Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini secara menyindir mengulas kenyataan Ds Najib bahawa sesebuah Negara memerlukan kepempimpinan yang kuat. Saya rasa Najib sendiri yang kata kita memerlukan Pemimpin yang kuat.
Katanya lagi apa kelayakan seorang Pemimpin yang kuat ?
Pemimpin yang kuat berkemampuan dan sanggup untuk menentang tekanan asing dan juga mempertahankan kepentingan Negara. Jika sesaorang Pemimpin itu tidak berbuat demikian, bermakna Pemimpin tersebut tidak boleh dianggap sebagai Pemimpin yang kuat.
Bagi saya secara peribadi tidak bolih mengangap Ds Najib sebagai seorang Pemimpin yang kuat, kalau benar Ds Najib benar-benar kuat Akta Keselamat Dalam Negeri ISA pastinya tidak dimansuhkan dan sekarang beliau dalam proses untuk memansuhkan Akta Hasutan pula.
ISA dimansuhkan kerana desakan Parti Pembangkang dalam Negara itu pun Ds Najib tidak mampu mempertahankan nya bagaimana kalau ada desakan dari luar Negara ? untuk jawapan sebenarnya Ds Najib bukan seorang Pemimpin yang kuat setakat masakini, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini tetapi inilah hakikat sebenar apa yang sedang berlaku dinegara ini sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan