# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Selasa, 28 Ogos 2012

SAYA TOLAK HUDUD PAS TAPI SETUJU DENGAN HUDUD ISLAM


Tun Tolak hudud Pas sebab hudud pas adalah hudud politik. Tun hanya setuju dengan hudud Islam... Hudud Kerana ALLAH...bukan hudud kerana politik..

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.

"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.

"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.
TIADA LAMPU HIJAU UNTUK " JANJI BERSIH "
Tiada "lampu hijau" diberikan kepada penganjur "Himpunan Janji Bersih" yang akan diadakan pada 30 Ogos ini, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Katanya, tiada kebenaran diberikan kerana Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan namun perkara itu gagal dilakukan, lapor Bernama.

"Kalau menurut akta tersebut, penganjur telah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita...jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan.

"Cuma mereka berjanji kepada kita bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman," beliau dipetik sebagai berkata kepada agensi berita nasional itu.

Zainuddin berkata, pada perhimpunan tersebut polis bersetuju memberi kawalan trafik dan keselamatan sebagai langkah awal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan kekecohan.

Menurutnya, perbincangan sejam dengan wakil penganjur di ibu pejabat polis Daerah Dang Wangi hari ini bertujuan menerangkan syarat yang perlu dipersetujui seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.

"Mereka (penganjur) memberitahu polis akan menganjurkan perhimpunan itu secara aman dan bersetuju akan mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman seperti tidak akan mengadakan ceramah, ucapan, pemasangan kain rentang (banner) atau membawanya semasa perhimpunan.

"Jadi kita berjumpa hari ini untuk mendengar apa yang mereka inginkan selain kita turut menerangkan kepada mereka peraturan yang perlu mereka patuhi sekiranya ingin mengadakan perhimpunan tersebut," beliau dipetik sebagai berkata.

Zainuddin berkata, polis turut menasihatkan penganjur agar mengawal kelakuan peserta perhimpunan daripada bertindak liar serta menimbulkan kekecohan.

Polis akan bertindak menahan peserta perhimpunan sekiranya mereka (peserta) melanggar akta yang telah ditetapkan.

Sabtu, 25 Ogos 2012


MENGAPA LIM GUAN ENG BERI RM 500 KEPADA HAFIZ

Dari Air Muka Omar Abd Aziz Sanjungan Pas Ini Maka Jelas Lah Melayu Di Pulau Pinang Telah Di Sunatkan Kali Kedua Dan Tak Lama Lagi Tidak Ada Bezanya Di Antara Singapura Dan Pulau Pinang Dengan Ini Sekarang Sudah Ada Satu Negara Dan Satu Negeri Yang Di Kuasai Oleh Komunis Moden ! ! !



Isnin, 16 Julai 2012


PRU-13 Tak Mungkin Tahun Depan?

KUALA LUMPUR 15 Julai -Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggambarkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak akan diadakan tahun depan.Beliau berkata, tahun ini adalah masa yang terbaik untuk diadakan pilihan raya umum itu.”Saya tak fikir ia akan berlangsung tahun depan. Wallahualam. Tak tahulah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Tetapi saya beritahu yang terbaik adalah tahun ini.”Jadi, kalau tahun ini sekarang sudah Julai, bulan puasa. Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya? Saya kata, apa salahnya?,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Batu di Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa II, di sini, hari ini.Menurutnya, tidak ada salahnya juga jika pilihan raya umum diadakan pada Ogos iaitu ketika umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri dan menyambut Hari Kebangsaan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Alhabshee dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani.Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, para pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO di semua peringkat juga perlu bekerja keras bagi menambat hati pengundi sementara menunggu tarikh pilihan raya umum diumumkan.”Presiden parti (Datuk Seri Najib) juga tidak berhenti kerja siang malam. Ingatlah, Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu adalah satu isyarat dan amaran besar buat kita. Kalau tak berubah, ikut cara lama, malas dan tak turun ke bawah, tak payah tanyalah bila mahu diadakan pilihan raya. Sebab itu setiap hari Perdana Menteri turun padang. Rakyat ceritakan masalah, kita tak boleh ‘tutup telinga’.”Kita adakan pelbagai program seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Kita bagi semua, tak tanya dia UMNO atau Pas atau DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kemudiannya bantuan buku dan persekolahan, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain Rakyat 1Malaysia. Orang kata ini kosmetik. Bukan, ini serius. Semuanya untuk rakyat,” jelasnya.Katanya, tindakan Perdana Menteri yang selalu turun padang seharusnya dicontohi oleh pemimpin-pemimpin lain di semua peringkat dalam parti.”Selangor, Kedah kita kalah. Sebab itu kena bantu kembalikan semula kepada BN.

Dekati rakyat agar tidak ada yang terbiar,” tegasnya.Terdahulu pada majlis sama, beliau menyampaikan surat tawaran rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada 12 penerima selain penyampaian peralatan keusahawanan untuk 69 penerima di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (M3P) Batu.Muhyiddin turut mengarahkan Yahaya membawa wakil penduduk Kampung Medan Wira dan Kampung Chubadak Jaya di Batu untuk bertemu beliau bagi membincangkan masalah yang dihadapi penduduk di kampung berkenaan.

Isnin, 2 Julai 2012

WAHAI ORANG MELAYU

AMANAT UNTUK ORANG MELAYU

Cuba hayati amanat yang disampaikan oleh MANTAN Perdana Menteri TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMED bahawa sekarang orang melayu berada dalam perpecahan yang begitu runcing. Ini boleh menyebabkan kekuatan orang yang dibina selepas MERDEKA akan lemah. Ibarat pepatah Hang Tuah " Takkan MELAYU hilang didunia ", sekiranya perpecahan ini berterusan maka pepatah ini tidak boleh diganapakai lagi. Bangsa MELAYU akan menjadi satu bangsa yang akan pupus didunia ini. Sebab Perpecahan ini adalah kerana orang melayu mempunyai satu sikap PHD ( Pengkhianat Hasad Dengki ) dan perpecahan ini juga disebabkan oleh orang dalam juga.


ANWAR & PKR

EVENING IN PKR





Pergolakan dalam Pakatan Rakyat yang HARAM tidak dapat ditutupkan oleh niru lagi kerana masalah - masalah yang menimpa PR yang HARAM ini ibarat bangkai gajah yang mati tergolek dan terlenyek. Adakah Pemimpin ini kita sebagai rakyat malaysia nak diangkat sebagai PERDANA MENTERI


Ahad, 1 Julai 2012

HARAM BUAT UMNO HALAL BUAT PAS

CERITA SEORANG PEMANCING IKAN


Pada suatu hari seorang pemancing ikan telah pergi ke sebuah tasik yang indah untuk memancing ikan kesukaannya. Selepas 5 minit melabuhkan umpan ke dalam tasik itu, joran pemancing itu disentap oleh seekor ikan. Pemancing itu dengan cepat memegang jorannya yang disentap oleh ikan yang agak besar itu. Lebih kurang 30 minit juga pemancing itu berentap dengan ikan yang memakan umpannya itu. Apabila pemancing itu berjaya mendaratkan ikan itu dilihat memang besar ikan itu. Lalu pemancing itu pun membawa pulang ikan itu sebagai hasil tangkapannya pada hari itu. Dipertengahan jalan ke rumah si pemancing ikan itu beliau singgah di rumah seorang ustaz PAS, lalu beliau meminta pandangan daripada ustaz itu tentang hasil tangkapannya itu. Ustaz PAS itu memberi pandangan bahawa ikan itu HARAM dan perlu dibuang tanpa memeriksa dulu ikan itu. Si pemancing ikan itu berasa sedih lalu beliau pun berjalan keluar dari rumah ustaz itu dengan bersama-sama ikan yang ditangkapnya sambil menoleh muka ustaz PAS itu. Ustaz PAS itu berasa kehairanan lalu ditanya kepada Si pemancing ikan itu "Kenapa hang tengok muka aku ni". Jawab Si pemancing itu dengan seraya berkata "Kalau ustaz kata HALAL tadi saya nak bagi sedikit ikan ni kat ustaz" tapi "Ustaz dah kata HARAM takpe lah. Dengan pantas ustaz PAS itu memegang tangan Si pemancing itu dan menarik semula Si pemancing itu masuk semula ke dalam rumahnya.

Kesimpulannya bahawa PARTI PAS diibaratkan seperti Ustaz PAS tersebut manakala PARTI DAP diibaratkan seperti Si Pemancing Ikan. Dimana sekiranya Matlamat Perjuangan PARTI PAS perlukan Cara HARAM maka PARTI PAS akan menghalalkannya. Ini yang dikatakan sebagai MENJUAL AKIDAH DIRI SENDIRI DAN BANGSA.