
Perarakan Hijau merupakan kembara sejauh 300 kilometre dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebagai membantah loji memproses nadir bumi Lynas, dan kumpulan itu tiba di Dataran Merdeka pada 25 November selepas dua minggu perjalanan.Menurut Lee, Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah dipanggil untuk disoal siasat semalam.
Sementara itu pagi ini, Ahli Parlimen Subang Sivarasa yang juga seorang peguam, menemani Ishak ke balai polis Wangsa Maju sebagai peguamnya, tetapi beliau juga turut soalsiasat. Katanya, selepas kira-kira sejam disoalsiasat, walaupun polis berkata Ishak disoalsiasat sebagai saksi, tetapi beliau percaya soalannya bertujuan untuk mengaitkan beliau dengan penyertaan dalam perhimpunan haram.
Terus terang saya katakan, selepas kami mendengar kira-kira 40 soalan, Ishak tidak dipanggil sebagai saksi tetapi bakal menjadi orang yang dituduh.Tujuan soalan adalah jelas cuba untuk mendapatkan bukti bahawa Ishak terlibat dalam satu jenayah - perhimpunan haram di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan