# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #
# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.
# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #
# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #
# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#
Rabu, 2 Julai 2014
Siapa Sebenarnya Musuh BN
Kepimpinan Mca dilantik semula ke kabinet atas rasa belas kasihan Ds Najib Razak dan Mca sebenarnya tidak sedikit pun menginsafi prestasi buruknya penerimaan orang Cina terhadap parti itu dalam pilihan raya umum ke 12 dan ke 13 yang lalu.
Mca seharusnya sedar diri bahawa ia tidak akan dapat menyaingi kepimpinan Dap memainkan sentimen perkauman kerana Mca terikat dengan dasar komponen dan persetujuan bersama sejak sebelum merdeka. Dengan tindakan Mca mengkritik kerajaan Bn yang dianggotainya bermakna Mca sebenarnya meruntuhkan imejnya sendiri di kalangan masyarakat Cina.
Kalau dilihat beginilah sikap Mca kebelakangan ini terutama selepas Pru Pru 13 sebaiknya pemimpin Umno atas dasar Politik masakini sebaiknya Bn menerima Dap sebagai rakan Politik rasanya lebih dan bermakna buat Bn dan LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN MUSUH YANG KITA KENAL DARI MUSUH YANG ADA DALAM SELIMUT.
Mungkin ada yang berkata bahawa kenyataan saya ini tidak mencerminkan erti perjuangan sebenar tapi kita juga perlu ingat bahawa kaum Cina sekarang ini tidak lagi mahu jawatan Timbalan Menteri atau pun Menteri tetapi mereka bersepakat diantara Mca, Gerakan dan Dap mereka mahu pastikan kerusi Perdana Menteri, kerusi Timbalan Perdana Menteri, kerusi Menteri Kewangan, kerusi Menteri Dalam Negeri, kerusi Menteri Pelajaran, kerusi Menteri Pertahanan serta semua kerusi Menteri Besar dan semua kerusi yang penting-penting mesti milik mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan