini sudah 18 hari.


Beliau juga memberi tahu saya dari Kuantan beliau ke Selangor, Perak ,Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan beliau akan meneruskan perjalanan melalui lebuh raya timur barat menuju kekelantan,Terangganu, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan akan kembali semula ke Kuantan, Jangka masa perjalanan keseluruhan 2 bulan. Saya amat teruja dengan semangat yang ada pada Pak Majid yang berusia 59 tahun ini.

Kepada sesiapa yang ingin bertemu dengan beliau semasa dalam perjalanan bolih menghubungi beliau di talian Hp 017-438 4897 dan beliau akan melalui jalan lama tidak melalui lebuh raya dan secara peribadi saya mohon jika ingin memberi sokongan atau sumbangan kepada beliau silakan.

Jumaat, 21 November 2014

Wajah Pemimpin Melayu Masakini




Saya amat teruja dengan Pemimpin Melayu masakini kemesraan dan keakrapan mereka dengan rakyak terutama kepada kaum pendatang berpeluk-peluk bila berjumpa persoalan nya sekarang apakah Pemimpin Melayu ini bolih melakukannya pada sesama Melayu, saya juga ingin melihat Pemimpin Melayu ini berpeluk-peluk pula dengan Pemimpin-Pemimpin yang bangkit mempertahankan Agama Islam bangsa Melayu dan Negara Malaysia ini saperti Pemimpi-Pemimpin PERKASA serta ISMA dan lain Pemimpin Pertubuhan.

Rabu, 19 November 2014

Petikan Kenyataan Semasa Konvensyen Umno Johor 2014

Ahli Majlis Tertinggi Umno yang dilantik Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah berkata masyarakat Melayu tidak akan menjadi pemerintah sekiranya Umno dan Barisan Nasional kalah dalam Pru ke14, ahli Umno juga diingatkan agar sentiasa bersikap rasional serta bijak menyelesaikan cabaran untuk memastikan parti ini terus relevan untuk menjadi pemerintah. Umno merupakan parti yang kuat, tetapi kita tiada ciri-ciri perpaduan dan menyebabkan kita hilang kekuatan, Kita perlu hentikan sikap kita yang membuatkan orang benci pada Umno dan kita perlu tingkatkan keyakinan pengundi atas pagar terhadap parti.


Hebat sungguh pidato Ahli Majlis Tertinggi Umno yang dilantik ini, cuma saya nak tanya pada Ts pada siapa kenyataan ini ditujukan kepada ahli atau Pemimpin Umno ? suka saya nyatakan disini kekalnya Umno / Bn memerentah selepas Pru 13 adalah kerana ahli dan penyokong Umno
dan rakyat masih sayang pada Parti Umno walau pun mereka tidak suka pada Calon yang bertanding.

Sepatutnya Ts mengingatkan Pemimpin Umno yang dah muflis pemikiran yang mana mereka-mereka ini sudah tidak mampu untuk mengangkat martabat Perjuangan Parti Umno sebenar tapi masih mahu jadi Pemimpin. Tidak perlu Ts menasihatkan ahli Umno kerana ahli Umno dan rakyat malaysia tidak benci pada Parti Keramat Umno ini tapi kebanyakan ahli Umno dan rakyat sudah mula menunjukan sikap benci mereka kepada Pemimpin Umno yang masih leka dengan kekayaan yang mereka miliki hasil dari kedudukan mereka sebagai Pemimpin dalam Umno ini.

Saya juga ingin mengingatkan Ts berhati-hati membuat kenyataan ketika berjawatan dalam Umno takut-takut nanti bahasa yang Ts guna membuatkan Ts juga turut dibenci oleh ahli Umno dan rakyat seperti mana ahli Umno dan rakyat yang membenci sesetengah Pemimpin yang ada masakini.

Selasa, 18 November 2014

DUIT DUIT DIMANA KAU DUIT

Demi kerana wang mereka pilih untuk jadi pengkhianat kepada Negara.

BETUL KE

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan tidak ubah seperti memberi rasuah kepada rakyat.
( Tun Dr Mahathir Mohamad )

Ahad, 16 November 2014

" BERTEMAKAN DI SINI LAHIRNYA UMNO "

Ketika berucap di Konvensyen UMNO Johor 2014 yang bertemakan ‘Di Sini Lahirnya UMNO Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamad Khaled Mohamad Nordin berkata rakyat Malaysia semakin kurang minat untuk menyertai Parti Politik,

Penolakan terbuka bangsa Melayu terhadap Parti semakin ketara, ini jelas kelihatan dalam dua Pilihan raya Umum yang lepas memang benar kita punyai 3 juta ahli tetapi mereka kebanyakan ahli kita yang hanya pada keahlian sahaja,dan lebih malang lagi kebanyakan yang menyertai UMNO bukan lagi kerana perjuangan tetapi sebagai Instrumen Politik untuk mencari Pengaruh mendapatkan Kuasa, Prestij dan Kekayaan sahaja.

Persoalan nya sekarang ke mana hilangnya slogan Transformasi Politik yang dilaung-laungkan Ds Najib selaku Presiden Umno kepada kepimpinan Umno diperengkat Mkt, Negeri dan Bahagian-bahagian seluruh negara ?

Rasanya lebih malang lagi apabila dalam Pemilihan yang lalu ahli-ahli Perwakilan Umno masih memilih dan mengekalkan 3 Naib Presiden dan masa yang sama masih mengekalkan Ahli MKT yang dilihat tidak membantu Presiden untuk mengangkat martabat perjuang Umno sebenar dan seterusnya membantu Presiden merancang dan mengurus perubahan dalam Parti secara STRATEGIK, BIJAKSANA dengan ILMU, dengan AKAL yang panjang serta KOLEKTIF.

Jumaat, 14 November 2014

Ketua Dewan ULARmak Pakatan Haram Pas Dap Pkr

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin digantung sehari daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Speaker Datuk Law Choo Kiang, ketika menerima usul tergempar dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih), berkata penggantungan itu berkuat kuasa pada hari pertama persidangan DUN Pulau Pinang pada penggal akan datang.

Persidangan DUN pada 11 Dis 2013 telah merujuk Roslan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa mengeluarkan perkataan 'rasis' dalam ucapannya semasa persidangan DUN Julai 2013.

Pada persidangan itu, Roslan dalam ucapannya mendakwa tiga doktor iaitu dua di Hospital Seberang Jaya dan seorang di Hospital Kepala Batas telah bersikap rasis kerana enggan memberi rawatan kepada pesakit yang berbeza bangsa dengan mereka.

Cameron Highland

Laporan media mengenai kebanjiran kira-kira 30,000 warga asing di Cameron Highlands sebagai tidak masuk akal kata Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi.

Laporan itu sukar dipercayai tanpa sumber maklumat tepat. Bilangan pekerja asing di Cameron Highlands yang diluluskan setakat ini berjumlah 11,016 orang.

Itu yang diluluskan wahai pak Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Kawalan tapi yang tak diluluskan berapa banyaknya pula ? heran sungguh saya dengan perangai sesetengah Pegawai Kerajaan sekarang ini apabila media melapurkan sesuatu kes kebanyakan mereka suka menafikan.

Maaf cakap kalau benar Pihak Imigresen menjalankan tugas dengan rasa penuh tanggong jawab tampa ada rasuah tak akan ada berjuta-juta pendatang dimalaysia masakini.

FAKTA TENTANG PUTRAJAYA

Selain Mekah & Madinah, PUTRAJAYA adalah Satu-Satunya bandar di dunia yg tiada GEREJA, TOKONG, KUIL, BIARA & seumpamanya..
Yang ada hanyalah Masjid & Surau.

Pergilah Ke Mana2 bdr besar, bahkan di bandar utama negara islam seperti Istanbul, Jakarta, Kaherah, Islamabad, Dubai dll, kita akan melihat wujudnya pelbagai rumah ibadat selain Masjid & Surau.

Hanya MASJID & SURAU sahaja dibenarkan di PUTRAJAYA..
Itu Adalah Melambangkan Keagungan ISLAM yg didokong & diIlhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bangunan pertama yg dibina di PUTRAJAYA Ialah MASJID PUTRA Perkataan MASJID yg digandingkan dgn PUTRA sebenarnya mempunyai simbolik yg tersendiri iaitu MASJID (mewakili agama Islam) & PUTRA (mewakili Melayu Bumiputra).

Pejabat Perdana Menteri pula sengaja dibina di sisi MASJID PUTRA agar secara simboliknya semua keputusan negara dibuat mendahulukan Islam & mengutamakan Bumiputra.

Masjid Ke2 Putrajaya Pula ialah MASJID BESI yg turut dibina berhadapan ISTANA KEHAKIMAN agar secara simboliknya semua keputusan Hakim secara adil lagi saksama dgn berlandaskan prinsip2 keadilan Islam.
Alhamdulillah.

Rabu, 12 November 2014

Himpunan Mega Jika Anwar Dipenjara - Tian Chua

Naib presiden Pkr Tian Chua berikrar untuk mengadakan Perhimpunan besar-besaran sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan Liwat II.

Beliau bercakap kepada 500 orang penyokong di luar Istana Kehakiman
dan kita akan berhimpun di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini sekiranya Anwar dikenakan hukuman.

Ia akan menjadi kebangkitan rakyat dan gelombang baru untuk mempertahankan ketua pembangkang.

Apa tindakan Menteri KDN dengan kenyataan ini ?

KENAPA NOH OMAR PERLU MELATAH ?

Dia suruh siapa berundur ? Umno Selangor tu siapa ? Saya hendak komen macam mana kalau tidak ada spesifik. Hendak undur apa ? Yang duduk di Umno Selangor itu semua ketua bahagian. Ketua bahagian yang dipilih oleh orang Umno, oleh perhimpunan.

Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dr Mahathir berkata Umno Selangor perlu menerima hakikat untuk berundur selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.

Tegoran Tun demi kebaikan Parti Umno sebenarnya tegoran tersebut bukan untuk Umno Selangor malah kepada semua Negeri, tapi kalau masih ada lagi Pemimpin Umno yang mahu jadikan Parti Keramat ini sebagai Syarikat Sendirian Berhad saya yakin Umno akan terkubur dan jika Umno hancur bukanlah kerana Pembangkang tetapi berpunca dari Pemimpin Umno yang ada masakini.

Dari penilaian saya secara peribadi sudah sekian lama Pembangkang cuba hancurkan Umno berbagai cara digunakan tapi mereka tak berjaya dan tak akan berjaya Inshaalah, tetapi saya yakin kali ini kerana masalah dalaman Parti dan Masalah Pemimpin yang memiliki sifat hepokrit saya teramat yakin Umno akan tumbang selepas Pru 14 nanti.


Menjawab kritikan bekas perdana menteri yang berpengaruh terhadap Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan...
THEMALAYSIANINSIDER.COM

Nak Marah - Marah Lah


Mungkin ada yang marah pada saya tapi inilah sebenarnya akan berlaku selepas Pru 14 jika masih ada pemimpin Umno yang masih bersikap ego tidak bolih ditegur bertindak mengikut kuasa yang ada dan tindakan yang dilakukan merosakan Islam dan Melayu.

Isnin, 3 November 2014

PENDUDUK MALAYSIA SUDAH MENCECAH 30 JUTA


SB20141103
PENDUDUK MALAYSIA SUDAH MENCECAH 30 JUTA
KUALA LUMPUR: Jumlah penduduk di Malaysia kini mencatatkan rekod baharu apabila mencecah angka 30 juta orang.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan berkata, sehingga pukul 5 petang semalam, jumlah rakyat Malaysia telah mencecah angka 30,001,710 orang berbanding 29,999,530 pada Rabu lalu.

Menurutnya, jumlah rakyat Malaysia kini telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 1963 iaitu hanya 6.3 juta orang.

Jumlah tersebut berdasarkan kajian dan perangkaan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut jangkaan kadar kelahiran seorang pada setiap minit.

(Maklumat lanjut perangkaan jumlah rakyat Malaysia bagi tahun 2014 klik sini – MRM bagi Malaysia Population Clock klik sini)

Sumber Kosmo Online:

Statistik 2012 penduduk Islam dan agama lain di Malaysia:

Dari 28.334juta rakyat malaysia,

Penganut Islam adalah 17,375juta (61.3%)

Kristian 2.617j (9.2%),

Buddhist 5.620j (19.8%),

Hindu 1.77 (6.3%),

Cina Tradisi 0.356j (1.2%),

Lain-lain 0.11j (0.4%),

Tiada agama 0.2j (0.7%)

Tidak diketahui 0.272j (1%)

Perkembangan Agama di Malaysia dari tahun 2000 ke 2010 adalah seperti berikut:
1. Islam 60.4% pada 2000 ke 61.3%

2. Kristian 9.1% ke 9.2%

3. Buddha 19.2% ke 19.8%

4. Hindu 6.3% ke 6.3%

5. Cina Tradisi 2.6% ke 1.4%

6. Lain-lain 2.3% ke 1.1%

7. Tak diketahui 0.1% – 0.9%

Statistik agama untuk bangsa Cina di Malaysia seperti dibawah:
1. Jumlah penduduk kaum Cina adalah 6.392 juta dari 28.33juta (22.56%)
2. Cina Muslim 42,048 (0.65%)

3. Buddhist 5.314j (83.1% pada 2010 dari 75.9% pada 2000)

4. Kristian 0.704juta (11% pada 2010 dari 9.6% pada 2000

5. Cina Tradisi 218,261 (3.4% pada 2010 dari 10.6% pada 2000).

Statistik agama untuk kaum India :

1. Jumlah penduduk kaum India 1.9juta (6.7%) dari penduduk Malaysia

2. India Muslim 78,702 ;(4.1% pada 2010 dari 3.8% pada 2000)

3. India Hindu 1.644juta (84.5% pada 2010 dari 84.5% pada 2000)

4. India Kristian 114,281 (6% pada 2010 dari 7.7% pada 2000).




LASKAR MERAH PUTIH INDONESIA BERSAMA PERKASA



PERTEMUAN KEHARMONIAN ANTARA PERKASA DAN LASKAR MERAH PUTIH (INDONESIA)

2 November 2014, Jam 8.00 malam di Restoran Garuda Jakarta, Indonesia. Pertemuan bersejarah diantara PERKASA dengan LASKAR MERAH PUTIH.

PERKASA diketuai oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, manakala LASKAR MERAH PUTIH diketuai oleh Ketua Umum, Hj Adek Ervil Manurung.


LASKAR MERAH PUTIH adalah sebuah NGO yg pernah mencetuskan kontroversi dan pernah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dihadapan kedutaan Malaysia di Indonesia.

Insyaallah selepas pertemuan ini, keadaan akan berubah serta menjadi lebih baik apabila dua organisasi bersaudara ini bertemu dan bersepakat demi masa depan rumpun melayu dirantau ini.

LASKAR MERAH PUTIH mempunyai lebih daripada 12 juta orang ahli diseluruh Indonesia,

Ketua Umumnya sendiri akan hadir ke Perhimpunan Agung PERKASA di Kuala Lumpor pada disember ini bersama rombongannya.

Khamis, 16 Oktober 2014

YB atau Y.A.B

Umno bukan lagi dihormati oleh orang Melayu sedangkan Umno lah yang berjaya Memerdekakan Negara, Membangunkan Negara dan Umno juga menjadi penebus maruah orang melayu kenapa ini semua berlaku ? mungkin kerana Umno sudah tidak lagi berpegang kepada Perjuangan asalnya yaitu Perjuangan untuk Bangsa ,Agama dan Negara.

Umno sekarang ini dianggap sebagai parti yang berjuan hanya untuk orang tertentu dalam parti sahaja orang menjadi ketua diperengkat cawangan, menjadi ketua diperengkat bahagian dan seterusnya dan mereka-mereka ini berjuang untuk diri sendiri demi untuk memperkayakan diri sendiri untuk jawatan dan gelaran untuk kuasa yang bolih disalah gunakan oleh mereka apabila mereka begelar Yang Berhormat(YB) atau pun Yang Amat Berhormat (Y.A.B).


Ahli Umno pula digunakan hanya untuk menyokong individu tertentu ini demi mengisi ketamakan mereka dan untuk ini ahli disogok dengan Wang dan bermacam-macam lagi sogokan saperti lawatan keluar Negara dan dalam Negara ada juga yang dihantar untuk mengerjakan Umrah, dengan ini seluruh ahli perwakilan Umno sekarang terlibat dengan rasuah kerana mereka sendiri yang menjual undi mereka dengan Wang dan inilah Umno yang ada masakini.

1MALAYSIA



Ramai yang berkata sudah terbukti sekarang bahawa pemerentahan Ds Najib hanya banyak menetapi janji kepada bangsa India dan pada bangsa Cina di dahulukan apa saja keperluan (Hak Sekolah Cina Ada Dalam Perlembagaan), tetapi kepada bangsa Melayu dianak tirikan maka kalau benar apa yang seperti dinyatakan ini apa akan terjadi pada nasib bangsa Melayu di bumi Melayu ini.

Tahaluf Siyasi


Disebalik kegagalan Anwar Ibrahim mencapai cita-cita politik beliau, DAP berjaya dalam beberapa perkara:-

(i) Memecahbelahkan perpaduan di antara UMNO & PAS sehinggakan ada di kalangan para pemimpin PAS yang menganggap saudara seIslam mereka dari UMNO lebih hina dari para pemimpin kafir harbi DAP.


(ii) Memecahbelahkan sesama pemimpin dan pengikut PAS sehinggakan ada di kalangan para pemimpin PAS dipecat, dikenakan tindakan tatatertib dan dipulaukan kerana tidak sependapat dan mengkritik tindakan & amalan politik DAP.

(iii) Memecahbelahkan jati diri anak-anak muda dan belia Melayu sehinggakan ada di kalangan mereka DITAJA dan tanpa sebarang jawatan dalam parti diberi promosi dan peranan untuk menarik keahlian belia Melayu/Islam ke dalam DAP.

Demikianlah ringkasan kemenangan DAP sebelum memerintah Malaysia atas nama Tahaluf Siyasi bersama PAS.

Selasa, 14 Oktober 2014

Kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi Pemimpin UMNO, dan kemudian Ds Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk jadinya.

Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang.

Walaupun Ds Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.

PERANCANGAN SULIT DAP (Ulangan)

Samada kita semua orang Melayu sedar atau tidak Dap telah merancang sejak dari penubuhannya lagi untuk menjadikan Negara ini sebagai Negara ketuanan Cina. Dap telah mengambil alih peranan Parti Komunis Malaya yang telah digagalkan dalam usaha Memerintah Negara ini. Dap tidak pernah berterima kasih kepada Kerajaan yang telah memakmurkan orang Cina di negeri majoriti orang Melayu.

Apa sahaja dasar untuk memakmurkan Melayu telah ditentang habis habisan sejak puluhan tahun lalu (sama ada Pemimpin yang bernama Melayu sedar atau tidak kita tidak mengetahuinya). Mereka tetap menganggap Melayu Bangsa Bodoh bahawa kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah hasil dari cukai yang dibayar orang Cina. Mereka mengatakan Melayu mudah dibeli dan Melayu juga senang menerima rasuah kerana mereka tahu orang Melayu memiliki sifat baik hati dan orang Melayu juga mudah dipedaya.

Isnin, 13 Oktober 2014

Seloka Tuan Ismail Yaakub Yang Bermakna


Tak tahu kenapa sekali sekala teringat seloka dan pesanan Allahyarham Tuan Ismail Bin Yaakub wakil Umno Kedah dari Langkawi semasa Perhimpunan Agong Umno 2013.

Kepada Datuk Najib bakal Perdana Menteri
Dalam sebuah kapal seorang saja juru mudi
Jangan duk selalu dengak penasihat kanan atau pun kiri
Kena banyak ambil kira kehendak akar umbi.


Kita kalah pilihan raya jangan dok salah sapa-sapa
Ini balasan Allah kerana kita sendiri punya angkara
Kita selalu tamak sombong dan gila kuasa
Tegoranakar umbi kita tak ambil kira.

Persoalan nya sekarang adakah Ds Najib yang berada dalam Perhimpunan tersebut sudah lupa apa yang dikatakan oleh wakil Umno Neger Kedah ini bagi saya dalam selokanya ada Makna.

SR1M (Sekolah Rakyat 1 Malaysia)

Malaysia sekarang dah jadi negara yang hebat dimata dunia kerana dibawah kepimpinan Ds Najib sebagai Perdana Menteri, semuanya atas nama 1MALAYSIA cuma nak tanya pada punaisihat-punaisihat, Menteri, Timbalan Menteri termasuk yang bergelar macai-macai Bila Lagi Ds Najib Nak Umum SR1M (Sekolah Rakyat 1 Malaysia) jangan marah cai-cai Umno cuma secara peribadi saya ingin tahu kerana saya juga rakyat yang mengambil bahagian dalam Pilihan Raya.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Apa Guna ! ! !

Apa Guna Jadi Kerajaan 
Jika Hanya Mengikut Telunjuk Pembangkang
Apa Guna Ada Akta Jika Untuk Dimansuhkan
Apa Guna Jadi Pemimpin Jika Tak Tahu Memimpin
Apa Guna Ahli UMNO Berjuta Jika Sekadar Menjadi Pak Turut Kepada Pemimpin Yang Terpaksa Dipimpin.

Khamis, 9 Oktober 2014

'Tiada Peruntukan SJK Dalam Perlembagaan'

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata memang tiada peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Menurutnya lagi, tiada juga peruntukan yang melarang kerajaan membantu, mewujudkan atau membenarkan penubuhan sekolah itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Dalam temubualnya dengan akhbar itu, Mohd Noor menjelaskan jika penubuhan sekolah itu dibuat oleh kerajaan maka ia dikira "secara ihsan" dan tidak boleh ada pertubuhan mendesak kerajaan bantu SJK.

"Sekolah persendirian, sekolah Cina, Tamil dan sekolah apa bangsa sekalipun di negara ini, yang nak belajar bahasa ibundanya, buatlah, teruskanlah tapi kena tanggung sendiri.

"Katakan orang Cina nak belajarbahasa Cina, mereka boleh buat sekolah tanggungan sendiri. Jadi sekarang ini hanya ada dua jenis sekolah iaitu sekolah ditanggung kerajaan dan sekolah dibiayai masyarakat.

"Jadi mana kita nak letak SJK kalau merujuk kepada perkara 152? Memang tiada peruntukan membenarkan penubuhan SJK menurut Perlembagaan," katanya dalam temubual itu.

Beliau menjawab soalan berhubung kedudukan SJK mengikut Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan susulan cadangan Timbalan Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu isu sekolah itu dibahas dalam Perhimpunan Agung Umno.

Dalam temubual itu juga, Mohd Nor menegaskan dalam perlembagaan bahasa Melayu ada bahasa kebangsaan tetapi tiada siapapun boleh disekat dan dihalang dari menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain.

"Dari satu sudut, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk perkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menyediakan sekolah untuk mengajar dan belajar bahasa Melayu.

SK bukan sekolah Melayu

"Malah bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi bagi memudahkan semua orang belajar bahasa Melayu. Kerana itu, kerajaan sediakan sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu," katanya dipetik.

Dari sudut yang lain pula, Mohd Noor berkata tidak boleh dihalang terus dan disekat sesiapa sahaja yang mahu mengguna, belajar atau mengajar bahasa ibundanya pada bila-bila masa atau di mana sahaja kerana ia adalah hak individu.

"Siapa individu ini? Boleh jadi mereka adalah warga negaraMalaysia, permastautin atau pelancong di sini. Yang kebanyakan orang tidak faham ialah guna, belajar dan mengajar secara sendirian.

"Kerajaan tidak campur dan kerajaan tidak (perlu) sediakan sekolah atau kelengkapan. Ini urusan peribadi individu tersebut. Itu yang kita kena faham," katanya.

Ditanya mengenai cara penyelesaian isu sekolah vernakular, Mohd Nor mencadangkan sekolah jenis kebangsaan dijenamakan sebagai sekolah kebangsaan berbanding dihapuskan untuk mengelak rasa "sakit hati" orang ramai.

"Tetapi siapa nak belajar bahasa ibunda masing-masing, sediakan kemudahan itu. Keperluan untuk pelajari bahasa ibunda tidak akan memakan masa lama.

"Dalam tempoh tiga tahun dah boleh fasih. Kita masih pelihara tradisi setiap masyarakat dan dalam masa yang sama tidak jejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

"Tapi kalau masing-masing bergaduh, ada yang nak pertahan SJK, ada yang nak mansuhkan, musnahlah negara kita," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mencadangkan supaya kerajaan menyediakan sekolah kebangsaan itu di mana semua pelajar tak mengira bangsa belajar bawah satu bumbung, berkongsi padangdan kantin yang sama.

"Ketika itu tiada siapa mempersoalkan. Di Singapura, hanya ada satu sekolah, semua pelajar bahasa pelbagai bahasa di situ. Kalau mereka boleh terima sistem begitu, kenapa kita tidak?" soal Mohd Noor.

Pelik Tapi Benar













Pelik juga melihat telatah manusia ini dengan ulama sebenar terutama mufti-mufti beliau tidak terima untuk duduk bersama berbincang demi Agama Islam tetapi dengan puak-puak kafir termasuk puak-puak dari yang beragama Kristian beliau begitu akrab sekali dan apabila dinilai semula kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang menyatakan beliau bukan Ulama tetapi ULARmak Parti Ajaran Sesat (Pas) adalah tepat sekali.

Isnin, 6 Oktober 2014

Siapa Untung Siapa Rugi

Saya tersangat kecewa dengan sikap Pm Ds Najib hanya menarik balik sabsidi minyak sebanyak 20 sen, sepatutnya negara ini kerajaan tidak lagi perlu memberi sabsidi apa jenis barangan sekali pun termasuk kerajaan juga tak perlu lagi memberi BR1M pada rakyat malaysia kerana rakyat terutama bangsa Cina, ada juga bangsa Melayu dan sama juga dengan segelintir bangsa India sudah tidak bershukor dan berterima kasih pada kerajaan masakini.

Selepas penyelarasan minyak baru-baru hanya 20 sen kemana saja saya pergi tidak kedengaran yang mereka-mereka ini tidak menghina kerajaan berbagai-bagai gelaran digelar pada kerajaan, sedar atau tidak kita semua siapa sebenarnya yang mengaut untung dari segala barang yang disabsidikan oleh kerajaan ? dan begitu juga dengan pemberian BR1M siapa yang banyak berkelayakan menerima BR1M bukankah Bangsa Cina dan India ?

Diatas rasa kekecewaan saya ini saya mohon Kerajaan terutama Kementerian kewangan nyatakan dengan jelas bangsa manakah dimalaysia ini yang banyak menerima bantuan kerajaan dalam soal sabsidi dan begitu juga dari segi lain-lain bantuan dan saya juga ingin menyarankan selepas ini Kerajaan Malaysia tidak perlu lagi menjadi Kerajaan Sabsidi.

Saya suka mendengar komen tapi komen yang mengunakan otak sebagai rakyat malaysia.
Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 yang dipetik dalam buku Khalid Awang Osman yang berbunyi:

Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat- syarat dalam Undang-Undang Negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas Kemerdekaan, 90 % penduduk bukan Melayu menjadi Warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum Merdeka di mana 90 % daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah Pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, Mca dan Mic ketika itu bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan Keistimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.


Hari ini masih ada lagi bangsa-bangsa ini sanggup berkurang ajar dengan orang Melayu kerana bersama mereka sekarang ada orang melayu yang sanggup menggadai maruah bangsa sendiri.

Ahad, 7 September 2014

SIAPA MENTERI DALAM NEGERI HISHAMUDDIN ATAU ZAHID HAMIDI


Saya tidak faham dengan sikap Menteri-Menteri yang dilantik oleh Ds Najib sama ada Menteri tersebut dari Parti Umno,Mca,Gerakan dan Mic yang mana menteri-menteri ini tidak faham apa yang rakyat mahu dan apa yang rakyat harapkan tentang Keselamatan Negara dan Keselamatan Rakyat.

Lihat saja kenyataan Hishamuddin dibawah ini apakah beliau sekarang sedang menguji kesabaran rakyat atau beliau juga sekarang mempamirkan kebudohan sebenar diri beliau.mohon pada perwakilan Umno pemilihan akan datang pastikan manusia ini bukan lagi sebagai Naib Presiden Umno demi menyelamatkan keselamatan negara.

Dengan keadaan sedemikian menteri-menteri masakini saya teramat setuju dengan cadang yang dibuat oleh Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa di Ipoh semalam, beliau menyarankan Akta baharu yang bersangkutan dengan Keselamatan Negara dan Keselamatan Rakyat diserahkan kepada sebuah Jawatankuasa Khas.

Terlebih baik lagi Jawatankuasa Khas tersebut yang terdiri daripada Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera,Peguam Negara dan dipengerusikan oleg Ketua Hakim Negara dan kaedah ini dilihat lebih baik tidak kena mengena dengan Politik kerana kebanyakan kelahiran kepimpinan melalui Politik masakini teramat lemah untuk menjaga kepenting Agama Islam,Bangsa Melayu dan Negara ini

Ahad, 31 Ogos 2014

Cerita Kambing Dengan Ayam




BONGOK

Ketua Angkatan Muda Keadilan AMK Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memansuhkan Akta Hasutan dengan segera dan tidak lagi menindas pemimpin Pakatan Rakyat.

Katanya kalau benar Najib mahu menepati janji saya mendesak supaya beliau segera memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini seperti yang telah beliau katakan dan hentikan pendakwaan dan serangan terhadap pimpinan Pakatan serta-merta.

Dengan penghapusan Akta Hasutan 1948 ini konon nya tiada lagi rakyat yang akan ditindas hanya kerana kelantangan mereka menyuarakan pendapat mahupun mengkritik kerajaan.

Sekali lagi Ds Najib dicabar oleh budak hingusan dalam Pkr persoalan nya adakah Ds Najib akan sekali lagi mahu mengulanggi sekali lagi kesilapan yang pernah beliau lakukan, jika Ds Najib menerima cabaran budak hingusan ini bermakna Ds Najib sudah tidak layak lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Simpati Mca Kepada Dap

Naib Presiden MCA Datuk Chew Mei Fun menuntut pihak Polis menahan dan bertindak terhadap pihak yang melempar bom molotov cocktail pada kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kepada Chew Mei Fun kenapa anda menjadi Naib Presiden Mca yang paling bodoh masakini, awak faham atau tidak bahawa Lim Guan Eng ketua komunis Pulau Pinang telah mengistiharkan PERANG terhadap Ketua Polis Negara.

Soalan saya kenapa awak gatal nak masuk campur dalam hal ini awak bukan Menteri Dalam Negeri jangan perasan nak jadi hero cina pulak sepatutnya awak sedar siapa awak sebenarnya jadi Timbalan Menteri pun masuk melalui pintu belakang itu pun disebabkan kelemahan kepimpinan Ds Najib sebagai PM.

Khamis, 28 Ogos 2014



Sama-Sama Kita Fikirkan Betul Atau Tidak Kenyataan Ini.
Kalau di US siapa sahaja jadi Presiden mesti jaga kepentingan YAHUDI dan dimalaysia pula siapa saja yang jadi Perdana Menteri mesti jaga kepentingan CINA.

Ahad, 24 Ogos 2014

Kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin.


Keluarga Perwira Lahad Datu tahu apa yang Kerajaan lakukan untuk membela dan memberi Penghomatan kepada mereka yang terkorban,

Wahai Menteri sedar atau tidak dalam kes MH17 salah guna Protokol Penghormatan Negara telah berlaku terutama pengunaan Anggota Tentera untuk Istiadat Penghormatan jenazah mangsa, sedangkan Penghormatan sebegini sebenarnya diberi kepada Tentera atau Polis yang gugur mempertahankan negara.


Saya hanya ingin membuat teguran kepada Datuk Seri Hisham selaku Menteri Pertahanan Malaysia walau pun Ds mempunyai kuasa tapi jangan pula sampai menyalah gunakan kuasa kerana tindakan yang dibuat dalam kes MH17 menampakan kelemahan diri Ds sebagai seorang Menteri dan juga sebagai menteri yang menguruskan Kementerian Pertahanan.