Naib ketua PKR Pulau Pinang Abdul Halim Hussein berkata laporan dikemukakan kepada pimpinan pusat parti itu berhubung satu rakaman mesyuarat yang dibocorkan, didakwa mengandungi komen yang memperkecilkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
Abdul Halim berkata, tindakan akan diambil ke atas individu yang bertanggungjawab membocorkan rakaman didakwa menunjukkan Ketua PKR Pulau Pinang menggelar Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai "angkuh" dan "tokong" itu.
Katanya, kebocoran rakaman berkenaan, yang dimuatkan dalam satu laporan TV3, merupakan satu isu serius namun menafikan wujud sebarang konflik di antara pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Abdul Halim menolak dakwaan berlakunya sebarang perbalahan disebabkan pengkhianatan anggota yang menghadiri mesyuarat pada bulan Mac itu.
Beliau percaya perkara itu berlaku kerana "pilihan raya makin dekat" dan yakin bahawa kepemimpinan Mansor kuat di Pulau Pinang.

Mesyuarat berkenaan antara lainnya membincangkan mengenai agihan kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya akan datang.