SEKALUNG tahniah kepada Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman kerana mempertahankan penduduk Taman Medan menyuarakan kehendak mereka supaya salib di luar bagunan sebuah gereja di situ diturunkan berdasarkan hak kebebasan bersuara mereka.
Walaupun pengesahan dibuat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) gereja yang menjadi pertikaian sekumpulan penduduk Melayu di Taman Medan tidak membuat sebarang permohonan menjadikan premis itu sebagai tempat ibadat tetapi yang menghairankan kenapa Menteri Dalam Negeri mahu menyiasat mereka mengikut Akta Hasutan.
Lebih malang lagi apabila Kabinet hari ini bersetuju, penduduk yang membantah salib di gereja di Taman Medan,disiasat polis mengikut Akta Hasutan atau peruntukan undang-undang sedia ada dan Perdana Menteri berkata, akta itu bertujuan menjamin keamanan dan keharmonian kaum di negara ini dan melindungi semua agama dan kaum.
Sungguh menghairankan apabila kepala babi dilemparkan kedalam masjid akhirnya mohon maaf tidak pula Perdana Menteri dan jemaah menteri bersuara tetapi kerana protes lambang salip ini terpaksa pula kerajaan menggunakan Akta Hasutan, saya rasa pelik apa yang sedang berlaku masakini dan ini lah nasib Islam, melayu dibumi sendiri, adakah dengan tulisan saya ini saya juga akan disiasat dibawah akta hasutan ?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan