# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Isnin, 13 Oktober 2014

SR1M (Sekolah Rakyat 1 Malaysia)

Malaysia sekarang dah jadi negara yang hebat dimata dunia kerana dibawah kepimpinan Ds Najib sebagai Perdana Menteri, semuanya atas nama 1MALAYSIA cuma nak tanya pada punaisihat-punaisihat, Menteri, Timbalan Menteri termasuk yang bergelar macai-macai Bila Lagi Ds Najib Nak Umum SR1M (Sekolah Rakyat 1 Malaysia) jangan marah cai-cai Umno cuma secara peribadi saya ingin tahu kerana saya juga rakyat yang mengambil bahagian dalam Pilihan Raya.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Apa Guna ! ! !

Apa Guna Jadi Kerajaan 
Jika Hanya Mengikut Telunjuk Pembangkang
Apa Guna Ada Akta Jika Untuk Dimansuhkan
Apa Guna Jadi Pemimpin Jika Tak Tahu Memimpin
Apa Guna Ahli UMNO Berjuta Jika Sekadar Menjadi Pak Turut Kepada Pemimpin Yang Terpaksa Dipimpin.

Khamis, 9 Oktober 2014

'Tiada Peruntukan SJK Dalam Perlembagaan'

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah berkata memang tiada peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Menurutnya lagi, tiada juga peruntukan yang melarang kerajaan membantu, mewujudkan atau membenarkan penubuhan sekolah itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Dalam temubualnya dengan akhbar itu, Mohd Noor menjelaskan jika penubuhan sekolah itu dibuat oleh kerajaan maka ia dikira "secara ihsan" dan tidak boleh ada pertubuhan mendesak kerajaan bantu SJK.

"Sekolah persendirian, sekolah Cina, Tamil dan sekolah apa bangsa sekalipun di negara ini, yang nak belajar bahasa ibundanya, buatlah, teruskanlah tapi kena tanggung sendiri.

"Katakan orang Cina nak belajarbahasa Cina, mereka boleh buat sekolah tanggungan sendiri. Jadi sekarang ini hanya ada dua jenis sekolah iaitu sekolah ditanggung kerajaan dan sekolah dibiayai masyarakat.

"Jadi mana kita nak letak SJK kalau merujuk kepada perkara 152? Memang tiada peruntukan membenarkan penubuhan SJK menurut Perlembagaan," katanya dalam temubual itu.

Beliau menjawab soalan berhubung kedudukan SJK mengikut Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan susulan cadangan Timbalan Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu isu sekolah itu dibahas dalam Perhimpunan Agung Umno.

Dalam temubual itu juga, Mohd Nor menegaskan dalam perlembagaan bahasa Melayu ada bahasa kebangsaan tetapi tiada siapapun boleh disekat dan dihalang dari menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain.

"Dari satu sudut, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk perkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menyediakan sekolah untuk mengajar dan belajar bahasa Melayu.

SK bukan sekolah Melayu

"Malah bahasa Melayu yang asalnya ditulis dalam tulisan jawi diganti dengan tulisan rumi bagi memudahkan semua orang belajar bahasa Melayu. Kerana itu, kerajaan sediakan sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu," katanya dipetik.

Dari sudut yang lain pula, Mohd Noor berkata tidak boleh dihalang terus dan disekat sesiapa sahaja yang mahu mengguna, belajar atau mengajar bahasa ibundanya pada bila-bila masa atau di mana sahaja kerana ia adalah hak individu.

"Siapa individu ini? Boleh jadi mereka adalah warga negaraMalaysia, permastautin atau pelancong di sini. Yang kebanyakan orang tidak faham ialah guna, belajar dan mengajar secara sendirian.

"Kerajaan tidak campur dan kerajaan tidak (perlu) sediakan sekolah atau kelengkapan. Ini urusan peribadi individu tersebut. Itu yang kita kena faham," katanya.

Ditanya mengenai cara penyelesaian isu sekolah vernakular, Mohd Nor mencadangkan sekolah jenis kebangsaan dijenamakan sebagai sekolah kebangsaan berbanding dihapuskan untuk mengelak rasa "sakit hati" orang ramai.

"Tetapi siapa nak belajar bahasa ibunda masing-masing, sediakan kemudahan itu. Keperluan untuk pelajari bahasa ibunda tidak akan memakan masa lama.

"Dalam tempoh tiga tahun dah boleh fasih. Kita masih pelihara tradisi setiap masyarakat dan dalam masa yang sama tidak jejaskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

"Tapi kalau masing-masing bergaduh, ada yang nak pertahan SJK, ada yang nak mansuhkan, musnahlah negara kita," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau mencadangkan supaya kerajaan menyediakan sekolah kebangsaan itu di mana semua pelajar tak mengira bangsa belajar bawah satu bumbung, berkongsi padangdan kantin yang sama.

"Ketika itu tiada siapa mempersoalkan. Di Singapura, hanya ada satu sekolah, semua pelajar bahasa pelbagai bahasa di situ. Kalau mereka boleh terima sistem begitu, kenapa kita tidak?" soal Mohd Noor.

Pelik Tapi Benar













Pelik juga melihat telatah manusia ini dengan ulama sebenar terutama mufti-mufti beliau tidak terima untuk duduk bersama berbincang demi Agama Islam tetapi dengan puak-puak kafir termasuk puak-puak dari yang beragama Kristian beliau begitu akrab sekali dan apabila dinilai semula kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang menyatakan beliau bukan Ulama tetapi ULARmak Parti Ajaran Sesat (Pas) adalah tepat sekali.

Isnin, 6 Oktober 2014

Siapa Untung Siapa Rugi

Saya tersangat kecewa dengan sikap Pm Ds Najib hanya menarik balik sabsidi minyak sebanyak 20 sen, sepatutnya negara ini kerajaan tidak lagi perlu memberi sabsidi apa jenis barangan sekali pun termasuk kerajaan juga tak perlu lagi memberi BR1M pada rakyat malaysia kerana rakyat terutama bangsa Cina, ada juga bangsa Melayu dan sama juga dengan segelintir bangsa India sudah tidak bershukor dan berterima kasih pada kerajaan masakini.

Selepas penyelarasan minyak baru-baru hanya 20 sen kemana saja saya pergi tidak kedengaran yang mereka-mereka ini tidak menghina kerajaan berbagai-bagai gelaran digelar pada kerajaan, sedar atau tidak kita semua siapa sebenarnya yang mengaut untung dari segala barang yang disabsidikan oleh kerajaan ? dan begitu juga dengan pemberian BR1M siapa yang banyak berkelayakan menerima BR1M bukankah Bangsa Cina dan India ?

Diatas rasa kekecewaan saya ini saya mohon Kerajaan terutama Kementerian kewangan nyatakan dengan jelas bangsa manakah dimalaysia ini yang banyak menerima bantuan kerajaan dalam soal sabsidi dan begitu juga dari segi lain-lain bantuan dan saya juga ingin menyarankan selepas ini Kerajaan Malaysia tidak perlu lagi menjadi Kerajaan Sabsidi.

Saya suka mendengar komen tapi komen yang mengunakan otak sebagai rakyat malaysia.
Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 yang dipetik dalam buku Khalid Awang Osman yang berbunyi:

Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat- syarat dalam Undang-Undang Negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas Kemerdekaan, 90 % penduduk bukan Melayu menjadi Warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum Merdeka di mana 90 % daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah Pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, Mca dan Mic ketika itu bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan Keistimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.


Hari ini masih ada lagi bangsa-bangsa ini sanggup berkurang ajar dengan orang Melayu kerana bersama mereka sekarang ada orang melayu yang sanggup menggadai maruah bangsa sendiri.

Ahad, 7 September 2014

SIAPA MENTERI DALAM NEGERI HISHAMUDDIN ATAU ZAHID HAMIDI


Saya tidak faham dengan sikap Menteri-Menteri yang dilantik oleh Ds Najib sama ada Menteri tersebut dari Parti Umno,Mca,Gerakan dan Mic yang mana menteri-menteri ini tidak faham apa yang rakyat mahu dan apa yang rakyat harapkan tentang Keselamatan Negara dan Keselamatan Rakyat.

Lihat saja kenyataan Hishamuddin dibawah ini apakah beliau sekarang sedang menguji kesabaran rakyat atau beliau juga sekarang mempamirkan kebudohan sebenar diri beliau.mohon pada perwakilan Umno pemilihan akan datang pastikan manusia ini bukan lagi sebagai Naib Presiden Umno demi menyelamatkan keselamatan negara.

Dengan keadaan sedemikian menteri-menteri masakini saya teramat setuju dengan cadang yang dibuat oleh Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa di Ipoh semalam, beliau menyarankan Akta baharu yang bersangkutan dengan Keselamatan Negara dan Keselamatan Rakyat diserahkan kepada sebuah Jawatankuasa Khas.

Terlebih baik lagi Jawatankuasa Khas tersebut yang terdiri daripada Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera,Peguam Negara dan dipengerusikan oleg Ketua Hakim Negara dan kaedah ini dilihat lebih baik tidak kena mengena dengan Politik kerana kebanyakan kelahiran kepimpinan melalui Politik masakini teramat lemah untuk menjaga kepenting Agama Islam,Bangsa Melayu dan Negara ini