# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Ahad, 30 September 2012


Najib: Waspada strategi 'kutuk, hasut, janji'

  • Bernama
  • 2:49PM Sep 30 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu rakyat berwaspada dengan tiga "senjata" iaitu kutuk, hasut dan janji yang digunakan pembangkang untuk memenangi hati mereka.

"Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan). Selepas itu, mereka mesti hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya telah katakan, mereka akan menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka.

"Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau akan membawa musibah kepada negara. Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga – kutuk, hasut, janji," tegas Perdana Menteri.

Najib berkata untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol sahaja.

"Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu simbol bersama," katanya.

Perdana Menteri berkata BN telah menggunakan satu simbol sahaja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya.

"Kami pergi berjumpa dengan rakyat sebagai BN, tetapi pembangkang akan pergi berjumpa rakyat dengan simbol berbeza (simbol parti masing-masing).

"Simbol tak sama...kita tak pasti sama ada mereka akan bentang manifesto yang sama," katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga telah berlaku secara terbuka.

Najib berkata ini menunjukkan yang mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan dasar bersama mengenai bagaimana negara ini akan ditadbir urus, dan ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan pembangkang mengisytiharkan "kabinet bayangan" mereka.
Najib berkata negara tidak seharusnya diperintah oleh pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.

Beliau berkata 75 peratus janji dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP.

Perdana Menteri juga berkata seorang pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang telah cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dahulu.

"Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko. Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan...saya kata "tidak", pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip. Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama," katanya.

Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah yang dibuat adalah untuk rakyat.

"Belanjawan ini adalah mengenai rakyat serta untuk menggerakkan ekonomi. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai rakyat tanpa menggerakkan ekonomi, tanpa menarik pelaburan asing, pelaburan domestik, inovasi dan produktiviti.

"Terdapat 111 inisiatif atau touch points dalam Belanjawan 2013. Bacalah satu persatu-satu," katanya.

Jumaat, 28 September 2012

Dia Sedang Membaca Laporan Belanjawan 


PKR P Pinang kemuka laporan isu 'tokong'
Naib ketua PKR Pulau Pinang Abdul Halim Hussein berkata laporan dikemukakan kepada pimpinan pusat parti itu berhubung satu rakaman mesyuarat yang dibocorkan, didakwa mengandungi komen yang memperkecilkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
Abdul Halim berkata, tindakan akan diambil ke atas individu yang bertanggungjawab membocorkan rakaman didakwa menunjukkan Ketua PKR Pulau Pinang menggelar Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai "angkuh" dan "tokong" itu.
Katanya, kebocoran rakaman berkenaan, yang dimuatkan dalam satu laporan TV3, merupakan satu isu serius namun menafikan wujud sebarang konflik di antara pemimpin Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Abdul Halim menolak dakwaan berlakunya sebarang perbalahan disebabkan pengkhianatan anggota yang menghadiri mesyuarat pada bulan Mac itu.
Beliau percaya perkara itu berlaku kerana "pilihan raya makin dekat" dan yakin bahawa kepemimpinan Mansor kuat di Pulau Pinang.

Mesyuarat berkenaan antara lainnya membincangkan mengenai agihan kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya akan datang.

Ahad, 23 September 2012

Guan Eng: Pakatan mesti hapus tiga mitos
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata parti tersebut mesti menghapuskan tiga mitos mengenai Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Berucap di konvensyen DAP Perak hari ini, Lim berkata parti itu mesti membuktikan bahawa dasar Pakatan tidak akan memufliskan negara.

"Prestasi kita yang cekap di empat negeri Pakatan membuktikan bahawa perkara ini satu penipuan kerana tiada negeri Pakatan yang bankrap, sebaliknya merekodkan lebihan yang besar," katanya.

Mitos kedua, kata Lim, adalah dakwaan MCA bahawa kemenangan Pakatan akan menjurus kepada pembentukan negara Islam, sedangkan Umno mendakwa ia akan membawa kepada pembentukan negara Kristian.

"Penipuan oleh MCA dan Umno ini saling bercanggah. Hujah paling jelas adalah, negara Islam atau negara Islam tidak dinyatakan dalam dasar bersama Pakatan," katanya.

Perkara ketiga, kata Lim, ialah dakwaan bahawa satu rusuhan kaum besar seperti 13 Mei akan berlaku jika Pakatan membentuk kerajaan pusat.

Lim berkata ugutan seperti itu disasarkan kepada golongan bukan Melayu sedangkan perubahan kuasa hanya boleh berlaku dengan sokongan pengundi Melayu.
YAHUDI "Iri Hati " MALAYSIA Miliki SCORPENE
Bekas orang kanan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendakwa NGO Suaram dan portal berita Malaysiakinimenjadi "tali barut" Yahudi demi menggagalkan usaha Malaysia untuk memiliki kapal selam Scorpene.

Laporan edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyebut, Anuar mengemukakan alasan bahawa NGO yang memfailkan saman di mahkamah Perancis ke atas pembuat Scorpene itu menerima dana daripada Open Society Institute.

Jelasnya, insititut berkenaan diasaskan jutawan George Soros yang berketurunan Yahudi.

Beliau turut memberi alasan bahawa National Endowmen for Democracy yang turut menyalurkan dana kepada Suaram juga dipimpin oleh seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.

"Ini kerana sudah pasti anggota Suaram diberi imbuhan yang amat lumayan untuk menjadi tali barut Yahudi dan najis masyarakat," katanya seperti dipetik Utusan.
Anuar juga menyalahkan "pembuat kapal selam Yahudi dari barat" yang bertindak "tidak bermoral" dengan "menyerang" syarikat pembuat kapal selam Scorpene, DCNS.
Beliau mendakwa pembuat senjata berkenaan "iri hati" kerana Malaysia tidak membeli kapal selam daripada syarikat Yahudi.
"Kita tahu di Amerika Syarikat industri pertahanan rata-rata mempunyai kaitan dengan Yahudi.
"Mereka juga membiaya Suaram dan portal berita propembangkangMalaysiakini bagi tujuan sama agar negara tidak memiliki kapal selam dari Perancis kerana bimbang dengan serangan politik dan sebagainya.
Laporan itu juga memetik Anuar sebagai berkata:Mahkamah Perancis pada Mac lalu menerima kes difailkan Suaram yang mendakwa pembuat kapal selam itu, DCNS, membayar jutaan ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.

Bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen dianggap sebagai haram.

Bagaimanapun, tiada seorangpun menteri Malaysia memberi keterangan di mahkamah berkenaan bagi menafikan dakwaan tersebut.
DI ANTARA LEMBU DENGAN PENYOKONG PAS YANG MANA LEBIH BIJAK ! ! ! 
Foto

Sabtu, 22 September 2012


WAJAH 3 ORANG PEMIMPIN  KOMUNIS DALAM NEGERI PERAK
HINA ISLAM - BLOGGER SOFIAN SAMAN NGA KOR MING



Penulis blog, Ahmad Sofian Yahya memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana membuat kenyataan kononnya dia mengaku salah dan menarik balik samannya berhubung dakwaan salah guna kuasa pemimpin tersebut.Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Norali & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini semalam Dalam saman tersebut, Ahmad Sofian menuntut perintah injunksi mengarahkan Kor Ming menarik balik kenyataan yang berunsur fitnah di laman webnya dan menghalang beliau dan ejen-ejennya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Dia juga menuntut ganti rugi am yang akan ditaksirkan mahkamah serta kenyataan permohonan maaf secara terbuka oleh Kor Ming di mahkamah.

Khamis, 20 September 2012


APA KAH AKAN BERLAKU DI MALAYSIA SELEPAS PRU KE 13 NANTI ? APAKAH RAKYAT MALAYSIA PERCAYA PADA JANJI KOSONG PAKATAN HARAM PR ? ATAU PAKATAN HARAM PR AKAN HANCUR SELEPAS PRU KE 13 NANTI !!! 




Ahad, 16 September 2012

APAKAH INI WAJAH PERDANA MENTERI BARU MALAYSIA ?

DI ANTARA KHAYALAN DAN KENYATAAN !
KHAYALAN BUAT SEMUA PENYOKONG PAKATAN HARAM PR
KENYATAAN BAGI PENYOKONG UMNO / BARISAN NASIONAL

Lihat Gambar Menakjubkan ... ALLAHUAKBAR !

Apa perasaan anda bila melihat gambar ini?

Daripada Abdullah bin Umar, bahawa pada suatu hari Nabi saw. menyebut tentang solat fardu dan baginda bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menjaga solat, maka baginya cahaya, petunjuk dan pertolongan pada hari akhirat. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, maka tiadalah baginya cahaya, petunjuk atau pun pertolongan dan pada hari akhirat dia akan bersama dengan Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Halaf." (HR. Ahmad)

Jumaat, 14 September 2012

LEE KUAN YEW 1965

“Amanat Hadi 1981” Mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan Sebagai Bercanggah Dengan Islam Dan “ KAFIR ”

Akibat daripada “Amanat Hadi 1981” ini, berlakulah peristiwa kafir mengkafir! Keluarga berpecah. Adik beradik berpisah! Rumahtangga berkecai! Suami isteri bercerai berai! Solat dua imam menjadi-jadi! Hubungan keluarga terputus! Kenduri diboikot! Sembelihan orang UMNO jadi haram!

Kemuncak kepada “Amanat Hadi 1981” ini ialah peristiwa Kg. Memali, Baling yang berlaku pada 19 November 1985. Bila mana Allahyarham Ustadz Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya, (yang mahu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud) bersama 13 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan. Turut terbunuh ialah 4 orang pegawai dan anggota FRU 5 dari Ipoh.

Melayu Mudah Lupa Siapa Dalang 13 Mei

Jangan Terburu buru Membuat Perubahan Yang Belum Tentu Ada Kebaikan DS...

Nik Aziz Tidak Puas Hati?

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak berpuas hati dengan Majlis Syura Ulama yang mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau meninggalkan mesyuarat majlis itu lebih awal, Ahad lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang pemimpin ulama parti itu yang juga ahli Majlis Syura Ulama.

Beliau menyifatkan Nik Abdul Aziz benar-benar mahu melihat Nasharudin dihukum kerana mengambil pendirian bertentangan dengan dasar parti apabila mendesak Pas mengkaji semula kerjasama dengan pakatan pembangkang.

Menurut sumber dalaman Pas, Nik Abdul Aziz mula menunjukkan reaksi tidak selesa dan tidak berpuas hati apabila mendapati agenda mesyuarat pada malam tersebut yang sepatutnya membincangkan isu Nasharudin langsung tiada dalam senarai sebagaimana diharapkan.

"Reaksi Tok Guru (Nik Abdul Aziz) begitu ketara selepas beliau meneliti agenda mesyuarat. Beliau nyata tidak berpuas hati dengan ketetapan majlis syura untuk tidak membincangkan isu Nasharudin, malah, sepanjang mesyuarat, beliau begitu kerap melihat jam tangan sebagai tanda tidak selesa.

"Terdahulu semasa Nasharudin bersalam dengan beliau sebelum mesyuarat, Tok Guru dilihat bersikap dingin. Nik Abdul Aziz turut memberi alasan terpaksa meninggalkan mesyuarat awal kerana tidak tahan dengan kesejukan pendingin hawa di bilik itu," kata sumber itu yang juga pemimpin kanan Pas kepada Utusan Malaysia.

Menurut sumber sama, Nik Abdul Aziz meninggalkan majlis kira-kira pukul 9 malam dan mesyuarat itu kemudian dipengerusikan Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din.

Selepas itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita memberitahu isu Nasharudin tidak dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, selain menegaskan bekas timbalannya itu masih kekal sebagai ahli parti dan ahli Majlis Syura Ulama.

Keputusan itu dilihat sebagai satu tamparan kepada golongan Anwarina' yang ternyata tidak senang dengan tindak-tanduk Nasharudin termasuk terbaru apabila beliau membantu pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama tersohor Arab Saudi di Mekah baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber sama memberitahu golongan Anwarinas sebenarnya berharap Nasharudin tidak hadir pada mesyuarat malam tersebut bagi membolehkan tindakan disiplin diambil tetapi hajat mereka terbantut apabila bekas Timbalan Presiden Pas itu muncul kira-kira 10 minit sebelum majlis syura bermula.

"Mereka (golongan Anwarinas) sebenarnya sudah maklum dengan pendirian golongan ulama dalam majlis syura yang tegas mempertahan Nasharudin dan sebagai jalan terakhir untuk 'mengenakan' anak didik Allahyarham Datuk Fadzil Noor ini ialah berharap beliau tidak hadir mesyuarat," katanya.

Rabu, 12 September 2012

Dana Habuan Jadi Barua Dan Tali Barut Asing

Dana asing yang diterima Suara Rakyat Malaysia (Suaram) boleh disifatkan sebagai habuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerana menjadi tali barut kuasa asing untuk mengganggu gugat negara.
Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, ini kerana dana itu sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan perjuangan hak asasi manusia yang diuar-uarkan oleh NGO itu."Pemimpin dan bekas pemimpin Suaram diharap tahu bahawa dana yang diterima itu seperti yang didedahkan oleh kerajaan adalah habuan kerana menjadi barua dan tali barut kuasa asing."

Ini kerana kuasa asing tidak ada hak untuk mencampuri urusan dalaman dan politik di negara berdaulat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berhubung penyaluran dana berjumlah RM0.5 juta kepada Suaram sebelum ini.

Fakhrul Azman berkata, ekoran pembongkaran itu, pihak yang menyalurkan dana tersebut iaitu penyangak mata wang, George Soros sebenarnya boleh disifatkan sebagai orang yang menyara kehidupan mereka yang terlibat dengan Suaram seperti Cynthia Gabriel, Dr. Kua Kia Soong, Sivarasa Rasiah dan Tian Chua."Jadi kita juga mahu tahu sama ada ahli keluarga mereka ini tahu bahawa perbelanjaan kehidupan seharian ini ditanggung oleh Soros.

Saman Tengku Fakhry terhadap polis didengar 8 Okt

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 dan 9 Oktober tarikh perbicaraan adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra, yang menyaman Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga yang lain berhubung dakwaan kesilapan menahan beliau pada Ogos 2009.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu dalam kamarnya hari ini.

NONEPlaintif memfailkan saman RM150 juta itu pada 9 Disember tahun lepas menamakan Ismail, ketua pengawal peribadi Sultan Kelantan, ASP Norazman Ismail, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai penama pertama hingga keempat.

Dalam penyata tuntutannya Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau ditahan secara silap pada 30 Ogos 2009 di kawasan Istana Mahkota Kubang Kerian semasa memandu sebuah kereta jenis Bentley Brooklands.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau memandu kenderaan itu atas arahan Sultan Ismail Petra untuk dihantar ke Singapura, tetapi ditegah berbuat demikian oleh kakitangan polis yang menutup pintu istana atas perintah defendan kedua dan ketiga.

Plaintif mendakwa kakitangan polis menahannya selama satu jam sebelum membenarkannya keluar daripada istana tetapi tanpa kereta.

Merujuk kepada penahanan tersebut sebagai berniat jahat (mala fide) dan salah di segi undang-undang, beliau menuntut ganti rugi am RM100 juta, RM50 juta gantirugi buruk serta contoh, faedah pada kadar empat peratus, kos dan lain-lainnya.

UMNO Cheras Gesa Tindakan Tegas Pada Suaram

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee hari ini meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang didakwa menerima dana asing.

Selasa lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan sebuah NGO Amerika Syarikat, yang menjadi antara penyumbang dana terbesar kepada Suaram dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal George Soros.

Beliau berkata pembabitan Soros, yang digelar 'penyangak mata wang' ketika krisis ekonomi di Asia Tenggara pada 1997 dan 1998, dalam urusan negara ini boleh mengancam keselamatan negara dan perpaduan rakyat.

"Pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti mengesahkan perancangan halus penyangak mata wang dan kuasa-kuasa Barat untuk menghancurkan negara ini dengan berselindung di sebalik nama NGO (pertubuhan bukan kerajaan)," kata Syed Ali dalam entri terbaharunya di www.umnobahagiancheras.blogspot.com.

Soi Lek Terima 'Wang Kertas Orang Mati


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' - bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam.

Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya.

Keratan akhbar itu, dipercayai dari akhbar Sin Chew Daily, adalahmengenai komen Presiden organisasi pendidikan Cina, Dong Zong, Yap Sin Tian mengenai pewujudan semula sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat.

Chua berkata wang kertas itu adalah ancaman mati terhadapnya kerana ianya dihantar kepadanya sekarang - iaitu pada bulan ketujuh kalendar Cina, yang merupakan bulan 'Hantu Lapar'.

"Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya.

Bagaimanapun, Chua menegaskan bahawa beliau tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu.

Ahad, 9 September 2012

ACU PISTOL CONTOH POLITIK GANAS PAKATAN RAKYAT

Orang ramai dan para pengundi diminta menolak enam jenis politik yang diamalkan pembangkang iaitu politik biadab, politik bebas, politik fitnah, politik menghukum, politik perpecahan dan politik
ganas, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

"Di Malaysia ini kita lihat politik telah bertukar menjadi politik biadab apabila peristiwa memijak gambar pemimpin, peristiwa menukar Jalur Gemilang.

"Kemudian ada politik bebas yang menyokong kegiatan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam; politik memfitnah yang menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor difitnah macam-macam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Klang hari ini.

Ahmad berkata terdapat juga politik menghukum yang diamalkan pembangkang sehingga menyebabkan sembahyang dua imam dan kafir mengkafir sesama Islam selain politik pecah belah yang tidak mahu melihat perpaduan antara Melayu, Cina dan India malah perpaduan dalam kaum masing masing.

Satu lagi ialah politik ganas yang dilakukan oleh sekumpulan perusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0, katanya lagi.

Beliau berkata keenam-enam jenis politik itu perlu ditentang habis-habisan oleh Barisan Nasional (BN), parti yang tidak mengamalkan keganasan dan bebas tetapi menurut peraturan serta tidak mengamalkan politik memfitnah.

Ahmad berkata insiden pengawal peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengacu pistol ke arah sekumpulan pemuda pro-BN di Kampung Baru Rim Jasin Melaka petang semalam merupakan satu daripada contoh politik ganas pembangkang.

"Perdana Menteri ada berbelas-belas bodyguard dan (sudah ada) enam Perdana Menteri... tidak pernah kita dengar bodyguard berbelas-belas mengacu pistol. Tiba-tiba dia ni jadi Ketua Pembangkang bodyguad mengacu pistol," katanya.

Jumaat, 7 September 2012


Ustaz muda

Apatah lagi jika ada pula ulama atau ustaz muda mana-mana parti yang baru kenal politik sehari dua, dan mungkin ghairah hendak menjadi calon maka segala dalil dibawa, segala sirah Salafussoleh dibaca seakan-akan yang dipertahankan itu Abu Bakar al-Siddiq dan Umar al-Khattab.

Dalil-dalil agama dipermainkan untuk kepentingan politik masing-masing. Apa yang terkena pada orang lain dibaca secara terang, yang terkena diri sendiri ditakwil dengan sejuta penafsiran.

Jika parti lawan berkumpul untuk bantahan maka mereka namakan tunjuk perasaan dan dihukum haram. Kononnya, bukan amalan salafussoleh.

Jika geng parti sendiri berkumpul dinamakan menyuarakan pendirian, hukumnya halal. Dimasukkan dalam amar makruf dan nahi mungkar.

Maka perhimpunan di Kuala Lumpur oleh parti lawan sibuk diharamkan dengan segala fatwa, tetapi di Jeli dan Gua Musang oleh parti sendiri didiamkan.

Jika pemimpin kerajaan parti lain yang buat silap, ditegur dalam media dan ditulis surat terbuka.

Namun jika pemimpin kerajaan parti sendiri buat salah, difatwakan haram bercakap kesalahan pemimpin di khalayak ramai, kena berbisik di telinga mereka.

Dalil-dalil agama dan nama salafussoleh dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama'.

Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing. Firman Allah:

"Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat.

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Surah al-A'raaf: 175-176)

Selasa, 4 September 2012

BERBICARA TENTANG KENAPA CINA SEKARANG BERANI BERSIKAP KURANG AJAR PADA ORAMG MELAYU ! ! !


Kalau zaman Tun jadi PM saya yakin dah lama mereka ini merengkok dalam penjara tapi apa nak buat menteri dalam negeri sekarang tak ada telor banyak kali saya suruh menteri ini di tukarkan dalam TW dalam blog dalam FB tapi nampak nya PM yang ada sekarang sayang sangat pada dia agak nya biar negara hancur asalkan jawatan menteri dalam negeri tak akan di gangu tahniah kepada PM kerana mempertahan kan menteri dalam negeri cuma kita tunggu pemihan UMNO yang akan datang sama ada rakyat terutama ahli dan orang umno mahu memilih nya sekali lagi kalau pilih juga bermakna dalam umno sekarang ramai lembu tapi bukan orang atau manusia sampai cina dah jadi kurang ajar pun masih nak pilih manusia yang tak ada semangat melayu tak payah jadi menteri kerana menteri cina semua ada semangat cina baru di lantik dalam parti mereka tapi melayu asal dapat duit sikit dah sokong ini lah sebab melayu jadi rosak DULU KINI DAN SELAMA-LAMA NYA ...

Isnin, 3 September 2012

PERKASA MAHU TINDAKAN TEGAS KE ATAS INDIVIDU HINA GAMBAR PM

Perkasa menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas individu yang menghina gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Ogos lalu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, isu ini perlu dipandang serius kerana tindakan menukar bendera Malaysia dan memijak gambar Najib adalah perbuatan biadab.

Menurutnya, Perkasa percaya tindakan ini dilakukan oleh pembangkang yang sengaja mencetuskan provokasi bagi memburukkan nama Malaysia.

“Apa yang dilakukan pembangkang ini mempunyai muslihat tersendiri, mereka juga dilihat tidak berfikiran matang dalam segala hal,” katanya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, hari ini.

Katanya, individu yang membakar gambar Perdana Menteri tidak layak menjadi warganegara Malaysia dan memijak kaki di negara ini.

“Kalau ada pihak yang tidak puas hati, mereka perlu melalui saluran aduan yang betul, bukannya dengan cara memijak dan membakar gambar Najib,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga membuat laporan polis berkaitan isu tersebut.

Dalam sidang media tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut melancarkan Tabung Kemanusian Rohingya bagi membantu masyarakat Islam di Myanmar.

Sehingga petang ini, tabung terbabit berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM40,000 hasil sumbangan, antara lain daripada Restoran Sekincan Ikan Bakar dan Yayasan Pendidikan Cheras.

Ahad, 2 September 2012

BAS YANG MEMBAWA KETUA PENGHASUT KENA SERANG DI KELANTAN BAGAIMANA AGAK NYA KALAU BAS INI DI SERANG DI NEGERI YANG DI PERENTAH OLEH UMNO BARISAN NASIONAL !

pkr election poll bus attacked in kelantan 2

pkr election poll bus attacked in kelantan story




ANAK SIAPAKAH INI


Ini lah wajah sebenar budak yang menunjuk punggung pada gambar perdana menteri di perhimpunan ' JANJI BERSIH ' Pada malam merdeka !