Pada 08 May 2014
Masa 10.30 Pagi
Tempat Perkarangan Rumah Umno Bahagian Taiping
Disempurnakan Oleh
YAB DATO' SERI DIRAJA MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Sekalung tahniah kepada Ahli Umno Bahagian Taiping dan Sekalung Penghormatan juga buat Ketua Umno Bahagian Taiping YBhg Dato' Haji Ahmad Shalimin Bin Haji Ahmad Shaffie kerana dengan usaha beliau akhirnya Umno Bahagian Taiping dapat memiliki mercu tanda Perjuangan sebenar Umno masakini, bagi saya dengan berdiri megahnya Rumah Umno Bahagian Taiping ini sebenarnya Dato' Ketua Bahagian telah meletakan Umno diatas noktah perjuangan sebenar.
Agak lama juga Ahli Umno Bahagian Taiping Menanti dan menunggu terdirinya Rumah MARUAH ini kerana sepengetahuan saya Umno Bahagian Taiping telah diterajui Ketua-ketua yang hebat dan ada yang berjawatan sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri satu ketika dahulu tapi sayang seribu kali sayang habuk pun tak ada, bukan niat saya untuk memburukan sesiapa tapi ini adalah kenyataan.
Walau pun bergelar sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak dan baru lebih kurang 6 tahun berjawatan Ketua Umno Bahagian sekali lagi secara peribadi saya ingin mengucapakan Sekalung Penghormatan saya buat YBhg Dato' Haji Ahmad Shalimin dan saya juga amat berharap agar Umno Bahagian Taiping dibawah kepimpinan YBhg Dato' akan terus maju dan berjaya demi Agama Bangsa dan Negara yang kita kasihi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan