Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?” katanya kepada The Malaysian Insider.
Dr Mahathir berkata Umno Selangor perlu menerima hakikat untuk berundur selepas mengalami kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.
Tegoran Tun demi kebaikan Parti Umno sebenarnya tegoran tersebut bukan untuk Umno Selangor malah kepada semua Negeri, tapi kalau masih ada lagi Pemimpin Umno yang mahu jadikan Parti Keramat ini sebagai Syarikat Sendirian Berhad saya yakin Umno akan terkubur dan jika Umno hancur bukanlah kerana Pembangkang tetapi berpunca dari Pemimpin Umno yang ada masakini.
Dari penilaian saya secara peribadi sudah sekian lama Pembangkang cuba hancurkan Umno berbagai cara digunakan tapi mereka tak berjaya dan tak akan berjaya Inshaalah, tetapi saya yakin kali ini kerana masalah dalaman Parti dan Masalah Pemimpin yang memiliki sifat hepokrit saya teramat yakin Umno akan tumbang selepas Pru 14 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan