Walau apa pun admin tetap berpuas hati kepada semua yang terlibat mengendalikan Pru 13 dengan jayanya tampa ada sebarang perkara yang tidak di ingini berlaku semasa proses Pru berjalan.
Satelah meneliti suara tidak puas hati dari berbagai pihak cuma admin tertarik dengan kenyataan yang di buat oleh Naib Presiden Parti Cina Malaysia ( PCM ) Huan Cheng Guan yang terang-terang tidak berpuas hati terhadap pengundi kaum Cina yang tidak memberi sokongan kepada BN sedangkan kata beliau Perdana Menteri Ds Najib telah membuat yang terbaik dan tidak sesekali menganaktirikan orang Cina di Negara ini dari semua sudut terutama pendidikan.
Katanya lagi mahu sekolah Cina sudah dibuat, mahu Universiti Cina juga sudah dibuat jadi apa lagi yang orang Cina mahu ? Cheng Guan juga menambah masyarakat Cina sekarang terlalu mudah terpedaya dengan dakyah Pembangkang sehingga apa saja yang di ucapkan oleh Pemimpin BN mereka terus labelkan TIPU tetapi kalau Pemimpin Pembangkang bercakap perkara yang ternyata TIPU pun terus di percayai jadi orang Cina perlu menilai semula perkara ini.
Sehubungan dengan itu beliau berharap kepada Parti-Parti Cina dalam BN mengikut jejak langkah PCM yang menutup semua Pusat Khidmatnya dinegeri ini dan berhenti dari melantik Penyelaras disetiap Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) dikawasan yang dikuasai Pembangkang, Tidak perlu lagi kita berkerja untuk mereka yang tidak tahu menghargai usaha kita selama ini, kita perlu membiarkan Pembangkang pula memainkan peranan menolong Rakyat dikawasan yang mereka kuasai kerana Rakyat
disana telah mengharap dan mempecayai mereka katanya.
CHENG PENG & NGA KOR MING |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan