Satelah admin membaca setiap komen dari Pengerak Media Maya masakini dan ramai juga kenyataan yang dibuat oleh Pemimpin Kerajaan dan Pemimpin Pembangkang tentang YB Karpal Singh yang kebanyakan menganggap beliau Karpal sebagai saorang Tokoh yang berperinsip, Sebenarnya secara peribadi admin tidak menafikan beliau seorang Tokoh malah dari pengamatan admin setakat ini tidak ada seorang pun Pemimpin yang ada sekarang ini dari kalangan Pemimpin Kerajaan yang setaraf dengan ketokohan beliau.
Malah dalam kepimpinan Parti Dap itu sendiri sebenarnya belum ada yang setaraf dengan beliau kalau mahu meletakan Lim Kit Siang sebagai Tokoh sebenarnya LKS bukan tokoh tetapi dia hanya layak bergelar pengkhianat kepada negara Malaysia, malah kalau dilihat pada kepimpinan Parti saperti Pkr dan Pas setakat ini hanya layak menjadi pecacai Politik kepada YB Karpal sahaja, tetapi walau bagaimana pun bagi admin YB Karpal sehingga diakhir hayat nya beliau tidak mampu menyaingi ketokohan Ayahnda Tun Dr Mahathir Mohamad.
Walau pun ramai Pemimpin yang mengelarkan YB Karpal sebagai tokoh adalah tidak tepat bagi admin sebenarnya beliau bukan lah tokoh yang hebat kerana beliau telah mencalarkan ketokohannya sendiri apabila beliau bertindak biadap terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan lebih menjijikan lagi ketokohannya apabila beliau bertindak biadap terhadap penganut Agama Islam dengan mengatakan LANGKAH MAYAT NYA DAHULU SEBELUM MAHU JADIKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM.
Walau apa pun YB Karpal Singh sudah tiada lagi dimuka bumi ini diatas tindakan biadap nya terhadap Sultan Perak maka bumi Negeri Perak telah menghukumnya dan diatas penghinaan beliau terhadap agama suci Allah yaitu Agama Islam pasti nya beliau juga akan menerima balas dari yang maha berkuasa cuma ingatan admin kepada penyokong kuat YB Karpal yang bukan beragama Islam berhati-hati apabila membuat kenyataan tentang ISLAM dan lebih-lebih lagi kepada yang berbangsa Melayu yang beragama Islam yang mana satu ketika dahulu bersekongkol menghina Islam bersama YB karpal diharap kembalilah bertaubatlah sebelum terlambat.
Sebenarnya apa yang berlaku pada YB Karpal adalah juga sebagai satu peringatan kepada kita semua terutama kepada yang mengangap semua Pemimpin itu sama kerana sebenarnya apabila lahirnya saorang yang beragama Islam maka dia bergelar khalifah dimuka bumi Allah ini.
FIKIR-FIKIRKAN wahai umat Islam yang menjadi penghalang untuk melaksanakan hukum hudud dan mendirikan Negara Islam sudah tiada lagi dan inilah masanya yang sesuai untuk Pemimpin UMNO / PAS serta Pemimpin Melayu Islam dalam PKR bersatu untuk menegakan ISLAM dibumi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan