Dimana Taring Pemuda Umno Masakini ?
Dimana Ketegasan Wanita Umno Masakini ?
Dimana Kelantangan Puteri Umno Masakini ?
Satu Soalan Tambahan Khas Buat Umno Kenapa Umno Masakini Masih Dipimpin Bukan Memimpin ?
Hilangnya taring Perjuangan Pemuda Umno bermula dari Kepimpinan Anwar Ibrahim dan lebih malang lagi apabila Perwakilan Pemuda pada pemilihan yang lalu memilih Pemimpin mereka berdasarkan RM.
Secara peribadi saya nyatakan hilangnya ketegasan Wanita Umno apabila Sharizat Jalil diangkat menjadi Ketua.
Bagi Puteri Umno walau pun baru tetapi saya teruja semasa YB Azalina Othaman Said mengetuai Puteri beliau mempunyai perancangan yang agak baik dan semasa itu kita dapat lihat Puteri masuk kampung menarik beribu anak muda menyertai Puteri Umno dan ketika itu juga jelas kita lihat kelantangan Puteri mempertahankan kepentingan Melayu dan dimasa itulah Parti Pembangkang terpaksa membisu seketika, walau apa pun secara peribadi sekalung tahniah buat YB Azalina serta seluruh ahli Puteri ketika itu.
Akhirnya ingin saya nyatakan rosaknya Umno bermula dari kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi ( Tidak silap Tun Mahathir pecat Anuwar Ibrahim tetapi agak tersilap juga Tun memilih Pak Lah sebagai pengganti beliau untuk memimpin Umno ) dan bertambah parah lagi Parti Keramat Umno ini apabila Ds Najib menjadi seorang pemimpin yang sanggup tunduk kepada kehendak Pembangkang hingga terpaksa memansuhkan ISA kerana mahu menjaga hati kaum pendatang dan menagih undi dari kaum yang tak pernah cukup dengan apa yang telah mereka dapat walau pun apa yang mereka dapat itu bukan hak mereka.
Akibat dari pemansuhan ISA lihatlah apa yang sedang berlaku sekarang ini Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu dihina satu soalan akhir saya jika berlaku Bangsa Melayu Merempat dibumi ini satu ketika nanti siapa yang harus dipersalahkan ?
Apakah dengan kenyataan saya ini ada yang panas telinga ? kalau panas harap banyak-banyak bersabar kerana yang baik itu datang nya dari Allah dan yang tidak baik itu datangnya dari kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan