
Sejak awal lagi, apabila kerajaan lemah, berlaku serangan ke atas hak keistimewaan Melayu, Malaka, PERKASA muncul untuk mempertahankan Melayu. Orang Cina secara terbuka berkata mereka tidak akan menyokong BN kerana kami sokong PERKASA.
Mereka kata paling banyak BN akan mendapat 20 peratus undi (bukan Melayu). Tapi kita tidak boleh abai PERKASA kerana mereka menyokong kita.
Anda kata anda tidak mahu sokong kami (kerana kami meletakkan calon PERKASA), tapi jika kita tolak orang yang menyokong kita, BN akan berada di mana? Inilah reaksi kepada apa yang mereka katakan," katanya.

Mahathir berkata orang Cina, tidak seperti kumpulan imigran lain tidak mahu berasimilasi dengan warga tempatan, termasuk orang Melayu.
Anda (orang Cina) setuju sejak awal lagi bahawa asimiliasi tidak akan berlaku, tidak seperti orang dari negara Arab, Indonesia, India atau Pakistan yang berasimilasi ke dalam Malaya.
Anda (orang Cina) setuju sejak awal lagi bahawa asimiliasi tidak akan berlaku, maka anda boleh meneruskan budaya anda, bahasa anda dan agama anda.
Maka, anda tidak boleh menjadi sama seperti orang lain yang mengamalkan idea asimiliasi... Anda tidak boleh mengharapkan perkara yang sama jika anda tidak mahu berasimilasi.
Keadaan itu, menurut Mahathir, sama seperti di Amerika Syarikat, di mana golongan imigran perlu mengikrarkan taat setia kepada negara tersebut dan perlu berasimilasi dengan warga tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan