Adakah tuntutan berkenaan terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang dibuat hanya sebagai gimik menjelangnya muktamar PAS yang semakin hampir? Kenapa setelah 6 tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri ini baru sekarang PAS negeri melenting?Sebagai sekas ahli DAP, saya mengatakan bahawa keanggotaan PAS dalam Pakatan hanya sebagai boneka.
Selama ini usaha PAS mendapatkan sokongan Islam dan Melayu di sini semata-mata untuk memperkuatkan kedudukan DAP sebagai kerajaan peneraju. PAS dilihat lebih banyak memberi dari menerima.
Kalau DAP sendiri menolak pemimpin Melayu mereka tanpa wujud satu kerusi pun dari 19 kerusi DUN DAP, apa lagi yang PAS negeri harapkan.
Tidakkah mereka sedar sepatutnya wakil tunggal mereka dari Permatang Pasir yang menang dengan 85 peratus undi kaum Melayu pun tidak dilantik sebagai exco (sepatutnya exco agama)?Saya secara peribadi terasa amat sedih kerana PAS sebagai sebuah parti Islam dipergunakan oleh rakan sekutu mereka, DAP dan PKR sehingga tidak ada langsung suara wakil mereka dalam mesyuarat exco kerajaan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan