# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Isnin, 25 November 2013

MELAYU dan UMNO Buat renongan yang bernama Melayu . . . !













Kongres Melayu 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 1- 4hb Mac 1946 di bawah Pimpinan Datuk Onn Jaafar menjadi benteng Perpaduan Melayu yang memeranjatkan British dan Pemerhati Politik masa itu.

Perhimpunan Bangsa Melayu yang paling bersejarah itu bersetuju Menubuhkan Parti UMNO yang dirasmikan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. UMNO dengan itu menjadi suara padu Orang Melayu menentang Malayan Union. Parti radikal Melayu iaitu PKMM turut sama hadir untuk menubuhkan UMNO di Johor Bahru. Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Presiden PKMM sama-sama menandatangani Piagam UMNO 1946, Perlembagaan UMNO yang pertama. Inilah Perpaduan yang Pertama dan Terakhir Bangsa Melayu yang pernah dicatat oleh sejarah.

Datuk Onn meninggalkan UMNO untuk menubuhkan IMP, Persatuan Ulama Malaya Pimpinan Ahmad Fuad membawa diri sebagai sebuah Organisasi Politik Ulama dan dalam Mesyuarat September 1951 di Seberang Perai Persatuan itu menjadi Parti Islam Se-Malaya ( PAS ).

Terbaru Timbalan Presiden Pas Mohammad Sabu menegaskan Pas dan PR perlu merampas negeri Johor daripada dakapan Umno supaya kekuatan Parti itu dapat dihentikan.Johor merupakan tanah kelahiran Umno dan sekiranya Pas berjaya menawan Johor dalam Pru akan datang ia sekaligus dapat menamatkan Nadi Umno di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan