Majlis Syura PAS Putuskan Hubungan Dengan DAP Secara Rasmi
Majlis Syura Ulama (MSU) PAS semalam akhirnya mengambil keputusan muktamad memutuskan hubungan kerjasamanya dengan DAP, sebulan selepas muktamar parti itu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama tersebut awal bulan lalu.Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, MSU kesal dengan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat (PR) serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.
Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa, katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 11 Julai, 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan