CERITA SEORANG PEMANCING IKAN
Pada suatu hari seorang pemancing ikan telah pergi ke sebuah tasik yang indah untuk memancing ikan kesukaannya. Selepas 5 minit melabuhkan umpan ke dalam tasik itu, joran pemancing itu disentap oleh seekor ikan. Pemancing itu dengan cepat memegang jorannya yang disentap oleh ikan yang agak besar itu. Lebih kurang 30 minit juga pemancing itu berentap dengan ikan yang memakan umpannya itu. Apabila pemancing itu berjaya mendaratkan ikan itu dilihat memang besar ikan itu. Lalu pemancing itu pun membawa pulang ikan itu sebagai hasil tangkapannya pada hari itu. Dipertengahan jalan ke rumah si pemancing ikan itu beliau singgah di rumah seorang ustaz PAS, lalu beliau meminta pandangan daripada ustaz itu tentang hasil tangkapannya itu. Ustaz PAS itu memberi pandangan bahawa ikan itu HARAM dan perlu dibuang tanpa memeriksa dulu ikan itu. Si pemancing ikan itu berasa sedih lalu beliau pun berjalan keluar dari rumah ustaz itu dengan bersama-sama ikan yang ditangkapnya sambil menoleh muka ustaz PAS itu. Ustaz PAS itu berasa kehairanan lalu ditanya kepada Si pemancing ikan itu "Kenapa hang tengok muka aku ni". Jawab Si pemancing itu dengan seraya berkata "Kalau ustaz kata HALAL tadi saya nak bagi sedikit ikan ni kat ustaz" tapi "Ustaz dah kata HARAM takpe lah. Dengan pantas ustaz PAS itu memegang tangan Si pemancing itu dan menarik semula Si pemancing itu masuk semula ke dalam rumahnya.
Kesimpulannya bahawa PARTI PAS diibaratkan seperti Ustaz PAS tersebut manakala PARTI DAP diibaratkan seperti Si Pemancing Ikan. Dimana sekiranya Matlamat Perjuangan PARTI PAS perlukan Cara HARAM maka PARTI PAS akan menghalalkannya. Ini yang dikatakan sebagai MENJUAL AKIDAH DIRI SENDIRI DAN BANGSA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan