Yang Perlu Di Tukar Adalah Kerajaan Negeri Yang Di Perentah Oleh Pakatan Haram PR Kepada Pemerentahan UMNO / BN
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa tidak perlu perubahan kerajaan di Malaysia kerana pentadbiran sekarang telah menjadinya sebuah negara yang dicemburi banyak negara lain.
Merujuk kepada Arab Spring, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak
boleh membenarkan pemberontakan seumpama itu berlaku di sini.
Oleh itu, katanya, mengapa hendak membaiki kerajaan yang ada jika ia tidak rosak, malah Malaysia dicemburi banyak negara lain.
Menurutnya, jika Malaysia sebuah negara yang gagal, masakan Moro (umat Islam di selatan Filipina) mendapatkan bantuan Malaysia untuk mewujudkan keamanan selepas 40 tahun pertumpahan darah di sana.
Najib berkata demikian kepada kira-kira 2,000 orang di perhimpunan NGO yang ditaja oleh kerajaan - Himpunan Barisan 1Malaysia - di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
PM berkata situasi di negara-negara yang mengalami perubahan rejim
semasa Spring Arab adalah jauh berbeza dari Malaysia di mana para belianya "penuh dengan harapan masa depan yang jauh lebih baik daripada hari ini".
Beliau berkata, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai insentif kepada rakyat, dan boleh memberi lebih banyak lagi jika negara ditadbir dengan baik.
Menurutnya, kerajaan telah menaikkan gaji, elaun dan pencen, memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 1, BR1M 2, yang juga diberi kepada orang bujang, malah diberikan tayar kereta percuma.
Malah, katanya, lebih banyak boleh diberikan pada masa hadapan dengan syarat negara ditadbir dengan baik.
Dan ini, katanya, tidak boleh dilakukan melalui "janji kosong" yang menurutnya seperti yang disebutkan dalam manifesto pembangkang Buku Jingga.
Atau Buku Jing-gay, tapi itu orang lain kata, bukan saya kata," kata Najib secara berseloroh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan