# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Isnin, 12 Mei 2014

Darah Cina Yang Sedar Asal Usul

Ekoran ISMA yang mengaitkan masyarakat Cina sebagai Penceroboh seorang wanita Cina beragama Islam tampil menyatakan sokongan terhadap NGO kontroversi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Alifah Darah Cina Yang Sedar Asal Usul.

Beliau percaya Malaysia akan sentiasa menjadi milik orang Melayu. Sebabnya dari dulu, kini dan selamanya Malaysia akan menjadi hak milik orang Melayu (Islam). Jadi corak kepimpinan mesti mengikut orang Melayu (Islam).

Setakat ini baru 2 orang yang berbangsa Cina faham asal usul pertama 
Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah dan kedua Alifah Ting Binti Abdullah

Ahad, 11 Mei 2014

ESSCOM

KenyataaKetua Pemuda Mca Chong Sin Woon supaya Esscom ditutup atau dibubarkan susulan kejadian penculikan terbaru di Pulau Baik Lahad Datu baru-baru ini menampakan beliau adalah salah seorang yang saya anggap sebagai Pengkhianat Negara.

Tujuan Esscom di tubuhkan untuk mempertahankan Kedaulatan dan Keselamatan Rakyat Sabah khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), Apakah selama ini Parti Mca khasnya Pemuda tidak faham apa itu Esscom ?.

Secara peribadi saya mengangap sesiapa sahaja yang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan demi untuk tujuan Keselamatan Rakyat dan Negara maka saya mengistiharkan mereka ini adalah saki-baki yang berketurunan Komunis dan mereka ini masih memiliki pemikiran Komunis lebih tepat lagi mereka masih BERIDEOLOGI KOMUNIS.

Jumaat, 9 Mei 2014

Kepada Ds Najib Jangan Pilih Manusia Bodoh Jadi Menteri

Apabila Ds Najib mengumumkan bahawa PENGGUNAAN RUANG KAUM KEKAL maka sekali lagi rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu merasa lega, sebenarnya Orang Melayu sekarang ini hidup dalam keadaan yang tidak selesa disebabkan tindakan sesetengah sikap kaum pendatang Cina dan India yang tidak lagi menghormati hak-hak Orang Melayu saperti yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang lebih merisaukan lagi apabila Kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Orang Melayu terpaksa tunduk kepada desakan kaum pendatang ini, satu demi satu tindakan Kerajaan yang merugikan Orang Melayu sedangkan Kerajaan yang dapat mengekalkan kuasa pada hari ini adalah hasil sokongan Orang Melayu pada Pru 13 yang lalu.

Kalau mahu dirungkaikan satu persatu sudah pasti banyak yang terpaksa saya tuliskan dan apa yang sedang berlaku sekarang ini berpunca dari pemansuhan undang-undang tertentu dan yang paling merbahaya sekali apabila ISA juga turut dimansuhkan maka seluruh yang bergelar Pengkhianat Negara mula bangkit menentang Bangsa Melayu, Agama Islam dan hak-hak Orang Melayu.

Pasti nya apa yang mereka sedang merancang sekarang tak lain dari mahu mendesak Kerajaan supaya Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan juga perlu dimansuhkan atau dikaji semula seperti mana Kerajaan terpaksa memansuhkan Akta Keselamat Dalam Negeri ISA, andai banyak sangat hak Orang Melayu mahu dimansuhkan saya takut Orang Melayu akan bangkit sendiri untuk mempertahankan hak mereka kerana mungkin semasa itu Orang Melayu sudah hilang keyakinan pada Kerajaan yang ada masaakini.

Khamis, 8 Mei 2014

Waspada Melayu Kristian seperti Muslim
Sebuah NGO Muslim hari ini memberi amaran agar orang Melayu berwaspada terhadap kewujudan Melayu Kristian yang hidup seperti Muslim dan menyembunyikan kepercayaan mereka. 
Setiausaha Agung, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Abd Karim Omar mendakwa golongan itu tidak menyimpan tanda salib di rumah dan tidak melakukan upacara keagamaan di depan orang lain.

Malah mereka kadang kala didakwa melakukan ibadah Muslim seperti berpuasa dan ke masjid, serta tidak mempamerkan sebarang bahan bacaan Kristian di rumah mereka.

Rabu, 7 Mei 2014

Isu Hudud: MCA Mahu Kaji Kedudukan Parti Itu Dalam Barisan Nasional

Timbalan Presiden Mca Datuk Wee Ka Siong menegaskan bahawa Parti itu akan mengkaji semula kedudukan mereka dalam Bn sekiranya Umno tetap dengan pendirian menyokong usul Pas di Parlimen untuk melaksana Hukum Hudud di Kelantan. Wee berkata Mca mempertahankan 100 % asas Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui Bn sejak Merdeka.

Kalau berlaku Umno sokong hudud perkara itu kita akan bincangkan kedudukan kita dalam Bn. Kita tidak akan sokong Hukum Hudud Pas, kata beliau dalam program wacana membincangkan pelaksanaan undang-undang tersebut di Shah Alam hari ini.

ULASAN :
Syukur Alhamdulillah dengan jelas sekarang Tuhan telah tunjukan siapa sebenarnya Cina Mca dalam Bn jelaslah sekarang Mca dan Gerakan berkerjasama dengan Dap untuk merampas Pulau Pinang,

Kepada kepimpinan Umno khasnya Ds Najib tunggu apa lagi sila buat kenyataan berani sebagai saorang Presiden Umno dan seluruh rakyat sedang menunggu kenyataan berani Presiden dan Umno sebenarnya tidak menghalau Mca keluar dari Bn tapi sekarang adalah masa yang paling sesuai Mca keluar kerana ramai orang melayu yang sedang menunggu mahu menyertai Umno sekiranya Mca dan Gerakan keluar.

Selasa, 6 Mei 2014

Jawatan Kuasa Teknikal Hudud Yang Akan Dipilih Mesti Bebas Dari Politik

Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata anggota Jawatankuasa Teknikal Hudud mesti terdiri daripada golongan Agama yang bebas daripada Parti Politik Katanya, perkara itu perlu bagi menyekat pengaruh kepartian sama ada dari Parti Kerajaan mahupun Pembangkang dalam membincangkan undang-undang jenayah Islam itu.

Sementara itu, Bekas Pemimpin Negara itu juga mengulas mengenai pendirian Mca yang keras pada Hudud yang dikatakan akan memecahkan Bn, Sebaliknya beliau berpendapat ia tidak memberi kesan kepada Parti Pemerintah.

Isnin, 5 Mei 2014

RUMAH UMNO BAHAGIAN TAIPING

Majlis Perasmian Rumah UMNO Bahagian Taiping
Pada 08 May 2014
Masa 10.30 Pagi
Tempat Perkarangan Rumah Umno Bahagian Taiping
Disempurnakan Oleh 

YAB DATO' SERI DIRAJA MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA



Sekalung tahniah kepada Ahli Umno Bahagian Taiping dan Sekalung Penghormatan juga buat Ketua Umno Bahagian Taiping YBhg Dato' Haji Ahmad Shalimin Bin Haji Ahmad Shaffie kerana dengan usaha beliau akhirnya Umno Bahagian Taiping dapat memiliki mercu tanda Perjuangan sebenar Umno masakini, bagi saya dengan berdiri megahnya Rumah Umno Bahagian Taiping ini sebenarnya Dato' Ketua Bahagian telah meletakan Umno diatas noktah perjuangan sebenar.

Agak lama juga Ahli Umno Bahagian Taiping Menanti dan menunggu terdirinya Rumah MARUAH ini kerana sepengetahuan saya Umno Bahagian Taiping telah diterajui Ketua-ketua yang hebat dan ada yang berjawatan sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri satu ketika dahulu tapi sayang seribu kali sayang habuk pun tak ada, bukan niat saya untuk memburukan sesiapa tapi ini adalah kenyataan.

Walau pun bergelar sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak dan baru lebih kurang 6 tahun berjawatan Ketua Umno Bahagian sekali lagi secara peribadi saya ingin mengucapakan Sekalung Penghormatan saya buat YBhg Dato' Haji Ahmad Shalimin dan saya juga amat berharap agar Umno Bahagian Taiping dibawah kepimpinan YBhg Dato' akan terus maju dan berjaya demi Agama Bangsa dan Negara yang kita kasihi ini.