# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Sabtu, 18 April 2015

Jangan Sangsi Dengan Tun Dr Mahathir Mohamad



Datuk Ibrahim Ali berkata tiada salahnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perjumpaan dengan seteru politik Umno jika ia membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Presiden Perkasa itu berkata masyarakat tidak seharusnya memberi andaian negatif terhadap Dr Mahathir yang berjumpa dengan pihak berbeza fahaman politik, kerana ia pastinya akan membawa kebaikan.

Dr Mahathir seorang tokoh yang (kalau) buat apa-apa, mesti ke arah positif, sebab Dr Mahathir bukan ahli politik pemusnah. Dia bukan tokoh politik yang menghancurkan sesuatu.

Dr Mahathir boleh dipercayai berjumpa sesiapa saja. Dr Mahathir kalau berjumpa, dia selalu mencari kebaikan dan bukan negatif.
Kalau dia jumpa dengan musuh dia pun, mungkin akan lahir sesuatu yang baik, katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan