Dana asing yang diterima Suara Rakyat Malaysia (Suaram) boleh disifatkan sebagai habuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerana menjadi tali barut kuasa asing untuk mengganggu gugat negara.
Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, ini kerana dana itu sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan perjuangan hak asasi manusia yang diuar-uarkan oleh NGO itu."Pemimpin dan bekas pemimpin Suaram diharap tahu bahawa dana yang diterima itu seperti yang didedahkan oleh kerajaan adalah habuan kerana menjadi barua dan tali barut kuasa asing."
Ini kerana kuasa asing tidak ada hak untuk mencampuri urusan dalaman dan politik di negara berdaulat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berhubung penyaluran dana berjumlah RM0.5 juta kepada Suaram sebelum ini.
Fakhrul Azman berkata, ekoran pembongkaran itu, pihak yang menyalurkan dana tersebut iaitu penyangak mata wang, George Soros sebenarnya boleh disifatkan sebagai orang yang menyara kehidupan mereka yang terlibat dengan Suaram seperti Cynthia Gabriel, Dr. Kua Kia Soong, Sivarasa Rasiah dan Tian Chua."Jadi kita juga mahu tahu sama ada ahli keluarga mereka ini tahu bahawa perbelanjaan kehidupan seharian ini ditanggung oleh Soros.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan