Apabila Ds Najib mengumumkan bahawa PENGGUNAAN RUANG KAUM KEKAL maka sekali lagi rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu merasa lega, sebenarnya Orang Melayu sekarang ini hidup dalam keadaan yang tidak selesa disebabkan tindakan sesetengah sikap kaum pendatang Cina dan India yang tidak lagi menghormati hak-hak Orang Melayu saperti yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Yang lebih merisaukan lagi apabila Kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Orang Melayu terpaksa tunduk kepada desakan kaum pendatang ini, satu demi satu tindakan Kerajaan yang merugikan Orang Melayu sedangkan Kerajaan yang dapat mengekalkan kuasa pada hari ini adalah hasil sokongan Orang Melayu pada Pru 13 yang lalu.
Kalau mahu dirungkaikan satu persatu sudah pasti banyak yang terpaksa saya tuliskan dan apa yang sedang berlaku sekarang ini berpunca dari pemansuhan undang-undang tertentu dan yang paling merbahaya sekali apabila ISA juga turut dimansuhkan maka seluruh yang bergelar Pengkhianat Negara mula bangkit menentang Bangsa Melayu, Agama Islam dan hak-hak Orang Melayu.
Pasti nya apa yang mereka sedang merancang sekarang tak lain dari mahu mendesak Kerajaan supaya Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan juga perlu dimansuhkan atau dikaji semula seperti mana Kerajaan terpaksa memansuhkan Akta Keselamat Dalam Negeri ISA, andai banyak sangat hak Orang Melayu mahu dimansuhkan saya takut Orang Melayu akan bangkit sendiri untuk mempertahankan hak mereka kerana mungkin semasa itu Orang Melayu sudah hilang keyakinan pada Kerajaan yang ada masaakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan