Kalau mahu Datuk Seri Presiden diangkat menjadi perdana menteri, wajib kita sehabis mungkin menang, semua kerusi parlimen kita menang.Semalam Datuk Husam berkata, 60 kerusi parlimen sedang kita intai, jadi sekurang-kurangnya 60 kerusi menang, baru kita boleh kata, kita layak memimpin negara," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu.

Sebelum itu, beliau bertanyakan kepada perwakilan sama ada mereka bersetuju mahu Abdul Hadi menjadi PM, maka mereka menjawab: "Setuju".Tetapi mengikut rasional, katanya, jentera semua peringkat perlu bekerja kuat untuk memenangi kerusi dengan lebih banyak pada pilihan raya umum akan datang.Semalam wakil Dewan Ulama PAS Pusat,  Hairun Nizam Mat Hussain menegaskan bahawa Abdul Hadi adalah calon terbaik untuk menjadiperdana menteri kerana "beliau orang paling mengetahui hukum Allah dalam membentuk kerajaan orang Islam".