NGO Islam buat laporan polis terhadap Karpal, Donald Lim
Sebuah gabungan NGO Islam hari ini membuat laporan terhadap dua pemimpin politik kerana didakwa membuat kenyataan yang bersifat menghasut dan menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat awam tentang kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Laporan polis itu dibuat Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) - gabungan 40 NGO Islam - terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim.
Dalam laporannya, Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahya mendakwa kenyataan Karpal dilaporkan oleh The Malaysian Insider dan The Star Online.
Menurutnya, kenyataan tersebut disiarkan dengan tajuk "Hudud can't be implemented in secular Malaysia" dan "PAS defying constitution by declaring Islamic State".
Manakala kenyataan Donald pula dilaporkan dalam portalMalaysiakini.com, bertajuk "MCA Selangor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam".
Dalam laporan polis itu, Aminuddin mendakwa ketiga-tiga artikel berkenaan "berniat jahat serta mengelirukan masyarakat awam".
Laporan polis itu dibuat di ibupejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.05 petang tadi di mana Aminuddin mengetuai kira-kira 20 anggota NGO gabungan itu yang turut hadir untuk memberi sokongan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan