Polis hari ini menjelaskan satu perhimpunan yang dirancang pembangkang esok merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.
Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah di sisi undang-undang,katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan