Saya tersangat kecewa dengan sikap Pm Ds Najib hanya menarik balik sabsidi minyak sebanyak 20 sen, sepatutnya negara ini kerajaan tidak lagi perlu memberi sabsidi apa jenis barangan sekali pun termasuk kerajaan juga tak perlu lagi memberi BR1M pada rakyat malaysia kerana rakyat terutama bangsa Cina, ada juga bangsa Melayu dan sama juga dengan segelintir bangsa India sudah tidak bershukor dan berterima kasih pada kerajaan masakini.
Selepas penyelarasan minyak baru-baru hanya 20 sen kemana saja saya pergi tidak kedengaran yang mereka-mereka ini tidak menghina kerajaan berbagai-bagai gelaran digelar pada kerajaan, sedar atau tidak kita semua siapa sebenarnya yang mengaut untung dari segala barang yang disabsidikan oleh kerajaan ? dan begitu juga dengan pemberian BR1M siapa yang banyak berkelayakan menerima BR1M bukankah Bangsa Cina dan India ?
Diatas rasa kekecewaan saya ini saya mohon Kerajaan terutama Kementerian kewangan nyatakan dengan jelas bangsa manakah dimalaysia ini yang banyak menerima bantuan kerajaan dalam soal sabsidi dan begitu juga dari segi lain-lain bantuan dan saya juga ingin menyarankan selepas ini Kerajaan Malaysia tidak perlu lagi menjadi Kerajaan Sabsidi.
Saya suka mendengar komen tapi komen yang mengunakan otak sebagai rakyat malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan