Perkasa menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas individu yang menghina gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Ogos lalu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, isu ini perlu dipandang serius kerana tindakan menukar bendera Malaysia dan memijak gambar Najib adalah perbuatan biadab.
Menurutnya, Perkasa percaya tindakan ini dilakukan oleh pembangkang yang sengaja mencetuskan provokasi bagi memburukkan nama Malaysia.
“Apa yang dilakukan pembangkang ini mempunyai muslihat tersendiri, mereka juga dilihat tidak berfikiran matang dalam segala hal,” katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, hari ini.
Katanya, individu yang membakar gambar Perdana Menteri tidak layak menjadi warganegara Malaysia dan memijak kaki di negara ini.
“Kalau ada pihak yang tidak puas hati, mereka perlu melalui saluran aduan yang betul, bukannya dengan cara memijak dan membakar gambar Najib,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga membuat laporan polis berkaitan isu tersebut.
Dalam sidang media tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut melancarkan Tabung Kemanusian Rohingya bagi membantu masyarakat Islam di Myanmar.
Sehingga petang ini, tabung terbabit berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM40,000 hasil sumbangan, antara lain daripada Restoran Sekincan Ikan Bakar dan Yayasan Pendidikan Cheras.
# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #
# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.
# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #
# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#
Isnin, 3 September 2012
PERKASA MAHU TINDAKAN TEGAS KE ATAS INDIVIDU HINA GAMBAR PM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan