# BULETIN SANTAN BERLADA.BLOGSPOT.COM #

# AKAN MEMBONGKAR SEGALA PEMBOHONGAN DAN PENYELEWENGAN PEMIMPIN PARTI PEMBANGKANG DAN PEMIMPIN PARTI PEMERENTAH DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA#.


# PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKAN BAHAWA BAHASA KEBANGSAAN ADALAH BAHASA MELAYU #

# TIDAK WUJUD ISTILAH BAHASA MALAYSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# OLEH ITU PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA ADALAH SALAH DAN BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN #

# TAK KIRA SIAPA JUA YANG MENGGUNAKAN ISTILAH BAHASA MALAYSIA TERMASUKLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN SALAH TETAP SALAH#






Isnin, 21 Mei 2012

VETERAN PAS LARUT PENING KEPALA


Pas masih was-was, antara percaya atau tidak kemasukan Dato Fauzi

Sebentar tadi bertempat di Taman Kota Wira Kamunting, majlis ceramah politik dan majlis kemasyhuran kemasukan Yang Berbahgia Dato Fauzi Shaari anak jati Batu Kurau sebagai ahli baru Pas Larut.

Pas tetap suka dalam duka, banyak persoalan yang timbul kenapa Dato Fauzi menyertai Pas.

Pertamanya Dato Fauzi dilihat sebagai stool pigeon sahaja, masuk untuk mengorek rahsia Pas seperti mana kemasukan Kick de Fella yang menjadi SU Husam Musa yang berakhir dengan senjata makan tuan.

Tunku Aziz yang menyertai Dap juga dilihat sebagai bersifat sementara dan ternyata benar apabila Tunku Aziz menterjemahkan tembelang Dap di NTV 7 sebelum mengisytiharkan keluar parti.

Di Larut pula Ustaz Akmal Kamarudin menantu Presiden Pas Hadi Awang adalah calon yang ditunjukkan untuk menawan Parlimen Larut.

Sudah banyak pelaburan dibuat oleh Hadi Awang untuk menantunya menawan Larut. Wang ringgit melimpah ruah turun ke Larut dan berbagai program telah dibuat untuk meraih undi.

Hadi mahu manantunya menang besar dalam PRU 13.

Kemasukan Dato Fauzi dianggap satu ancaman terhadap menantunya. Sudah tentu Dato Fauzi mahukan satu pencalonan untuk PRU 13.

Nak letak dikerusi mana? Adun atau Parlimen? Sudah tentu level Dato Fauzi adalah level Parlimen.

Dun Kubu Gajah ialah Nazri Din, Batu Kurau milik Pkr, Selama adalah milik calon Selama. So Dato Fauzi dan Ustaz Akmal nak boh tang mana, lai lai li tamplom laa jawabnyam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan