# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Jumaat, 31 Julai 2015

CAKAP JANGAN SEBARANG CAKAP

Tak sampai 1 minggu dilantik jadi Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianat kepada parti.

Siapa sebenarnya pengkhianat parti ? buruk sunguh perangai Pemimpin masakini bila dapat sedikit habuan maka bersuaranya saperti ulama, setiap yang menjadi pemimpin tetap ada jasanya jangan menghina sesama kita.

Khamis, 30 Julai 2015

KENYATAAN YANG BOLIH MEROSAKAN UMNO

Perlukah Ds Najib pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno untuk hentikan pemerontakan ahli akar umbi saperti disarankan oleh seorang bekas Menteri yang terencat akal Ts Zainudin Maidin dan saranan ini bagi saya bukan jalan penyelesaian kepada kes pemencatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Setakat ini kita belum lihat ada pemerontakan yang akan dibuat malah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah menyataakan beliau redha dengan apa yang terjadi padanya, saya juga tidak faham dengan bekas Menteri terencat akal ini sepatutnya dalam suasana sekarang kemuka kan cadangan yang baik kepada Kerajaan dan Pemimpin parti politik untuk menyelesaikan masalah masakini bukan jadi batu api kepada keadaan.

Kenyataan Bekas Menteri Terencat Akal
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan selain memecat Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan,

Walaupun dipecat daripada Kabinet, Ts Muhyiddin masih Timbalan Presiden Umno serta mempunyai kuasa menggunakan saluran parti jika mahu melawan semula Ds Najib dan Ds Najib perlu melakukannya dengan segera selepas tekanan lebih kuat apabila tersebarnya klip video semalam menunjukkan Muhyiddin mengatakan Perdana Menteri mengaku AS$700 juta (RM2.6 bilion) masuk ke dalam akaun peribadinya.

"Langkah pertama yang Najib akan ambil adalah pecat Muhyiddin daripada timbalan presiden Umno"

Selasa, 28 Julai 2015

DS ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI

TERKINI: ZAHID SAH TIMBALAN PM.....

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang baharu mengggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kekal menjadi Menteri Dalam Negeri dalam satu rombakan kabinet yang diumumkan sebentar tadi.

Selain Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafiee Apdal turut digugurkan dari barisan kabinet yang baru.

Datuk Seri G Palanievel dan Hassan Malek turut digugurkan sebagai Menteri.

Kota Belud mendapat dua menteri apabila Datuk Seri Panglima Senator Salleh Tun Said Keruak dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru. Sebelum ini Ahli Parlimen Kota Belud merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan dipecah dua semula kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

KABINET PENUH :

YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan

YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Pengangkutan

YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
Menteri Kesihatan

YB DATO’ MAH SIEW KEONG
Menteri di JPM

YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
Menteri Pertahanan

YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

YB DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS
Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

YB DATO’ SRI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan II

YB DATO’ SRI ANIFAH BIN AMAN
Menteri Luar Negeri

YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)
Menteri di JPM

YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA
Menteri di JPM

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
Menteri di JPM

YB DATUK WILFRED MADIUS TANGAU
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

YB DATO’ SRI HAJAH ROHANI BINTI HAJI ABDUL KARIM
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN
Menteri di JPM

YB DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN YUSOF
Menteri Kerja Raya

YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM
Menteri Sumber Manusia

YB DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan

YB DATO’ SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH
Menteri Pengajian Tinggi

YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM
Menteri di JPM

YB SENATOR DATUK PAUL LOW SENG KUAN
Menteri di JPM

YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Menteri Belia Dan Sukan

YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

YB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI
Menteri di JPM

YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID OMAR
Menteri di JPM

YB DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri di JPM

YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDIN
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID
Menteri Pendidikan

YB SENATOR DATUK SERI PANGLIMA DR. MOHD. SALLEH BIN TUN SAID KERUAK
Menteri Komunikasi Dan Multimedia

YB DATO’ SRI AZALINA BINTI DATO’ OTHMAN SAID
Menteri di JPM

YB DATO’ SERI ONG KA CHUAN
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri II

YB DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri di JPM

YB DATUK CHUA TEE YONG
Timbalan Menteri Kewangan

YB DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Timbalan Menteri Kewangan

YB DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED
Timbalan Menteri Dalam Negeri

YB TUAN MASIR ANAK KUJAT
Timbalan Menteri Dalam Negeri

YB DATUK AB. AZIZ BIN KAPRAWI
Timbalan Menteri Pengangkutan

YB DATO’ SERI DR. HILMI BIN YAHAYA
Timbalan Menteri Kesihatan

YB DATUK MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN
Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan

YB DATO’ WIRA MOHD JOHARI BIN BAHARUM
Timbalan Menteri Pertahanan

YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB SENATOR DATO’ LEE CHEE LEONG
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB DATO’ SRI DR. JAMES DAWOS MAMIT
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

YB DATO’ SRI HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATO’ SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN
Timbalan Menteri Luar Negeri

YB SENATOR DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)

YB DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

YB DATUK HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA MOHD DUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB SENATOR DATIN PADUKA CHEW MEI FUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB DATUK ROSNAH BINTI HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN
Timbalan Menteri Kerja Raya

YB DATO’ SRI HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB
Timbalan Menteri Sumber Manusia

YB SENATOR DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

YB DATUK YAP KAIN CHING @ MARY YAP KEN JIN
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

YB DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN
Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

YB DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

YB SENATOR DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

YB DATUK IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI
Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

YB TUAN P. KAMALANATHAN a/l P. PANCHANATHAN
Timbalan Menteri Pendidikan

YB SENATOR TUAN CHONG SIN WOON
Tiimbalan Menteri Pendidikan

YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN



KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015

PENGKHIANAT DAPAT KUASA

Makhluk perosak Umno sedang merosakan perjuangan orang melayu dan penyerahan jawatan kepada pengkhianat sedang berjalan. Tunggu dan lihat apa akan berlaku selepas ini apabila yang bernama pengkhianat dapat kuasa.

KEPUTUSAN YANG SUKAR DITERIMA

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu hari ini, dan pada masa sama akan mengekalkan portfolionya sekarang sebagai menteri dalam negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman tersebut hari ini dalam satu siaran secara langsung.

Najib turut mengumumkan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya, menyifatkannya satu "keputusan amat sukar" tetapi terpaksa dilakukan bagi memastikan Kabinet bergerak sebagai satu pasukan.

OTAK MANUSIA NAFSU BINATANG

JIKA Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui rombakan kabinet bukanlah satu kerja mudah buat Ds Najib dan sebaliknya Ds Najib berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan.

Jika ada calon yang diangap layak yang terdiri dari Naib-Naib Presiden tak semestinya Ds Zahid dan Ds Hishamuddin dianggap layak oleh Ds Najib.

Ahad, 26 Julai 2015

SIAPA SEBENARNYA MENOLAK ISLAM ?


Benarkah orang Melayu mudah menerima bulat-bulat sesuatu. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam

Inilah sikap Pemimpin dan penyokong parti Pas satu ketika dahulu dan sekarang apa telah berlaku mana kafir harbi Dap yang pernah mereka agong-agongkan.

Selasa, 21 Julai 2015

BOIKOT LOWYAT

LOW YAT 
Khabarnya Low Yat adala kepunyaan BERJAYA Group dan bila sebut sahaja nama Berjaya Group pastinya seorang Pemimpin hebat Umno memiliki saham dan lihat saja apabila terjadi pergaduhan dia lah orang pertama yang sibuk buat lawatan ke Low Yat.

Dengan adanya Pemimpin sebegini juga melayu-melayu yang menjadi anjing belaan cina maka sudah pasti bangsa dan anak muda melayu sukar kehadapan untuk menuntut hak jika mereka tertipu, lebih malang lagi bila ada pihak berkuasa tertentu bertindak melindungi pihak yang melakukan penipuan dan membuat kenyataan yang memburukan pihak yang menuntut hak mereka.

Jika begini sikap Pemimpin melayu masakini saya secara peribadi melihat melayu akan hilang hak disebabkan negara memiliki Pemimpin yang korap.

Khamis, 16 Julai 2015

PERUTUSAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DATO IBRAHIM ALI PRESIDEN PERKASA MALAYSIA


KENYATAAN PERUTUSAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI PRESIDEN PERKASA DATO IBRAHIM ALI

Sempena kedatangan Syawal, bagi seluruh Pimpinan dan Warga Perkasa di dalam mahupun di luar negara, izinkan Perkasa mengucapkan, “SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI – MAAF ZAHIR BATIN,” buat seluruh umat islam dan diiringi doa semoga ibadah di bulan Ramadhan mabrur serta mendapat keampunan Allah SWT.

Dalam pada kita bergembira meniti hari lembaran, pelbagai peristiwa yang mendukacitakan telah berlaku di negara kita Malaysia yang dicintai ini. Kehilangan MH370, MH17 ditembak jatuh, banjir besar di Pantai Timur, gempa bumi di Sabah dan kegelisahan rakyat tentang kos kehidupan yang semakin meningkat serta pelbagai isu lain kita lalui.

Marilah kita bersama memainkan peranan yang pro aktif semoga negara kita Malaysia terus aman makmur dan stabil sebagaimana yang pernah kita nikmati sebelum ini, sejak merdeka. Justeru itu, umat islam yang merupakan golongan majoriti yang menjadi umat dominan yang boleh menentukan kesejahteraan negara. Negara selamat pastinya rakyat akan selamat.

Kita semua tahu sejarah bagaimana terbentuknya Asas Perlembagaan Negara (Fasal 153) bagi merealisasi kemerdekaan dan seterusnya terbina negara Malaysia pada 16 September 1963. Setelah ujian dan cabaran yang dilalui sebagai negara berbilang kaum bukan bumiputera, maka lahir PRINSIP RUKUN NEGARA selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969.

Kelangsungan negara berjalan dengan baik melalui demokrasi terpimpin sehingga Malaysia menjadi negara islam contoh dan negara membangun dunia ke -3 yang paling maju dan progresif. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka menjadi negara maju namun rentetan peristiwa beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan keadaan dalam negara agak tidak tenteram. Semua berlaku akibat keghairahan perebutan kuasa politik.

Lantaran itu, negara dan perpaduan rakyat kembali terancam yang menyaksikan Agama Persekutuan digugat dan dihina dengan pelbagai cara, Institusi Raja dicabar dan Asas Perlembagaan mula ‘dipijak’ dengan melupakan sejarah dan kerangka negara yang dibina. Slogan 1 Malaysia diterjemah sebagai ‘Malaysian Malaysia’ manakala umat Melayu islam dan bumiputera makin dihimpit dan jurang ekonomi antara kaum makin melebar.

Tergugatnya kaum majoriti bumiputera yang merupakan kaum dominan sudah tentu tidak membantu kepada kestabilan dan keselamatan negara jangka panjang. Atas prinsip inilah Perkasa mahu keadilan kek ekonomi diagih secara adil antara kaum dan bukan setakat dasar membantu kaum ikut keperluan tetapi jurang ekonomi negara mesti diagih dengan adil serta selaras dengan jumlah kaum yang menjadi rakyat Malaysia.

Perkara ini mesti diperbetulkan dengan dasar-dasar yang tegas. Umat islam yang merupakan umat Melayu wajib bersatu dan meningkatkan azam serta semangat menuntut Hak Keistimewaan Melayu yang menjamin Perlembagaan Negara dilaksanakan atau tidak. Dilebur dan dihapus ‘secara halus’ Perlaksanaan Dasar-Dasar Ekonomi terkini dari segi kandungan Dasar dan Program yang tidak mencerminkan Dasar Ekonomi Bumiputera sebagai Agenda Nasional. Ianya lebih kepada retorik dan bukan realiti dari segi perlaksanaan.

Perkasa ‘ tidak senang hati’ dengan kandungan RMK 11 walaupun pihak EPU cuba memberi penjelasan melalui surat kepada saya yang ditandatangani oleh Dato’ Seri Wahid, yang bertanggungjawab dalam EPU. Perkasa akan respon kepada jawapan tersebut.

Dengan ini, sempena sambutan Aidil Fitri, Perkasa menyeru kepada seluruh umat islam agar bersatu atas prinsip, ’Bersatu Teguh Bercerai Roboh’, dan memainkan peranan membantu ke arah menstabilkan perpaduan antara kaum. Perpaduan umah adalah teras kepada perpaduan antara kaum. Perpecahan umah diibaratkan seperti ‘seekor kura-kura meniti di atas pokok yang condong’. Tegakkan pokok untuk menjadi payung perpaduan dan memperjuangkan serta mempertahankan hak yang sah dengan takbir Hari Raya sesemarak mungkin sebagai semangat jihad melalui perpaduan.

Maaf Zahir dan Batin

Dato’ Ibrahim Ali
Presiden Perkasa Malaysia.

Sabtu, 11 Julai 2015

Hum Saath Saath Hain - Yeh To Sach Hai (Eng Subs)

FIKIR FIKIRKAN WAHAI YANG BERNAMA MELAYU

FIKIR FIKIRKAN WAHAI YANG BERNAMA MELAYU

LIM KIT SIANG sungguh istiqomah dan determined untuk menawan Malaysia. Buku Time Bombs in Malaysia harus dibaca secara tersirat. Sejak 70an lagi semua kerajaan buat tak betul – korup dan tak cekap. Erti kata kerajaan pimpinan Melayu ini bodoh! Sampai hari ini DAP masih menanam kepercayaan itu sampaikan anak anak Melayu pun dah tak sanjung pemimpin pemimpin Melayu!

SAYA selalu ingatkan orang kita jaga-jaga dengan DAP. Mereka penuh dengan muslihat. Mereka licik.

Gerak-geri mereka kini bukan macam dulu semasa tiada kuasa. Mereka kini cukup strategik.

Penasihat mereka hebat-hebat. Bukan dari dalam negara saja, dari luar pun ada. Mereka cukup determined untuk perintah Malaysia. Negara lain yang baik dengan parti itu pun mahu melihat regime change ini berlaku.

Semasa orang-orang kita sengketa sesama sendiri, DAP bergerak ke sana ke mari.

Sehinggakan ke Mesir pun mereka pergi membawa ideologi “sama-rata” dan mempersoalkan mengapa terlalu ramai pelajar Melayu belajar perubatan di sana. Mengapakah tiada bangsa lain? Mengapa DAP tiba-tiba beria-ia mahu ke Mesir? Jika tak percaya apa yang dipersoalkan oleh DAP itu cuba tanya dengan kedutaan kita di Kaherah?

Dengan konfiden mereka ke Kelantan pula memberi bantuan perumahan kepada mangsa banjir dan menerima masuk Sasterawan Negara yang keliru, Pak Samad Said, ke dalam DAP. Ini berlaku semasa kononnya pakatan sudah mati!

Siapa kata pakatan pembangkang sedang berpecah. Yang berpecah ialah orang Melayu. Itulah pun yang DAP mahu lihat.

Pasma, pecahan Pas dibentuk bagi memecahbelahkan orang Melayu. Tajaan dari siapa agaknya Pasma?

Hakikatnya dalam politik Malaysia ini hanya ada dua parti Melayu sahaja, iaitu UMNO dan Pas.

Jika tidak boleh pecahkan UMNO, pecahkan Pas.

Yang pasti DAP cukup marah kerana geng-geng mereka kalah habis dalam Pas. Mat Sabu gagal menjalankan misinya.

Yang bersungguh-sungguh sangat mengisytiharkan pakatan pembangkang sudah pecah adalah Kit Siang, anaknya Guan Eng, sekongkolan mereka Mat Sabu dan kenyataan terbaharu Wan Azizah.

Terus terang saya katakan, saya cuak dengan mereka semua.

Mereka sedang membuat satu perang yang cukup mengelirukan.

Tentera semut sedang bekerja

Seperti projek Tanjung bagi menawan Pulau Pinang dulu, setiap kali semasa pilihan raya Kit Siang dengan muka selamba akan terus menerus berkata kepada para pengundi “kami susah mahu menumbangkan BN.” Akhirnya taktik songsangnya berjaya.

DAP penuh dengan muslihat. Anwar Ibrahim yang sedang merengkuk dalam penjara pun bukan asyik tidur sahaja. Dia juga sedang merancang strategi. Dia sedang bekerja!

Operasi perang saraf reverse-psychology mereka cukup halus. Mereka cukup terancang. Sasaran mereka adalah PRU-14. Malaysia mesti ditawan.

Semasa UMNO, BN, kerajaan dan pucuk pimpinan sedang bersilat dan ditolak ke dinding dengan isu 1MDB, mereka sedang mengatur langkah. Isu ke mana perginya wang berbilion-bilion dalam Selangor Inc. dilupakan sama sekali.

Rafizi, Tony Pua diberi peranan mengharubirukan keadaan melalui isu 1MDB. Dalam masa yang sama, tentera semut mereka pun sedang membuat kerja operatif — secara senyap.

Oleh itu, orang UMNO yang percaya sangat pakatan pembangkang sudah mati jangan seronok sangat ya.

Semut-semut itu dan jeneral-jeneralnya bekerja 24/7, termasuk dari dalam penjara!

SEDARLAH WAHAI UMAT MELAYU



KENYATAAN

KETUA PENERANGAN PAS

PULAU PINANG

MOHD YUSNI MOHD DIAH


Lim Guan Eng diingatkan supaya tidak terlalu sombong dan angkuh kerana kerajaan Pulau Pinang terbentuk hasil kerja keras penyokong Pas.Perlu diingat Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan tertegak jika sekiranya Dap tidak membentuk kerjasama dengan Pas. Sedangkan kemenangan itu diraih hasil titik peluh para petugas khususnya ahli-ahli Pas yang bertungkus lumus bekerja menentang UMNO-BN.

Saya kasian melihat telatah Pemimpin dan penyokong Parti Ajaran Sesat Pas setelah Cina komunis Dap berjaya menjadikan mereka anjing belaan pada Pru ke 12 dan Pru 13 dan Dap berjaya merampas Pulau Pinang dan Selangor akhirnya yang menjadi anjing belaan dihalau.

Inilah pembalasan dari ALLAH akibat penghinaan Pemimpin dan penyokong dari Parti Ajaran Sesat Pas terlalu menghina Parti Keramat UMNO, seburuk-buruk Parti Umno sudah banyak jasanya pada rakyat tapi apa jasa pakatan haram Pas, Pkr dan Dap Laknattullah pada Agama , Bangsa dan Negara ini.

Melihat kepada situasi Melayu masa kini, perpecahan yang semakin menakutkan, rosaknya Melayu, kerana Melayu, bukan orang lain.Kita memilih untuk berbangga dengan masa lalu, tetapi tidak pernah risau dengan masa kini dan akan datang.

Ingatlah wahai umat melayu, Wahai Melayu, cepatlah bertaubat, sebelum terlambat. Masa semakin singkat. Tak banyak yang boleh dibuat. Sebab bangsa lain dah banyak yang dapat.Hari ini ramai umat melayu berbalah kerana mempertahankan musuh Islam, seperti yang berlaku dalam Pas dan Pkr.

Kepada yang bergelar Pemimpin buatlah kerja untuk rakyat, Jangan biarkan mereka hidup melarat dan merempat. Jadikan mereka bangsa melayu yang hebat, bangsa berdarjat, di bumi berdaulat.

PAS BERCERAI DENGAN DAP

Majlis Syura PAS Putuskan Hubungan Dengan DAP Secara Rasmi
Majlis Syura Ulama (MSU) PAS semalam akhirnya mengambil keputusan muktamad memutuskan hubungan kerjasamanya dengan DAP, sebulan selepas muktamar parti itu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama tersebut awal bulan lalu.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, MSU kesal dengan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat (PR) serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.

Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa, katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 11 Julai, 2015.

Isnin, 6 Julai 2015

JANGAN PERCAYA PEMIMPIN ULARmak PAS

Dap menyuarakan rasa terkejut apabila Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din mempertahankan Ds Najib, Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng berkata, melahirkan rasa terkejut kerana Haron mempertahankan Najib dengan mengatakan artikel The Wall Street Journal sebagai tidak logik.

Saya juga ingin menasihatkan Ds Najib dan Pemimpin Umno walau apa cara sokongan dari Pas hendaklah berhati-hati mereka pemimpin Pas selalu berminat untuk menangguk diair keruh berhati- hati dengan ULARmak Pas mereka telah disesatkan oleh Dap dan sekarang mereka akan menyesat kan Umno pula jika kita tidak berhati-hati.

APAKAH MELAYU DAH MULA BANGKIT ? ? ?

Serangan sekumpulan samseng di sebuah kopitiam di Masai, Johor hari ini adalah kejadian ganas pertama dialami Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam kerjaya politiknya yang menjangkau hampir setengah abad.

Saya juga nak memberi tahu Lim Kit Siang dan Pemimpin-Pemimpin Dap yang lain bahawa orang melayu juga masih tidak lupa peristiwa 13 May yang dimulakan oleh Dap dan terbaru Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang juga mencabar orang melayu kalau berani cetuskan semula 13 May kerana orang cina Dap tidak takut, mohon kepada Pemimpin Dap jangan diganggu harimau yang sedang tidur.

BERANIKAH PAS PULAU PINANG SAMAN DAP

PAS Pulau Pinang akan menyaman kerajaan negeri Pulau Pinang ekoran pemecatan wakil parti itu dalam kerajaan negeri yang didakwa dilakukan tanpa mengikut prosedur.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memfailkan saman itu.

Hanya melayu dalam Pas yang ada telor sahaja berani menentang Dap tapi apa yang kita tahu kebanyakan melayu Pas tunduk dan menyembah pemimpin Dap kerana pemimpin Dap bagi mereka ALLAH kedua bagi pemimpin dan penyokong Pas.

Rabu, 1 Julai 2015

MELAYU OH MELAYU

Melayu perlukan pemimpin yang bolih mensejahterakan orang Melayu
Melayu perlukan pemimpin yang berjuang untuk orang Melayu
Melayu perlukan pemimpin yang bolih memperjuangkan Islam
Melayu perlukan pemimpin yang berani dan tegas
Melayu perlukan pemimpin yang berjuang diatas kebenaran
Melayu perlukan pemimpin yang ikhlas berjuang demi Melayu dan Islam.

PENYATUAN MELAYU

Penyatuan Melayu hanya akan berlaku jika para Pemimpin Melayu bersedia bersikap terbuka dan bersedia untuk memaafkan antara satu sama lain, Selagi tidak ada sifat keterbukaan ini admin tidak nampak ada ruang ke arah penyatuan ummah.,Pelbagai salah laku yang dibuat oleh Pemimpin hari ini yang membuatkan rakyat sudah muak dan benci, Kepada Pemimpin harus bersedia untuk berubah jika ingin terus relevan dan tidak rebah, Tidak guna Pemimpin melaungkan Perjuangan sesebuah Parti jika mereka tidak bersedia untuk bekerjasama dan saling berkorban.

SANGGUP GADAI MARUAH













Cara orang Melayu berpolitik amat merugikan mereka terlalu berpolitik, Politik untuk berkuasa untuk kekalkan kuasa mereka akan lakukan apa sahaja termasuk menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara. Asalkan dapat berkuasa, kita akan beri apa sahaja, termasuk perkara yang menjadi milik kita. Tanah rezab Melayu hilang entah ke mana.

Pemimpin Umno Takut Bayang-Bayang Sendiri


Pemimpin Umno Takut Bayang-Bayang Sendiri
Utusan Malaysia menyifatkan penangguhan pemilihan Umno langkah tepat memandangkan kebanyakan Pemimpin Parti itu masih lagi dibelenggu sindrom "Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri".

Pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar berkata, dalam Umno sendiri wujud perpecahan kerana terlalu mahu mempertahankan atau merebut jawatan sehingga melihat kehadiran "Orang Baru" sebagai saingan.

Kewujudan orang baru dalam satu-satu bahagian bukan dianggap satu rahmat sebaliknya menggugat kedudukan orang lama. Sindrom takut kepada bayang-bayang ini turut merebak di peringkat negeri.

Ulasan peribadi saya
Kerana begitulah situasinya maka dengan menangguhkan pemilihan sebenarnya demi menyelamatkan kedudukan dan kuasa yang sedang dimiliki tetapi berkemungkinan Umno juga akan rosak jika mahu Umno selamat Perwakilan pilih yang mana WANG . . . BANGSA