RAKYAT di kawasan Parlimen Permatang Pauh perlukan seorang Pemimpin untuk mewakili mereka sebagai wakil rakyat dan bukannya seorang wanita sebagai wakil kepada suami di Dewan Rakyat.
Atas dasar itu, Barisan Nasional (Bn) meletakkan calon anak tempatan, Suhaimi Sabudin sebagai calon
Pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanyalah sebagai wakil kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini.
Mustahil bagi Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk menguruskan keperluan rakyat di dua kawasan dalam satu masa, kerana kedudukan Dun Kajang dan Permatang Pauh amat jauh.
Dengan apa yang berlaku saya melihat PKR telah menjadikan Ds Wan Azizah sebagai barang main yang murah terutama suaminya sendiri yang bolih diangap gila kuasa.
Sehubungan dengan itu jika masih ada pengundi dipermatang pauh memilih Ds Wan Azizah bolih dikatakan mereka ini orang yang memilih kesusahan kerana Lim Guan Eng tak akan membantu orang melayu walau pun dia sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan