Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, Tian Chua dua kali memberitahu Parlimen bahawa pihak berkuasa Perancis itu hanya menjalankan siasatan terhadap perkara itu, tetapi dia memberitahu orang ramai bahawa ada kes mahkamah berjalan di Perancis.

Menurut Azwanddin, Catatan pada 21 November dalam Hansard Dewan Rakyat memetik Tian Chua, yang juga naib presiden PKR, sebagai berkata -  bukan sekali tetapi dua kali - bahawa tiada kes mahkamah mengenai perkara itu.Oleh itu, Azwanddin mendakwa, Tian Chua dan Suaram mengelirukan orang ramai dengan memberitahu rakyat bahawa perkara itu telah dibawa ke mahkamah. 

Ini, tegasnya, terbukti bukan dari apa yang dikatakannya tetapi apa yang ahli parlimen tersebut kata di Parlimen seperti yang tercatat dalam Hansard.Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Azwanddin berkata muka surat 160 Hansard itu memetik Tian Chua  sebagai berkata, I tidak pernah sebut perbicaraan.

Manakala muka surat 161 pula, tambahnya, Tian Chua dipetik telah berkata, Saya tidak pernah kata Perancis ada perbicaraan.Bagaimanapun, kata Azwanddin, terdapat SMS yang beredar sejak tahun lalu bahawa terdapat perbicaraan di Perancis mengenai kes Scorpene dan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan disepina.