# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Jumaat, 25 Julai 2014

Menteri Besar Selangor

Ramai yang memuji Ds Najib kerana berjaya berunding dengan kumpulan pemisah Ukraine dalam isu MH17 dan saya pula ingin memuji Ds Anwar Ibrahim kerana berjaya meletakan seorang wanita sebagai Menteri Besar pertama dinegara Malaysia ini.

Seperti kata seorang sahabat kepada saya hari ini bahawa dalam masa yang agak singkat parti yang dipimpin oleh Ds Anwar telah berjaya mengangkat seorang wanita menjadi Menteri Besar sedangkan kelahiran Umno melebihi enam puluh tahun tapi pemimpin Umno tidak mampu untuk mengangkat seorang wanita sebagai Menteri Besar.

Sendiri Buat Sendiri Tanggong

Demi menjaga kepentingan peneroka yang menyumbang kepada perkembangan Felda, Ahli Lembaga Felda sudah putuskan siapa yang memfailkan saman kepada Felda dan agensi tanah itu tidak akan mendapat dividen akhir Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dan wang saguhati hari raya.

Dengan tindakan Felda ini kira-kira 50 peneroka Felda Gugusan Bera dan Rompin telah membuat laporan polis kerana mendakwa dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir RM1,000.

Inilah sikap muka tak malu penyokong pakatan haram Pr sanggup saman Felda tapi bila tak dapat dividen dan sagu hati menyalak pula.

Amal Team Perak

Assalamualaikum sahabat FB sekelian secara peribadi saya begitu teruja dengan sebuah Pertubuhan yang bernama AMAL TEAM PERAK yang berusaha mendapatkan sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada insan yang memerlukan, saranan saya kepada yang yang ingin menyumbang sila hubungi 2 penama saperti didalam gambar yang disertakan.

Rakan FB sila Copypaste dan majukan kepada FB rakan-rakan Tk.

Rabu, 16 Julai 2014

Cerita Panas Harian Brunei


Baca kerana ini penting
Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 tahun dapan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jgn nampak bentuk b/dada, pakaian jgn fit/hanging, klu pakai seluar jgn fit.
Boleh kena dakwa tu. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198 

(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan
gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.

KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini
KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya
hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa
kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau

(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Melayu Baik

MELAYU MEMANG TERSANGAT BAIK dalam Negara Malaysia ini, tak akan jumpa dalam dunia bangsa yang sebaik Bangsa Melayu. Dalam Pertubuhan Politik tak akan jumpa dalam dunia sebuah Parti Politik sebaik Parti Umno, saya berani berkata sampai Kiamat Dunia ini pun kita tak akan jumpa baiknya manusia bernama Melayu. Cuba tengok Umno, walau pun Mca itu kalah kerana ditolak oleh bangsa Cina yang cuba diwakili oleh Mca pada PRU 12 dan Pru 13

Tetapi Umno sanggup menyembah Parti Mca dan merayu supaya Parti Mca menyertai kabinet walau pun ada Pemimpin Mca yang mahu keluar dari Bn jika Umno menerima hukum Hudud. Dimana nak cari satu bangsa yang baik sebegini. Andai kata kalau Bn itu diterajui oleh Parti Mca dan Umno kalah KO dalam Pru adakah Parti Mca akan menyembah Umno dan merayu supaya Umno masuk kabinet saperti mana apa yang Parti Umno buat sekarang ? ? ? Jawablah siapa yang tahu akan jawapan sebenar

Hari Ini Dalam Sejarah


Masih ingat tak lagi pada 22 Ogos 2010 (10 Ramadhan) Teo Ning Ching (DAP Serdang ketika itu) telah masuk memberi Tazkirah di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Teo Ning Ching bertindak masuk ke ruang utama solat.Menurut surah At-Taubah ayat 28, bukan Islam tidak dibenarkan masuk masjid. Sudahlah tidak tutup aurat, DAP pijak pula ruang utama umat Islam bersolat ?

Masih ingat tak lagi pada 22 Ogos 2010 (10 Ramadhan) Teo Ning Ching (DAP Serdang ketika itu) telah masuk memberi Tazkirah di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Teo Ning Ching bertindak masuk ke ruang utama solat.Menurut surah At-Taubah ayat 28, bukan Islam tidak dibenarkan masuk masjid. Sudahlah tidak tutup aurat, DAP pijak pula ruang utama umat Islam bersolat ?

Mamapukah Mca, Gerakan dan Mic Menebus Maruah Mereka Di Dun Ini



Fakta Yang Melayu Mesti Tahu

Tahun 1999 Tun Mahathir telah menyelamatkan Ekonomi Malaysia dari kerosakan yang dilakukan oleh Anuwar Ibrahim. Perniagaan Cina yang hampir lumpuh telah diselamatkan oleh Kerajaan atas kebijaksaan TunMahathir dan Tun Daim. Dan kerana itu kaum Cina telah berterima kasih dengan memberi undi solid kepada Umno/Bn.

Tahun 2008-2013, Ekonomi Malaysia juga telah dibaik pulih oleh Ds Najib dari kemelesetan yang disebabkan oleh Amerika, perniagaan Cina juga sedikit sebanyak tidak terjejas kerana kebijaksanaan Ds Najib membendung masalah Ekonomi dari terus melarat dengan mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi. Tapi apa yang kaum Cina beri untuk Ds Najib ??? Itu pun nasib baik tidak ada peniaga bangsa Cina yang mampus bunuh diri sebab tak cukup makan atau jatuh bangkrap. Mereka tak bunuh diri, tapi sebenarnya mereka cuba nak BUNUH Ds Najib serta Umno/Bn.

Bila Lagi Wahai Peguam Negara


















Bila lagi Peguam Negara mahu mendakwa Adun Seri Delima RSN Rayer yang mengeluarkan kenyataan menghasut "UMNO CELAKA" pada 20hb Mei 2014 dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sekali lagi beliau mengulangi kenyataan tersebut ditempat awam yaitu dalam satu ceramah semasa kempen Prk Bukit Gelugur

Rakyat sekarang sedang memerhati gelagat Peguam Negara kebelakangan ini kerana membuat keputusan yang agak memihak kepada pihak-pihak tertentu, dan dalam kes ini nampak dengan jelas Peguam Negara bertindak berat sebelah kerana 15 orang yang bertindak menceroboh Dewan telah didakwa, sedar atau tidak Peguam Negara apa punca berlakunya pencerobohan.

Kalau Rayer tidak didakwa sepatutnya Peguam Negara letak jawatan jangan rosakan kedudukan Undang-Undang Negara ini kerana sebenarnya Negara ini milik rakyat bukan milik Pemimpin Politik atau pun Pegawai Kerajaan yang diberi amanah tetapi tidak bertanggong jawab diatas amanah yang diterima.

Sabtu, 12 Julai 2014

Wayang Siapa Pelakun Sebenar












PM Ds Najib lawatan untuk melihat sendiri isu gelandangan yang telah di jadikan isu Politik oleh mereka yang mencari makan dengan Politik maka bersuaralah seorang MP dari Parti Komunis Malaysia kononnya lawatan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah.

Tidak kurang hebarnya juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sewaktu melawat dan menyerahkan cek sebanyak Rm 20,000 kepada rumah kebajikan The Lighthouse yang memberi makan kepada gelandangan dan pada lawatan itu Lim Guan Eng tersentuh melihat golongan gelandangan makan dan pada masa yang sama beliau telah mengelap air matanya.

Lawatan PM dikatakan oleh MP Cina komunis tidak dapat menyelesaiakan masalah kini Parti Gerakan pula berkata air mata LGE hanya WAYANG dan Setiausaha Parti Gerakan Pulau Pinang menyifatkan Lim sebagai seorang PELAKON yang hebat dan katanya lagi Wayang sebegitu rupa oleh LGE tidak akan menyelesaikan masalah gelandangan.

Sebenarnya mereka yang berbangsa Cina berideologi komunis ini tak kira dari Dap, Gerakan mahu pun Mca sedang bermain wayang yang teramat hebat. Sebab saya berkata demikian KALAU tampa sokongan Cina Gerakan dan Cina Mca taubat Dap tak akan berjaya memerentah Pulau Pinang. # Ada Bantahan Dari Kenyataan Saya Ini ? ? ? #

Jumaat, 11 Julai 2014

Maksud Pemimpin Yang Kuat
















Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini secara menyindir mengulas kenyataan Ds Najib bahawa sesebuah Negara memerlukan kepempimpinan yang kuat. Saya rasa Najib sendiri yang kata kita memerlukan Pemimpin yang kuat.

Katanya lagi apa kelayakan seorang Pemimpin yang kuat ?
Pemimpin yang kuat berkemampuan dan sanggup untuk menentang tekanan asing dan juga mempertahankan kepentingan Negara. Jika sesaorang Pemimpin itu tidak berbuat demikian, bermakna Pemimpin tersebut tidak boleh dianggap sebagai Pemimpin yang kuat.

Bagi saya secara peribadi tidak bolih mengangap Ds Najib sebagai seorang Pemimpin yang kuat, kalau benar Ds Najib benar-benar kuat Akta Keselamat Dalam Negeri ISA pastinya tidak dimansuhkan dan sekarang beliau dalam proses untuk memansuhkan Akta Hasutan pula.

ISA dimansuhkan kerana desakan Parti Pembangkang dalam Negara itu pun Ds Najib tidak mampu mempertahankan nya bagaimana kalau ada desakan dari luar Negara ? untuk jawapan sebenarnya Ds Najib bukan seorang Pemimpin yang kuat setakat masakini, mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya ini tetapi inilah hakikat sebenar apa yang sedang berlaku dinegara ini sekarang.

Rabu, 9 Julai 2014

Mungkin Baru Bertemu Buku Dengan Ruas



















Sekalung tahniah buat bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan yang telah membuat satu laporan Polis dan beliau mengesa pihak berkuasa memulakan siasatan dan tindakan sewajarnya di bawah Akta Hasutan terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy atas kenyataan beliau yang bersifat menghasut.

Dr P Ramasamy pada 07/07/2014 dipetik berkata, Mic mungkin takut, Gerakan mungkin takut, Mca mungkin takut. Tapi biar saya katakan sekiranya kamu mahu kembalikan insiden 13 Mei bawalah. Jangan cakap sahaja. Setiap masa cakap pasal 13 Mei. 13 Mei. Cetuskanlah 13 Mei. Kamu mulakan 13 Mei, maka ini merupakan kali pertama Kerajaan memulakan 13 Mei.

Secara peribadi saya menyanjung tinggi sikap Tan Sri walau pun telah tamat perkhidmatan tapi masih ada tanggong jawab terhadap Negara, seingat saya belum ada sebelum ini seorang pun pegawai-pegawai tinggi pesara kerajaan yang tampil bersama rakyat untuk mempertahankan isi kandungan yang tercatat didalam Perlembagaan Persekutuan.

Sabtu, 5 Julai 2014

Mana Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Mana Wang Zakat


Isu mahu bersihkan KL dari orang Kelandangan dan peminta sedekah cadangan Menteri Wilayah sekali lagi rakyat dapat melihat kelemahan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, bermakna selama ini kementerian ini tidak menjalankan tugas mereka dengan baik kemana perginya wang peruntukan kerajaan kepada JKM.

Satu lagi persoalan yang timbul kemana perginya kutipan wang Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bernilai RM492.01 juta (kutipan tahun 2013) kenapa wang ini tidak digunakan untuk membantu umat Islam yang menjadi peminta sedekah ini.

Saya juga mendapat maklumat kebanyakan pembayar Zakat datang dari rakyat dan keseluruhan ahli Umno tetapi ahli Pas tidak membayar Zakat kepada Amil yang dilantik tetapi mereka membayarnya kepada Amil yang dilantik oleh parti tetapi yang hebatnya ahli Pas lah yang banyak dapat bantuan baitulmal

Jumaat, 4 Julai 2014

Pemimpin Gila Kuasa Sanggup Buat Apa Saja










Nama Perak Darul Ridzuan ditukar kepada Perak Aman Jaya oleh orang Politik terutama MB Perak dan kuncu-kuncunya, adakah nama Perak Aman Jaya ini mendapat restu Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan.

Lebih berkurang ajar lagi Pemimpin Politik masakini apabila dalam satu ceramah Politik sebelum Pru 13 di Kamunting sabuah parti Politik yang berideologi Komunis menyatakan Perak Darul Katun dan tidak ada tindakan yang diambil terhadap Pemimpin komunis yang kurang ajar ini kerana menghina Pemerentahan Tertinggi Negeri Perak.

Sebenarnya Yang Merosakan Negara dan Negeri Adalah Pemimpin Politik Yang Gila Kuasa Dan Wang.

Siapa Kucing Siapa Anjing


Dahulu PAS dan Dap ibarat kucing dengan anjing, tidak boleh bersama dalam satu sangkar. Namun sekarang segala-galanya telah berubah, Pas dan Dap boleh duduk, tidur, makan dan minum dalam satu sangkar. Dahulu mereka ini tidak boleh tinggal sekandang. Tetapi kini, bukan sahaja sekandang, mereka boleh berpeluk-peluk lebih erat daripada saudara sebangsa dan seagamanya. Apakah saudara sebangsa dan seagamanya mereka itu begitu hina berbanding dengan yang tidak seagama dengan mereka.

Untung Jadi Cina


Inilah akibatnya apabila orang Melayu berpolitik bukan kerana mahu menegakkan kesucian agama, tetapi berpolitik untuk mendapatkan undi atau matlamat menghalalkan cara. Teguran ini buat semua parti politik yang majoritinya orang Islam.

Kita terlalu mahu menjaga hati orang lain, sedangkan hati sesama sendiri dihiris, terhiris dan dilakukan dengan sengaja. Maka sudah ada orang melayu berkata dimalaysia sekarang lebih beruntung jadi bangsa Cina dari menjadi bangsa Melayu kerana menang satu kerusi Cina lima Cina yang lain jadi Menteri MAKA bersoraklah orang bukan Melayu mendengar kenyataan demi kenyataan pemimpin kita untuk menjaga dan melindungi hati mereka yang bukan Melayu.

Rabu, 2 Julai 2014

Cakap Mahu Keluar Bn Ds Najib Kasi Jawatan Menteri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau akan bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat Cina di negara ini iaitu hal ehwal kampung baharu serta industri kecil dan sederhana.

Soalan mudah saya bila lagi lu mahu bawa keluar Mca dari Bn sekarang ramai orang benci tengok lu punya muka bukan orang melayu saja benci tengok lu punya muka cina lagi banyak benci.

Siapa Sebenarnya Musuh BN


Kepimpinan Mca dilantik semula ke kabinet atas rasa belas kasihan Ds Najib Razak dan Mca sebenarnya tidak sedikit pun menginsafi prestasi buruknya penerimaan orang Cina terhadap parti itu dalam pilihan raya umum ke 12 dan ke 13 yang lalu.

Mca seharusnya sedar diri bahawa ia tidak akan dapat menyaingi kepimpinan Dap memainkan sentimen perkauman kerana Mca terikat dengan dasar komponen dan persetujuan bersama sejak sebelum merdeka. Dengan tindakan Mca mengkritik kerajaan Bn yang dianggotainya bermakna Mca sebenarnya meruntuhkan imejnya sendiri di kalangan masyarakat Cina.


Kalau dilihat beginilah sikap Mca kebelakangan ini terutama selepas Pru Pru 13 sebaiknya pemimpin Umno atas dasar Politik masakini sebaiknya Bn menerima Dap sebagai rakan Politik rasanya lebih dan bermakna buat Bn dan LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN MUSUH YANG KITA KENAL DARI MUSUH YANG ADA DALAM SELIMUT.

Mungkin ada yang berkata bahawa kenyataan saya ini tidak mencerminkan erti perjuangan sebenar tapi kita juga perlu ingat bahawa kaum Cina sekarang ini tidak lagi mahu jawatan Timbalan Menteri atau pun Menteri tetapi mereka bersepakat diantara Mca, Gerakan dan Dap mereka mahu pastikan kerusi Perdana Menteri, kerusi Timbalan Perdana Menteri, kerusi Menteri Kewangan, kerusi Menteri Dalam Negeri, kerusi Menteri Pelajaran, kerusi Menteri Pertahanan serta semua kerusi Menteri Besar dan semua kerusi yang penting-penting mesti milik mereka.

Perancangan Sulit Cina DAP


Sama ada kita orang Melayu sedar atau tidak Cina Dap telah merancang sejak dari penubuhan nya lagi untuk menjadikan Negara ini sebagai Negara ketuanan Cina dan Dap telah mengambil alih perananan Parti Komunis yang telah digagakan oleh kerajaan dalam usaha mereka untuk memerentah Negara ini, sebenarnya Dap tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan yang telah memakmurkan orang Cina dinegeri yang majoritinya orang Melayu dan apa saja dasar untuk memakmurkan orang Melayu telah ditentang habisan-habisan sejak puluhan tahunyang lalu.

Mereka sentiasa mengangap bangsa MELAYU BODOH konon nya kemajuan yang dinikmati oleh orang Melayu sekarang ini adalah hasil dari cukai dari orang Cina. Mereka juga berkata bahawa orang Melayu bolih dibeli dan orang Melayu juga banyak yang menerima Rasuah lebih memalukan lagi dengan hanya secawan kopi atau dengan wang RM 50.00 dan mereka juga tahu orang Melayu mudah lembut hatinya dan mudah terpedaya jika ada orang yang berbuat baik terhadapnya.

Kini mereka telah merancang untuk menguasai Gelang Patah, Pulai, Johor Bahru dan kulai kerana kawasan ini lubuk emas untuk orang Cina, Siapakah yang membangunkan kawasan ini ? Ini semua adalah jasa keringat pemimpin Melayu Johor. Jika matlamat Dap ini berjaya sudah pasti mereka akan membawa masuk ribuan Cina Singapura yang sedang kelaparan tanah dan rumah ke lubuk emas ini. Akhirnya melayu akan dihalau keluar secara rahsia ke pinggir kampung dan ini semua telah berlaku di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan terbaru sedang berlaku di Pulau Pinang.

Sebenarnya Dap berjaya memaksa Pas bertanding di Nusajaya untuk memecah undi Orang Melayu Gelang Patah dan Melayu pengkhianat dari Pas ini telah dengan bangganya sanggup menggadaikan maruah bangsa, dalam masa yang sama dihadapan orang Cina Dap bercakap dalam bahasa Cina dan mereka berkata bahawa MELAYU SAMPAH KITA TELAH BERSIHKAN DI PULAU PINANG DAN SEKARANG KITA MAHU BERSIHKAN SAMPAH MELAYU DINEGERI JOHOR PULA. Fikir-Fikirkan.