# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Khamis, 30 April 2015

PENGGANTI DS NAJIB

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mungkin ada calon yang lebih layak untuk menjadi perdana menteri seterusnya, namun calon terbaik pada masa ini ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, ia selaras dengan tradisi Umno yang mengangkat timbalan presiden Umno bagi menggantikan perdana menteri. Saya tak mahu menyinggung semua pihak.

Menurut tradisi politik Umno, timbalan presiden adalah yang terbaik untuk ambil alih. Mungkin ada yang lain lebih layak, tetapi lebih baik kita ikut tradisi yang timbalan presiden ambil alih," katanya pada sidang media seleps dialog Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, hari ini.

PESAN TUN MAHATHIR

Pesanan Tun Dr Mahathir UNTUK AHLI AKAR UMBI UMNO

1. Saya ucap terima kasih kerana ada ahli-ahli akar umbi UMNO yang menasihati saya supaya tidak “menyerang” Dato’ Sri Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

2. Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita.

3. Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil kita perlu dengar kedua-dua belah pihak.

4. Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Dato’ Sri Najib. Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU.

5. Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah. Kemenangan Najib lebih tipis.

6. Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya.

Rabu, 29 April 2015

DIROSAKAN DARI DALAM

LEBIH 2,000 pegawai Jabatan Penerangan tidak lagi diberi tugas penerangan bersemuka seperti dahulu. Kini mereka duduk di pejabat dan baca akhbar atau kadang-kadang memasang pembesar suara untuk orang kenamaan,

Musuh utama UMNO kini bukan lagi Pakatan Rakyat sebaliknya unsur dalaman parti itu sendiri yang akan menyebabkan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Orang keliling Najib sudah tidak mampu membantu. Malah sudah ada Naib Presiden yang membawa suara tukar. Penyakit lama UMNO hinggap kembali maka Umno akan rosak dirosakan dari dalam.

# TUN DR MAHATHIR DIPERALATKAN # KENAPA RAMAI SANGAT YANG BODOH SEKARANG INI ? ? /

Jaga-Jaga Gerakan Peralat Dr Mahathir Jatuhkan Ds Najib

SEKALI lagi diperlihatkan kebodohan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya waspada dengan gerakan pihak tertentu memperalatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerang Datuk Seri Najib Razak sehingga memaksanya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana Negeri Selangor memiliki ketua-ketua bahagian yang bersifat mengampu beginilah tiap kali Pru Umno / Bn kalah diselangor dan ketua bahagian ini juga dilihat tidak mendapat tempat sebagai Timbalan Menteri atau Menteri dizaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, Tun Abdullah dan Ds Najib pun tak dapat juga. Saranan terbaik dari saya berundurlah beri laluan kepada tokoh muda diselangor.

# Yang Mana Lebih BAIK Menang Sebagai Ketua Bahagian tapi kalah Dalam Pilihan Raya # Hebatkah Ketua Bahgian Yang Menang Dalam Umno Kerana MEMBELI PERWAKILAN Tapi Kerajaan Negeri dikuasai Rakyat Yang Berasal DARI Kaum Pendatang. # FIKIR-FIKIRKAN #

AHLI PEMIKIR UNTUK MEROSAKAN BANGSA

Seorang anggota panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Noor Adam, menyanggah ramalan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, yang menjangkakan akan wujudSeorang anggota panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Noor Adam, menyanggah ramalan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, yang menjangkakan akan wujud "tsunami Melayu" dalam dua pilihan raya kecil (PRK) yang sedang berlangsung ketika ini.

Sebenarnya Lokman Adam kamulah yang menjadi pengkhianat kepada Agama Islam, Bangsa Melayu, Umno dan negara ini, cuba ingat kembali apa yang kamu telah buat apabila kamu bersama pengkhianat negara yang lain dan apabila kamu kembali kepada Umno kamu mendapat tempat sebagai Ahli Panel Pemikir, disini nampak jelas Pemimpin Umno yang bodoh saya sanggup menerima anjing-anjing saperti kamu, Lokman sepatutnya sudah lama kamu tidak berada dibumi yang pernah kamu khianati ini.

BUBUR NAK DIJADIKAN NASI

Saya Tidak Akan Sekali-Kali Menyerah Kalah - Ds Najib Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendiriannya untuk tidak akan sekali-kali menyerah kalah walaupun terus diserang dengan pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak terutama bekas Pm Tun Dr Mahathit Mohamad.

Mungkin kita akan kalah pada Pru 14 nanti itu yang rakyat takut sekarang kalau dah jadi Pemimpin kena faham rakyat juga, sekali lagi saya melihat Ds Najib cuba memasak bubur untuk dijadikan nasi semula jangan buat kerja sia-sia wahai sekelian yang bernama Pemimpin.

WARKAH SYAITAN

Warkah Anwar Untuk Pengundi Permatang Pauh
FMT Reporters
Anwar Ibrahim menyeru pengundi di Permatang Pauh supaya menyokong isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk meneruskan perjuangan dan menegakkan keadilan.

Isnin, 27 April 2015

DS ANWAR HILANG KELAYAKAN MENGUNDI

Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei depan. Ia disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau berkata, Anwar tidak layak mengundi kerana telah hilang kelayakan mengikut Perkara 119 (3)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara.” katanya.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini meminta kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran kepada bekas Ketua Pembangkang itu untuk menunai tanggungjawabnya pada hari pengundian dijalankan.

PILIH UNTUK MENYELAMAT DIRI ATAU PARTI

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan berdepan tsunami Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika terus mengamalkan dasar-dasar yang menghimpit rakyat.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh dan Rompin akan menjadi ukuran penerimaan rakyat khususnya pengundi Melayu terhadap Barisan Nasional (BN).

Jika berlaku kemerosotan undi BN di kedua kawasan parlimen itu maka Najib harus memberikan perhatian yang serius terhadap hala tuju beliau dalam perjuangan politik, sama ada untuk menyelamatkan diri dan isteri atau parti


Najib tidak merasa terhutang budi kepada Mahathir untuk meneruskan projek yang pada Mahathir bersifat maruah negara (Jambatan Bengkok). Beliau juga meruntuhkan tunggak kekuatan negara iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang keperluannya dirasakan kembali dan menggantikannya dengan Akta Pencegahan Keganasan (POTA). Kelihatannya sekarang (Najib) sebagai cuba memasak semula nasi yang sudah menjadi bubur,

http://zamkata.blogspot.com.

MASIH TERJAJAHKAH KITA

INGATLAH wahai yang bernama Pemimpin Negaraku ini , kita sedang membina Negara, bukan membina rumah, yang boleh dibuat sesuka hati. Justeru, bertegaslah, tidak kira menang atau kalah Pilihan Raya.

Kini, kita tidak dijajah lagi. Penjajah telah lama keluar. Jangan biarkan minda dan hati kita dijajah, agar orang lain tidak mudah memperkotak-katikkan kita. Jika tidak, kita akan merempat di bumi sendiri.

DUN KAJANG PARLIMEN PERMATANG PAUH

 RAKYAT di kawasan Parlimen Permatang Pauh perlukan seorang Pemimpin untuk mewakili mereka sebagai wakil rakyat dan bukannya seorang wanita sebagai wakil kepada suami di Dewan Rakyat.

Atas dasar itu, Barisan Nasional (Bn) meletakkan calon anak tempatan, Suhaimi Sabudin sebagai calon

Pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanyalah sebagai wakil kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini.

Mustahil bagi Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk menguruskan keperluan rakyat di dua kawasan dalam satu masa, kerana kedudukan Dun Kajang dan Permatang Pauh amat jauh.

Dengan apa yang berlaku saya melihat PKR telah menjadikan Ds Wan Azizah sebagai barang main yang murah terutama suaminya sendiri yang bolih diangap gila kuasa.

Sehubungan dengan itu jika masih ada pengundi dipermatang pauh memilih Ds Wan Azizah bolih dikatakan mereka ini orang yang memilih kesusahan kerana Lim Guan Eng tak akan membantu orang melayu walau pun dia sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

SIAPA PENGKHIANAT UMNO



UMNO sangat sukar dimusnahkan oleh ancaman dari luar (Pembangkang)
tetapi kita jangan lupa lebih mudah untuk memusnahkan Umno dari dalam kerana masakini tersangat ramai yang menjadi pengkhianat yang sedangan berada didalam Umno hanya ingin bertanya berapa ramai dulunya Umno yang menyertai pembangkang tapi kembali semula kepada Umno dan diberi tempat penting dalam Umno, tak hairan saya kalaulah mereka-mereka ini yang sedang menjadi pengkhianat pada Parti keramat UMNO ini Fikir-Fikirkan.

Ahad, 26 April 2015

KALAU DAH BODOH

TERKEJUT saya dengan kenyataan nakal Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan terhadap Tun Dr Mahathir sedangkan Tun telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun masakan Tun tidak faham tentang GST dan dari pengamatan saya oleh kerana Tun teramat sangat faham GST semasa pemerentahannya beliau tidak melaksanakan GST.

Cuma nasihat saya pada Datuk Ahmad Maslan jangan merasakan Datuk orang yang bijak sehingga sanggup meletakan semua orang termasuk Tun Dr Mahathir saperti orang yang bodoh dan apa tindakan yang akan dibuat oleh penyokong Tun harapnya Datuk terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka kerana apa yang berlaku sekarang dimulakan oleh Datuk.

Sabtu, 25 April 2015

4 PENJURU PELUANG BAIK BAGI UMNO / BARISAN NASIONAL


Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei, menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PKR, Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon
Bebas.

Calon BN Suhaimi Sabudin akan dicabar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Salleh Ishak (Bebas) dan Azhar Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia.


Pegawai Pengurus Pilihan Raya Jusni Ismail mengumumkan demikian apabila proses penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam, ditutup pada 10 pagi selepas dibuka selama sejam, hari ini.

Jumaat, 24 April 2015

NASIB MELAYU DIBUMI MELAYU

GEREJA TANAM MEDAN MAHU HITAM PUTEH SEBELUM LETAKAN SEMULA LAMBANG SALIB

Gereja Taman Medan gereja yang terpaksa menurunkan salib dari bangunannya ketika satu protes penduduk Ahad lalu hanya akan meletakkannya semula selepas ia mendapat 'kebenaran bertulis' daripada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. ini cerita terbaru cuba kita lihat pula apa yang berlaku disingapura semasa LKW menjadi Perdana Menteri

DISEBALIK MEMPERLAHANKAN LAUNGAN AZAN
Bila ada petisyen minta Azan diperlahankan dimasjid-masjid disingapura kerana menggangu penduduk setempat MP muslin tersangat marah pada orang Cina ketika itu maka Perdana Menteri Singapura LKW turun membuat tinjauan dimasjid-masjid pada waktu solat fardu untuk melihat sendiri bilangan jemaah yang hadir.


Bila ditanya apakah rasionalnya dilaungkan Azan ?
maka MP muslim menjawab supaya kaum muslim datang bersolat dimasjid, jika Azan sepatutnya mendapat respon 500 orang muslim dikawasan itu kenapa hanya 2 baris ( 2 Saf - lebih kurang 30 orang) yang hadir setiap kali solat Fardu.

Dan keadaan ini sama sepanjang 2 bulan tinjauan dibuat, maka katanya lagi - permintaan siapakah yang wajar dipertimbangkan ?
Majoriti penduduk yang merasakan Azan bising dan menggangu atau cuma 30 orang yang menyahut seruan Azan.

Bila keputusan dibuat berdasarkan majoriti kita sebagai orang islam kalah apa yang kita mahu pertahankan lagi dan berbalik isu Gereja Taman Medan Majoriti ditempat ini ramai orang Islam tapi kenapa Pemimpin kita tidak mengambil kira tentang majoriti dan lebih malang lagi Hak Agama Kristian mereka pertahankan.

Yang lebih malang lagi pendemotrasi kata seorang Menteri mereka akan disiasat mengikut Akta Hasutan inilah nasib Bangsa Melayu dibumi melayu yang diperentahkan oleh bangsa melayu.

Khamis, 23 April 2015

MAC 1946

BERSATULAH sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang berani menghadapi bahaya dengan bersatu hati (Mac 1946).

Ketika PAU ke-2(1950), Dato’ Onn secara sukarela mengundurkan diri dari takhta kuasa. Beliau meminta supaya dirinya tidak dicalonkan sebagai YDP bagi sesi 1951/52. Nyata sekali Dato’ Onn tidak mengejar dunia. Kuasa bukan segala-galanya bagi beliau. Bukan seperti kita hari ini, kalau boleh mahu mati di takhta kuasa. Bangunlah wahai UMNO sebelum terlambat ! ! !

APA DAH JADI NEGERI SELANGOR SIAPA YANG MEMERENTAH ?

Gereja kontroversi yang terletak di lot Perniagaan Metro Taman Medan, Petaling Jaya dibenarkan memasang semula tanda salib di premis itu, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. Azmin berkata, salib merupakan simbol suci bagi penganut Kristian dan masyarakat lain perlu menghormatinya.

Salib adalah lambang suci kepada penganut Kristian dan masyarakat perlu hormat. Azmin berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mengadakan protes Ahad lalu. Katanya, protes itu tidak boleh diterima dan semua pihak perlu saling menghormati antara penduduk berbilang agama di Selangor.

APA DAH JADI NEGERI SELANGOR SIAPA YANG MEMERENTAH ?

YANG MANA LEBIH PENTING PEMUDA UMNO ATAU PRESIDEN UMNO !

NAIB Ketuanya Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mengingatkan Pemuda Johor bahawa sokongan Pemuda UMNO Malaysia adalah kepada jawatan Presiden UMNO bukannya kepada Mohd Najib Tun Razak.

Apa dah jadi dengan pemuda Umno sekarang ini, sudah dirasuk syaitan dunia agaknya sepatutnya Pemuda Umno berdiri tegak dibelakang Ds Najib bukan jadi pengkhianat pada Ds Najib, jadi sekarang jelaslah penentangan terhadap Ds Najib memang sedang berlaku dan terus akan dilakukan.

Bagi saya siapa sahaja yang akan jadi Presiden Umno saya sokong asalkan bukan Anwar Ibrahim # Dihati saya ada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan dihati saya masih lagi Ds Najib Tun Abdul Razak.

Nak Faham - Faham Tak Mahu Faham Sudah ! ! !


KUASA YANG LAYU

Semasa kita berjuang untuk kemerdekaan, kita percaya bahawa dengan adanya kuasa ditangan kita maka dapatlah kita pulihkan keadaan orang melayu yang serba DAIF,mereka MISKIN,tidak BERPELAJARAN,dan ketinggalan dalam semua bidang dinegeri mereka sendiri dan mereka menjadi kuli kepada orang asing yang mereka pertuankan.

Tetapi kuasa ditangan sekarang ini tidak menjayakan kita, kuasa sebenarnya yang kita miliki bolih merosakan kita dan hari ini kita lihat bagaimana kuasa kita menjadi ramai daripada kita begitu tidak bertanggung jawap dan kita menjadi begitu tamak hingga matlamat yang kita harapkan semasa memulakan perjuangan kemerdekaan kini telah dihilangkan.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Rabu, 22 April 2015

TERTEGAKNYA UMNO HARI INI KERANA WANG

Dengan mudah sekali ada pihak yang selalu menyalahkan Umno. Hubungan kaum tegang disebabkan Umno. Ekonomi gawat kerana Umno. Perkasa dan Isma wujud disebabkan Umno. Pendek kata, semuanya ini berlaku disebabkan oleh Umno. Umno jahat. Seolah-olah, bila tiada Umno, semua akan menjadi baik.

Apakah selama ini mereka tidak pernah melihat kebaikan yang Umno buat ? Cara orang Melayu berpolitik amat merugikan. Mereka terlalu berpolitik. Politik untuk kuasa. Untuk kekalkan kuasa, mereka akan lakukan apa sahaja, termasuk menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara. Asalkan dapat berkuasa.

SAYA GAGAL



Pemimpin atau Parti yang mana perlu dipertahankan ?
Sebagai ahli Umno masakini yang mana perlu dipilih sama ada mahu memilih perjuangan Parti atau Pemimpin mereka.

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH



Semoga Allah Subhanahu Wa­ta’ala akan mengurniakan rahmat dan kesejahteraan kepada rakyat dan negeri ini. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala senantiasa memberikan hidayat, petunjuk dan panduan membolehkan Beta menyempurnakan amanah dengan adil lagi saksama.

SULTAN PERAK , SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

HIMPUNAN 604



FOKUS RAKYAT PERAK..
MELAYU..MELAYU..MELAYU !!!
MEDAN PERJUANGAN MENANTI ANDA SEMUA !!!
AYUH BANGSA KU...!!!
KITA GEGAR KAN SUARA MELAYU DI HIMPUNAN 604..
SEMANGAT MELAYU DAPAT MENJULANG MARUAH INSTITUSI RAJA MELAYU..
DAULAT TUANKU 3X

MENTERI LAYAN AGAMA KRISTIAN LEBIH DARI AGAMA ISLAM


SEKALUNG tahniah kepada Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman kerana mempertahankan penduduk Taman Medan menyuarakan kehendak mereka supaya salib di luar bagunan sebuah gereja di situ diturunkan berdasarkan hak kebebasan bersuara mereka.

Walaupun pengesahan dibuat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) gereja yang menjadi pertikaian sekumpulan penduduk Melayu di Taman Medan tidak membuat sebarang permohonan menjadikan premis itu sebagai tempat ibadat tetapi yang menghairankan kenapa Menteri Dalam Negeri mahu menyiasat mereka mengikut Akta Hasutan.

Lebih malang lagi apabila Kabinet hari ini bersetuju, penduduk yang membantah salib di gereja di Taman Medan,disiasat polis mengikut Akta Hasutan atau peruntukan undang-undang sedia ada dan Perdana Menteri berkata, akta itu bertujuan menjamin keamanan dan keharmonian kaum di negara ini dan melindungi semua agama dan kaum.

Sungguh menghairankan apabila kepala babi dilemparkan kedalam masjid akhirnya mohon maaf tidak pula Perdana Menteri dan jemaah menteri bersuara tetapi kerana protes lambang salip ini terpaksa pula kerajaan menggunakan Akta Hasutan, saya rasa pelik apa yang sedang berlaku masakini dan ini lah nasib Islam, melayu dibumi sendiri, adakah dengan tulisan saya ini saya juga akan disiasat dibawah akta hasutan ?.

Ahad, 19 April 2015

PENDIRIAN SEORANG PEMIMPIN

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak sebarang kerjasama dengan pembangkang, dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, susulan pelawaan veteran DAP Lim Kit Siang untuk mengadakan kerjasama tersebut.

Dr Mahathir berkata masalah yang timbul sekarang ialah kemelut dalaman Umno dan ia tidak melibatkan atau ada kena mengena dengan mana-mana parti pembangkang. Saya tidak akan kerjasama dengan sesiapa untuk menjatuhkan Najib, pastinya tidak dengan pembangkang.

Sabtu, 18 April 2015

DS NAJIB KENA BELAJAR DARI TUN MAHATHIR


Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 6 tahun menjadi Perdana Menteri sekitar tahun 1987 ada lapan orang Menteri yang pernah mendesak beliau meletakkan jawatan tetapi sebagai Perdana Menteri beliau tidak gentar dengan desakan tersebut malah pendesak terdiri dari Menteri yang hebat-hebat ketika itu.

Mereka terdiri dari Tengku Razaleigh Hamzah,Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Dr Rais Yatim, Tan Sri Syed Hamid Albar,Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad dan Datuk Abdul Manan Othman.

Melihat telatah Ds Najib apabila didesak meletakan jawatan kenapa Ds Najib hilang arah terpaksa bertindak saperti cacing kepanasan ?apakah yang dilakukan oleh Ds Najib ini atas nasihat dari Punaisihat-Punaisihat beliau.

Jangan Sangsi Dengan Tun Dr Mahathir Mohamad



Datuk Ibrahim Ali berkata tiada salahnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan perjumpaan dengan seteru politik Umno jika ia membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Presiden Perkasa itu berkata masyarakat tidak seharusnya memberi andaian negatif terhadap Dr Mahathir yang berjumpa dengan pihak berbeza fahaman politik, kerana ia pastinya akan membawa kebaikan.

Dr Mahathir seorang tokoh yang (kalau) buat apa-apa, mesti ke arah positif, sebab Dr Mahathir bukan ahli politik pemusnah. Dia bukan tokoh politik yang menghancurkan sesuatu.

Dr Mahathir boleh dipercayai berjumpa sesiapa saja. Dr Mahathir kalau berjumpa, dia selalu mencari kebaikan dan bukan negatif.
Kalau dia jumpa dengan musuh dia pun, mungkin akan lahir sesuatu yang baik, katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

YANG MANA BARUA YANG MANA PARASIT ? ? ?


BENARKAH 21 dari 32 orang anggota Jawatankuasa Pas Pusat dimasukkan dalam senarai JEBON, termasuklah Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden - Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Tidak terkecuali Pemimpin lantang Pas seperti anggota Parlimen Subang Hanipa Maidin dan Khalid Samad AP Shah Alam serta bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Phahrolrazi Presiden (PasMa).

" Siapakah Perosak Sebenar Pas ?"
BARUA atau PARASIT

MATI


MATI 

JANGAN JADI GOLONGAN ORANG YANG RUGI

SELEPAS ROH DICABUT DARI TUBUH MANUSIA IA DISAMBUT DUA MALAIKAT YANG SANGAT CANTIK WAJAHNYA, BERPAKAIAN INDAH DAN BERBAU HARUM, KEMUDIAN ROH ITU DIBALUT DENGAN SUTRA DARI SYURGA, ROH TERSEBUT PUN DIANGKAT NAIK KELANGIT.


APABILA TIBA DILANGIT YANG PERTAMA MALAIKAT PEMBAWA ROH MEMPERKENALKAN DIRI, KEMUDIAN MENYEBUT NAMA ROH TERSEBUT, GEMBIRALAH MALAIKAT PENJAGA LANGIT ITU KERANA NAMA ROH TERSEBUT SUDAH ADA DALAM SENARAI MEREKA DAN SEDANG MENUNGGU KEDATANGANNYA, ROH SIPOLAN SANGAT MULIA KERANA MEMILIKI AKIDAH YANG BENAR

DIPINTU LANGIT KEDUA ROH TERSEBUT DISAMBUT MALAIKAT DENGAN MERIAH KERANA KERANA ROH TERSEBUT MEMILIKI AMALAN SOLAT YANG SEMPURNA.

KETIKA SAMPAI KELANGIT YANG KETIGA MALAIKAT MENGALU-ALUKANNYA DENGAN PENUH TAKZIM KERANA SUDAH MENDAPAT SENARAI AMALANNYA DIATAS DUNIA KETIKA HIDUP, ROH INI SANGAT BERHATI-HATI TENTANG HARTA-HARTANYA IA ITU MENCARI HARTA YANG HALAL DAN MEMBELANJAKANNYA KEJALAN KEBAIKAN SEMATA-MATA.

DILANGIT KEEMPAT MALAIKAT MERAIKAN ROH TERSEBUT KERANA DIA AMAT MENJAGA AMALAN PUASANYA KETIKA MASEH HIDUP.

DILANGIT KELIMA MALAIKAT MENYAMBUT ROH DENGAN HORMAT KERANA HAJINYA YANG MABRUR, DIA MENUNAIKAN HAJINYN KERANA ALLAH SWT DAN BUKAN UNTUK BERMEGAH-MEGAH.

KETIKA TIBA DILANGIT YANG KEENAM MALAIKAT MEMPERSILAKAN ROH MEMASUKI PINTUNYA KERANA ROH INI MERUPAKAN ANAK YANG TAAT AKAN IBU BAPANYA, HATI KEDUA IBU BAPANYA TIDAK PERNAH DIGURIS DAN DIA SEBAGAI ANAK JUGA TIDAK PERNAH MENDERHAKA.

DILANGIT YANG KETUJUH ROH DISAMBUT DENGAN GEMBIRA KERANA INILAH ORANGNYA YANG SANGUP BANGUN PADA WAKTU TENGAH MALAM BERTAHAJUD KETIKA ORANG LAIN SEDANG LENA TIDUR, ORANG INI JUGA SELALU MENJAGA HAK ANAK-ANAK YATIM YANG ADA DISEKELILING KETIKA HAYATNYA

SETELAH MELEPASI LANGIT KETUJUH ROH YANG BERJAYA INI TIBA DISUATU MAHLIGAI BERMAMA "SURADIQ" SEMUA ROH MULIA DALAM KALANGAN MUKMIN DITEMPATKAN DISINI DAN DISAMBUT DENGAN GILANG-GEMILANG ( IMAM GHAZALI DALAM KASYFU ULUMIL AKHIRAH )

ADA JUGA ROH YANG LAIN BERTANYA MENGAPA ROH SIPOLAN TIADA BERSAMA KITA SEDANGKAN SUDAH LAMA DIA MATI ? OHHH...RUPA-RUPANYA DIA TERMASUK DIDALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI, JADI SEBAB ITU DIA TIADA DISINI.*

Jumaat, 17 April 2015

SIAPA MUSUH KITA

Ingatlah kata-kata Tsun Tzu, kenali diri sebelum kenali musuh, kita akan memenangi ribuan pertarungan. Kaum pendatang sentiasa memerhatikan kita. Menunggu masa untuk menjatuhkan. Satu kesilapan yang kita lakukan, akan dijadikan alat untuk menjatuhkan.

Mereka sanggup melupakan seribu kebaikan yang kita buat. Inilah realiti politik masakini.kita tersangat hampir dengan kehancuran dan kebinasaan akibat dari tindakan kita sendiri.

SIAPA ORANG MATANG

Orang yang matang bertindak mengikut akal fikiran, bukan hawa nafsu. Orang matang sentiasa memikirkan soal masa depan berbanding masa kini. Orang matang selalu mendahulukan rakyat berbanding diri sendiri.

Orang matang sentiasa mengutamakan perkara asas daripada rasmi dan protokol. Mereka tidak hairan jika tidak ada gelaran dan pangkat Tun, Tan Sri, Dato dan lain-lain.

PEMIMPIN BERMEWAH RAKYAT MENDERITA

Alangkah buruknya seorang Ketua, atau Sultan, atau Raja, atau Perdana Menteri, atau Menteri Besar, atau Menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta Negara atau Negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan Negara dan Negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang Negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos itu pula ditanggung oleh Negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘Berjiwa Rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya.

Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau contoh kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

FIKIR - FIKIRKAN.

Isnin, 13 April 2015

1MDB . . . GST. . . KWSP ? ? ?

Belum pun reda tentang 1MDB dan GST tiba-tiba rakyat dikejutkan pula dengan KWSP.

Apakah Ketua Pegawai Eksekutif KWSP ini cuba nak sabotaj Ds Najib kerana membuat cadangan ini tak kala rakyat sedang berhadapan kenaikan harga barang disebabkan GST.

Saperti apa yang kita dapat lihat penjawat awam yang menyokong pakatan haram sentiasa berusaha mengunakan kedudukan mereka bertindak supaya rakyat marah dan benci pada kerajaan yang ditunjangi Umno / Bn fikir-fikirkan.

GST OH GST


KALAU SETUJU DENGAN GST PRU KE 14 KITA KELUAR RAMAI-RAMAI UNDI UMNO BARISAN NASIONAL

JIKA TIDAK SETUJU ADAKAH KITA TIDAK KELUAR MENGUNDI ?

Adakah saya sedang menghasut rakyat atau saya bertanya kepada rakyat dan apa tindakan rakyat tentang GST.

TUN DIHATI DS NAJIB DIMATA DAP TETAP MUSUH


Buat masa terkini dihati saya ada Tun Dr Mahathir
Tetapi dimata saya ada Ds Najib
Walau apa pun Pemimpin Pakatan Haram Pas Pkr dan Dap tetap MUSUH saya.

Jumaat, 10 April 2015

MENYALAK NAK JAWATAN


PADA mulanya saya agak hairan kenapa anjing-anjing liar dalam Umno menyerang Tun Mahathir apabila Tun menegur Ds Najib, hari demi hari memikirkan perkara ini akhirnya baru saya mendapat jawapannya.

Rupanya mereka ingin menjadi hero filem tamil kerana dijabatan Perdana Menteri ada tiga jawatan kosong yang perlu Ds Najib mengisinya, jadi itu sebabnya anjing-anjing liar bertukar menjadi anjing-anjing Gila (Gila nak Jawaatan). Sekarang ini mohon sesiapa sahaja berhati-hati jika ingin membuat tegoran kepada Pemimpin Umno terutama Ds Najib.

Dalam pemerhatian saya jawatan yang kosong ini bukan jawatan sebarangan, Satu Penasihat Politik kepada Perdana Menteri, Dua Ketua Setiausaha Sulit Kanan dan Ketiga Setiausaha Sulit.

Bagi anjnig-anjing yang sedang menyalak dan gila ini pun hebat-hebat juga kerana mereka sekarang bersama sebuah agensi kerajaan bertaraf Pemikir.

Sebagai anjing yang suka menyalak, itu menjadi hak mereka untuk menyalak kepada sesiapa sekali pun, begitu juga saya sebagai rakyat saya juga berhak memberi pandangan kepada Pemimpin sama ada Pemimpin itu mahu menerima atau tidak itu juga menjadi hak kepada Pemimpin tersebut.

Kepada Ds Najib berlapang dadalah untuk mengisi kekosongan 3 jawatan penting ini, bukan kerana undi Menteri,Timbalan Menteri, Ahli Parlimen atau pun Adun-Adun yang membuatkan Ds berada dipersada ini tapi beradanya Ds ditakta ini kerana rakyat yang memilihnya dan sekali lagi saya berharap dengarlah rintihan rakyat sebelum terlambat.

Tentu ramai yang ingin tahu siapa yang saya maksudkan tentang anjing-anjing liar dan gila dalam firasat saya ramai sudah mengetahuinya walau bagaimana pun 2 huruf dihadapan nama mereka saya sertakan LA,TF,FZ,AA.

Selasa, 7 April 2015

TUN DAH JAWAB DS NAJIB BILA NAK JAWAB

SELEPAS dikritik kerana menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kritikan itu ditujukan kepada Ds Najib dan bukannya Umno.

Saya masih ahli Umno. Saya tidak bersetuju dengan Pemimpin bukannya Parti. Saya mengkritik Pemimpin, bukannya parti. Ia mudah kerana saya mahu melihat kemenangan parti.

Hari ini,Tun Dr Mahathir berkata tuduhan yang dibuat terhadap 
Ds Najib masih belum dijawab.Seorang Perdana Menteri mesti kelihatan bersih dan boleh menjawab persoalan serta melakukan yang terbaik untuk Negara.

ANJING SALAK BUKIT

Kenapa Anjing Ini Menyalak kepada Tun Mahathir 
adakah kerana Ds Najib tak cukup bagi dia makan ?
bukan kah dia juga menjadi pengkhianat pada Umno ?
kepada yang menjadi penyokong barua ini tak payah komen.

Jumaat, 3 April 2015

Apabila Umno Kalah

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia masa kini tidak lagi mempercayai Ds Najib maka ahli dan Pemimpin Umno perlu sedar Umno/BN akan kalah jika Ds Najib terus memimpin Umno hingga Pru14.

"Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri." SEKALI UMNO KALAH IANYA TIDAK AKAN DAPAT DIPULIHKAN SEMULA," tulisnya Tun Mahathir dalam blognya.