Orang Melayu tidak pernah menentang hak agama lain dan kemewahan yang diperolehi. Orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberikan pelbagai kemudahan kepada bangsa lain.
Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai begitu banyak cuti demi merayakan pelbagai perayaan agama lain. Malaysia juga satu-satunya negara yang mempunyai pelbagai aliran sekolah mengikut bangsa.
Ringkasnya orang Melayu bukanlah satu bangsa yang suka mencari pergaduhan tetapi sangat cinta pada perdamaian jauh sekali rasis. Namun kebaikan orang Melayu telah diambil kesempatan oleh bangsa lain yang cuba mempertikaikan hak orang Melayu, Perlembagaan Negara dan Kemuliaan Agama Islam
Antara kesalahan yang didakwa dilakukan ialah cubaan untuk menghapuskan identiti Bangsa Melayu atas alasan keadilan dan hak sama rata, menghina Institusi Raja, menentang pelaksanaan Hudud, menuntut institusi khusus orang Melayu dibuka kepada bangsa lain, dan mempertahankan sekolah vernakular yang mengasingkan kaum kaum.
Pendek kata saya boleh senaraikan banyak lagi tindakan bangsa lain yang chauvinis ini yang telah mengguriskan hati orang Melayu selama bertahun-tahun, tetapi orang Melayu hadapi dengan penuh kesabaran demi menjaga keharmonian kaum.
# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #
# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.
# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #
# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan