Bekas ketua biro perundangan dan perkhidmatan sosial, Lim Boo Chang, yang keluar parti itu tahun lepas, berkata beliau tidak terkejut Mansor dipindahkan ke Parlimen Nibong Tebal supaya kerusi DUN Penanti kosong dan Wan Azizah boleh bertanding di situ.
Lim berkata jika PKR boleh melewat-lewatkan dan tidak mengisi tempat Mansor sehingga selepas pilihan raya, maka Wan Azizah, isteri pemimpin Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh memegang jawatan itu dan bukannya "individu lain yang bercita-cita tinggi".
Dengarlah cakap saya bahawa ini boleh berlaku, Wan Azizah adalah seorang yang lebih baik untuk 'mengawal' Ketua Menteri Lim Guan Eng," kata Lim kepada Malaysiakini.
Saya mendapat tahu dari ramai ahli akar umbi PKR yang mereka fikir Mansor terlalu lembut, sering mengalah kepada Guan Eng," kata bekas Ketua PKR Bukit Gelugor itu.
Ini pandangan mereka, bukan pandangan saya, dan terdapat logiknya mereka sedang berusaha untuk menggantikan Mansor dengan orang lain, iaitu presiden parti itu, yang boleh mengawal setiausaha agung parti lain," tegasnya.
Sekurang-kurangnya beliau (Wan Azizah) lebih kanan, dan pernah menjadi ketua pembangkang di Parlimen, sebelum suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding dan menang kerusi Permatang Pauh pada Ogos 2008," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan