Tun Tolak hudud Pas sebab hudud pas adalah hudud politik. Tun hanya setuju dengan hudud Islam... Hudud Kerana ALLAH...bukan hudud kerana politik..
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.
"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan