# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Ahad, 7 September 2014

SIAPA MENTERI DALAM NEGERI HISHAMUDDIN ATAU ZAHID HAMIDI


Saya tidak faham dengan sikap Menteri-Menteri yang dilantik oleh Ds Najib sama ada Menteri tersebut dari Parti Umno,Mca,Gerakan dan Mic yang mana menteri-menteri ini tidak faham apa yang rakyat mahu dan apa yang rakyat harapkan tentang Keselamatan Negara dan Keselamatan Rakyat.

Lihat saja kenyataan Hishamuddin dibawah ini apakah beliau sekarang sedang menguji kesabaran rakyat atau beliau juga sekarang mempamirkan kebudohan sebenar diri beliau.mohon pada perwakilan Umno pemilihan akan datang pastikan manusia ini bukan lagi sebagai Naib Presiden Umno demi menyelamatkan keselamatan negara.

Dengan keadaan sedemikian menteri-menteri masakini saya teramat setuju dengan cadang yang dibuat oleh Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa di Ipoh semalam, beliau menyarankan Akta baharu yang bersangkutan dengan Keselamatan Negara dan Keselamatan Rakyat diserahkan kepada sebuah Jawatankuasa Khas.

Terlebih baik lagi Jawatankuasa Khas tersebut yang terdiri daripada Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera,Peguam Negara dan dipengerusikan oleg Ketua Hakim Negara dan kaedah ini dilihat lebih baik tidak kena mengena dengan Politik kerana kebanyakan kelahiran kepimpinan melalui Politik masakini teramat lemah untuk menjaga kepenting Agama Islam,Bangsa Melayu dan Negara ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan