Dimanakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan ? Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga Perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?
Adakah tugas-tugas menjaga Keselamatan dan keamanan terletak dibahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan. Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu.
Lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu Kontrak Sosial, Apa itu Rukun Negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam Perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, Cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak Istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan