Ahli Majlis Tertinggi Umno yang dilantik Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah berkata masyarakat Melayu tidak akan menjadi pemerintah sekiranya Umno dan Barisan Nasional kalah dalam Pru ke14, ahli Umno juga diingatkan agar sentiasa bersikap rasional serta bijak menyelesaikan cabaran untuk memastikan parti ini terus relevan untuk menjadi pemerintah. Umno merupakan parti yang kuat, tetapi kita tiada ciri-ciri perpaduan dan menyebabkan kita hilang kekuatan, Kita perlu hentikan sikap kita yang membuatkan orang benci pada Umno dan kita perlu tingkatkan keyakinan pengundi atas pagar terhadap parti.
Hebat sungguh pidato Ahli Majlis Tertinggi Umno yang dilantik ini, cuma saya nak tanya pada Ts pada siapa kenyataan ini ditujukan kepada ahli atau Pemimpin Umno ? suka saya nyatakan disini kekalnya Umno / Bn memerentah selepas Pru 13 adalah kerana ahli dan penyokong Umno
dan rakyat masih sayang pada Parti Umno walau pun mereka tidak suka pada Calon yang bertanding.
Sepatutnya Ts mengingatkan Pemimpin Umno yang dah muflis pemikiran yang mana mereka-mereka ini sudah tidak mampu untuk mengangkat martabat Perjuangan Parti Umno sebenar tapi masih mahu jadi Pemimpin. Tidak perlu Ts menasihatkan ahli Umno kerana ahli Umno dan rakyat malaysia tidak benci pada Parti Keramat Umno ini tapi kebanyakan ahli Umno dan rakyat sudah mula menunjukan sikap benci mereka kepada Pemimpin Umno yang masih leka dengan kekayaan yang mereka miliki hasil dari kedudukan mereka sebagai Pemimpin dalam Umno ini.
Saya juga ingin mengingatkan Ts berhati-hati membuat kenyataan ketika berjawatan dalam Umno takut-takut nanti bahasa yang Ts guna membuatkan Ts juga turut dibenci oleh ahli Umno dan rakyat seperti mana ahli Umno dan rakyat yang membenci sesetengah Pemimpin yang ada masakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan