# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Ahad, 21 April 2013

AKAN DI AMBIL TINDAKAN JIKA SIASATAN DIDAPATI CUBA SABOTAJ PARTI


BN siasat calon tak serah borang penamaan
Calon BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, yang tidak menyerahkan borang penamaan calonnya bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), akan berdepan tindakan tegas termasuk dipecat keanggotaannya sekiranya tindakan itu dilakukan dengan sengaja.Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti gabungan itu akan menjalankan siasatan terhadap tindakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas itu.

Umno tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan parti termasuk tindakan sebotaj atau bertentangan dengan Perlembagaan Umno khususnya bagi memastikan kemenangan BN dalam PRU13.

Tindakannya itu menyebabkan penyandang, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Bebas bertarung satu lawan satu dengan anak Mursyidul Am PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.
Che Johan membuat kejutan apabila tidak menyerahkan borang penamaan calonnya di pusat penamaan calon Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas semalam, walaupun beliau dilihat berada di pusat berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan