Oleh kerana pemimpin itu, kecuali diktator, selalunya mempunyai penasihat-penasihat, maka sudah tentu penasihat yang menyebabkan prestasi buruk PRU 12 jika digabungkan dengan penasihat yang menyebabkan prestasi buruk PRU 13 akan menyebabkan punca kehancuran bangsa Melayu di masa akan datang.
Pelajarilah pergolakan yang berlaku sehingga tarikh-tarikh berikut boleh menjadi bahan renungan: 1897 + 18 = 1915 + 18 = 1933 + 18 = 1951 + 18 = 1969 + 18 = 1987 + 18 = 2005 + 18 = 2023.
Dari 222 kerusi terdapat 135 kerusi yang 60% pengundinya terdiri dari orang Melayu dan Bumiputera; 47 kerusi yang antara 40% ke 60 % pengundinya terdiri dari orang Melayu dan Bumiputera dan hanya 40 kerusi yang pengundi dari kalangan orang Melayu dan Bumiputera di bawah 40%.
Tidak ada jalan bagi DAP untuk memerintah jika Melayu bersatu.
Kelemahan prestasi BN pada kali ini ialah kerana KEGAGALAN PENASIHAT-PENASIHAT DAN KEGAGALAN DALAM URUSAN KOMUNIKASI ATAU PENERANGAN.
Jika penasihat-penasihat yang menyebabkan Tsunami PRU 12 dan PRU 13, walau pun mereka menang dalam PRU, dilantik ke dalam kabinet maka BANGSA MELAYU PERLU CARI JALAN LAIN KE SYURGA.
TAN SERI SANUSI JUNIT |
Angkara yang menimpa dunia bukanlah kerena kejahatan
Aku confused. Falsafah tahap Plato.
BalasPadamFaktor terbesar yang mempengaruhi PRU13 adalaf 'NAFSU':
BalasPadam1) Anwar - dendamnya kepada Dr M dan UMNO membangkitkan nafsu yang meluap-luap untuk menumbang kerajaan yang diteraskan UMNO
2) TGNA - rasa 'saya lebih baik dari kamu' dan 'aku lebih dekat kepada Tuhan' membuat dia menjadi 'angkuh' lalu terbangkit nafsu yang meluap-luap membenci UMNO dan ketua-ketua UMNO justru kemahuan nekad untuk menumbang kerajaan yang berteraskan UMNO. Beliau rela dan bersedia bergabung dengan bangsa yang pernah menyembelihkan orang Melayu atas rasa kebencian yang meluap-luap.
3) LKS - seorang pemimpin Cina yang banyak dikaitkan dengan kisah 13 Mei 1969. Yang tak puas hati dengan kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu (PERSEKUTUAN TANAH MELAYU/MALAYA). Dia mahu mengubah dengan melenyapkan status quo ini dengan mempengaruhi jiwa dan rasa orang-orang Cina agar nafsu kebencian mereka naik meluap-luap untuk bangkit 'memberontak' dan menumbang kerajaan yang berteraskan UMNO (pimpinan orang Melayu).
Tiga nafsu yang meluap-luap terfokus kepada kehancuran UMNO. Ini pula dibantu oleh kuasa-kuasa dan pengaruh luar yang mahu melihat kuasa Islam di Malaysia lemah dan terus lenyap kalau bolih.
Jika nafsu kita samakan dengan api, maka yang boleh memadam api adalah air. Tetapi jangan disalah tafsir! Air bukan ertinya berlembut. Kuasa air adalah suatu kuasa yang amat ampuh. Ia fleksible tetapi strategik. Ia mengalir dan terus mengalir. Ia menggempur dan tiada yang boleh menghalang sehingga ia puas. Banjir melanda; ombak menghempas; dan ribut membadai. Semuanya ini kekuatannya datang dari air. Fahamilah kuasa AIR: Ia menjadi asas kehidupan tetapi boleh sejuk dan menyejukkan sehingga beku kaku. Ia boleh menghilangkan dahaga tetapi jika perlu boleh mendidih, mengelegak dan meluluh hancur apa yang terperangkap di dalamnya. Orang Cina tahu atau selalu merujuk kepada kebijaksanaan falsafah Tao yang berasaskan AIR. Lebih 2000 tahun dahulu Kefahaman Tao telah menjadi teras kepada kemuafakatan kaum-kaum Cina.
Hanya air boleh membendung kemaraan api. Hanya air boleh memadam api yang menyala. Air banyak disebut dalam al-Quran dan Hadis. Allahuwaklam