# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Selasa, 27 November 2012

Nota Bicara Pembunuhan Altantuya Untuk Siasatan Scorpene ?

NONESeorang peguam Perancis yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, berkata para hakim Perancis yang menyiasat skandal Scorpene, tidak mempunyai pilihan tetapi akan menggabungkan perbicaraan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dalam siasatan mereka. mereka sudah pasti akan menelitinya, kata Apoline Cagnate 
(tengah dalam gambar), di majlis taklimat untuk ahli Parlimen Malaysia di Singapura hari ini.


Walaupun pembunuhan Altantuya bukan merupakan elemen paling kritikal dalam siasatan tersebut - yang memberi tumpuan kepada dakwaan pembayaran komisen dalam perolehan dua kapal selam kelas Scorpene oleh Malaysia - tetapi ia adalah salah satu aspek utama, kata Cagnate.

Oleh itu, beliau percaya dua hakim penyiasat akan meminta nota prosiding perbicaraan kes pembunuhan itu, di mana dua anggota keselamatan, telah disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan